01 April 2016

Trips Budget Ciput Ke Kuching 4Hari 3Malam - Bahagian 2

Assalamualaikum & salam sejahtera.
Hello blogerlicious!
Trips Budget Ciput Ke Kuching Bahagian 1 <Click untuk keentry bahagian 1>
Bersambung semula Trips Budget Ciput Ke Kuching Bahagian 2!
Lambat beno gua updatedkan, al-maklum la busy sikit seminggu dua ni. Eceh budget la sangatkan J
Program untuk hari kedua adalah pergi ke Kampung Budaya di Santubung. Perjalanan memakan masa lebih kurang 45minit ke sana. So pagi-pagi lagi kami sudah bangun tapi tak la pagi sangat pun lebih kurang pukul7 pagi kami pergi untuk bersarapan di Kopi O Corner di Pekan Satok. Agak famous juga tau, so kalau kome search kat bff gua google.com tu kome tengok le menu yang famous tu roti Prata Roll terangkat woi. So gua memilih untuk makan Prata Roll Sardin. Actually ada beberapa flavour lagi antaranya beef ataupun cheese. Namun begitu, kan gua cakap makanan kat Sarawak ni agak le mahal, kome tau tak budget makan untuk sarapan sahaja RM70++. Tertelan air liur sekali lagi. Udah jatuh seorang dalam belasan ringgit untuk sarapan pagi sahaja. So kalau nak makan memang kena buat budget lebih sikit la ye. So far kakak gua tak minta duit tambahan bermakna ok la tuh :P

Prata Roll Sardin yang membuatkan gua rasa sayang nak makan
Selepas sarapan lebih kurang pukul 8.15 pagi kami bergerak ke sana berpanduan WAZE sahaja. Untuk hari kedua cuaca agak kurang cantik sikit mendung dan hujan renyai-renyai tapi kami tetap ikut pada plan asal, jika hujan lebat baru kami akan tukar plan lain.
Tiba ja di sana hari masih hujan tapi kali ini agak kasar sikit. Ticket untuk masuk ke Kampung Budaya RM63.60 termasuk GST, untuk pelajar Universiti RM15.90 dan IC kelahiran Sarawak RM48 rasanya. Walaupun hujan ianya tidak mematahkan semangat gua untuk ronda-randa kesemua rumah yang ada! Lagipun boleh sewa payung dengan harga RM5, gua ingat boleh return balik duitnye rgupanye leboh teruih kome weyh.
Setiap seorang akan diberikan passport. Jangan ingat passport pergi luar Negara pula. Dalam passport tersebut ada tulis mengenai sejarah setiap rumah seperti rumah bidayuh, rumah iban, ruman melanau, rumah penan, rumah melayu dan rumah cina. Setiap rumah akan terdapat beberapa orang pekerja yang akan memakai pakaian tradisional dan akan memasak masakan tradisi mereka tapi gua tak try pun, hahaha. Oh ya, kome kena dapatkan chop tau setiap kali masuk ke rumah budaya kiranya bukti kome udah masuk ke rumah tersebut.

Kurusnya gua kan, hahaha. Pintu entrance Kg Budaya
Pukul12 pula akan ada show kebudayaan. Actually show ada dua sesi dan sesi pertama pukul12 manakala sesi kedua adalah pukul4. Not bad, best juga dan lelakinye jangan kate le seksi kome weyh. Seksa gua nengok deme. Hahahaha. Hmm, untuk ticket valid untuk 1hari tau even kome nak keluar pergi ke Pantai Damai lepas tu nak masuk balik pun tak ado masalah boleh sahaja.
Kami idak le tunggu sampai petang, lebih kurang pukul2 petang kitaorng cabut balik le. Sempat gak tinjau pantainya tapi tak la secantik pantai kat semenanjung. Air pantai sudah naik ombak gua nengok beso-sebo semuanya naik gerun pula gua tengoknya.
Sesampai ke pekan Kuching ingat nak makan kat Kg seberang, alang-alang udah nak beli kek lapis. Kunun-kunun nak pergi makan kat Kg Boyan la Kiranya Kg Boyan ini antara tempat menjual Kek Lapis yang famous la. Kalau tanya sesiapa pun mesti diorang recommend Kek Lapis Mira Cake House atau pun Dayang Salha. So kitaorang memang pilih Dayang Salha sebab cakenya kurang manis sikit. Bila time tester gua memang melantak kaw-kaw punya sebab gua memang tengah kebulur, hahahaha.

Bersama anak teruna kami, eceh :)
Niat hati nak makan kat Kg Boyan tapi kedai makannya semua tutup! Bertahan la wahai perut. Lupa nak beritahu nak ke Kg Boyan kome kena naik boat penambang keseberang sana. Pastu kome kena bayo RM1 untuk sehala, so 2 hala jadi la RM2. Udah macam naik kapal terbang ja sehala-duahala ni, hahahaha.

Mee kolok, sedap kome weyh :P
So untuk late lunch yang udah nak masuk untuk hi-tea kami nak try makan kat Pasar Kubah Ria. Kali ini gua nak makan Mee Kolok yang famous tu. Lepas tu pekena Tea C ais terangkat weyh! Untuk late lunch ini lebih kurang RM40++ sahaja untuk 6 orang makan.
Selepas kenyang kami pun balik ke hotel untuk bersihkan badan dan proceed untuk next activities!
Dalam pukul7.30 malam kami keluar hotel untuk round2 Kuching and too bad hari hujan dan hujannya lebat. So no choice kami pun plan nak tengok movie la kat mall tu dekat dengan riverfront. Actually gua lupa apa namanya mall tu, hahahaha.
What a surprise is shop lot dalam mall tersebut banyak tutup padahal pada waktu itu baru nak masuk pukul8 malam. So rasa macam jangal sedikit la. Bila tengok ticket movie pula cerita yang ada pun kurang menarik, nak tengok MUNAFIK masing-masing kecut, nak tengok Boboiboy pula pukul12 le pula so ambil keputusan untuk jalan-jalan dalam mall tapi sekejap ja sebab rasa macam pelik sebab tak ado orang, haissh.
Keluar dari mall tersebut, kawan kakak gua kata ada Downtown buka di Civic Central atau orang panggil Dewan Suarah so decide untuk pergi ke sana walaupun hari hujan. Macam gigih sangat kat keluar tanpa payung, superhero sangat!
So last activity kami adalah di downtown tersebut siap tapau untuk makan malam sekali. Untuk makan malam duit makan sendirian berhad la lagipun makan yang ringan-ringan sahaja.
Okey ini adalah budget untuk hari ke-dua :
Sarapan : RM15 (Include dalam tabung makan)
Ticket Kg Budaya : RM63.60
Sewa payung : RM5
Lunch : RM10 (Include dalam tabung makan)
Souvenir (kek lapis) : RM195
Dinner : RM20
TOTAL : RM283.60
            RM88.60 (Tak termasuk souvenir)
So kome boleh nilai la sendiri budget untuk hari kedua jika tidak termasuk souvenir tersebut.
p/s: Actually cake lapis tu laki gua yang bayarkan, hahahaha.

To be continue…

14 March 2016

Trips Budget Ciput Ke Kuching 4Hari 3Malam - Bahagian 1

Assalamualaikum & Selamat Petang.
Hello blogerlicious!
Harini hakak nak share sikit trips hakak ke KUCHING selama 4 hari 3 malam yang dikategorikan trips budget ciput tapi semua dapat, hahahaha.
Tiket flight ke Kuching kakak gua kat KL dah booked 1 tahun lebih awal, tak silap bulan 6 rasanya sebelum raya. Time tu Air Asia ada buat promotion return ticket RM160 per person. Nasib ada Air Asia, penerbangan tambang murah yang terbaik di dunia. Air Asia everyone can fly. *promote gitu.
But selepas gua booked ticket baru la muncul Rayani Air yang boleh dikatakan lebih murah dari Air Asia. Mungkin sebab promotion kot but tak ada masalah untuk kome try nanti. Tak silap sekarang ada buat promotion one way RM99 sahaja. Tetapi Rayani Air hanya untuk penerbangan ke Kota Bharu Kelantan, Langkawi, Kota Kinabalu dan Kuching sahaja. So kome kena survey dulu semua booked tarikh untuk fly.
So we all booked ticket 3 March 2016 – 8.20 am (arrived 10 am) dari KLIA2 dan pulang pada 6 March 2016 – 10.20 am (arrived 12pm). Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam 50 minit tapi gua rasa cam cepat ja mungkin sebab Pilot tu drift kot atas awan ke atau sebab gua duduk ja kat seat terus membuta sampai la di announce kan nak sampai baru mata gua celik, hehehe. Oh ya, we all tu termasuk la gua laki bini, kakak gua bersama 3 orang anaknya so total 6 orang pergi ke sana. Kunun-kunun nak honeymoon last-last jadi starmoon berjemaah.
Sesampai ja di Airport Kuching, kami mencari penyewa kereta kami. Ok bab sewa kereta better kome survey sendiri kereta sewa di internet ka atau tanya kawan-kawan yang stay kat sana atau lebih bagus kalau kome kenal penyewa kereta tersebut. Sebab sekarang ni banyak kes tipu, dah bagi duit tapi kereta yang kita nak sewa tu berkonduksi HAMPEH atau silap2 lesap duit kereta itu. Alhamdulillah la kakak gua ada kawan kat sana so beliau recommend sewa kat seorang kakak ni. Kami sewa kereta perodua Alza sehari RM130 dan keretanya pun ok aircond sejuk sampai ke belakang.
Terletak ja buntut masing-masing kami on kan waze dan pergi ke tempat yang pertama iaitu Cat Museum. Di sebabkan kami tiba di Kuching sangat awal so tak boleh check in hotel sebab hotel check in pukul 2 petang. So kami bergerak ke Cat Museum dahulu la. Masuk ke museum tersebut tidak dikenakan apa-apa caj tetapi kalau nak tangkap gambar guna handphone kena cas RM3, kalau camera digital RM4 atau kalau guna camera canggih macam DSLR dikenakan cas RM5. Then handphone pula kena disimpan di kaunter dan hanya handphone yang dibayar sahaja dibenarkan dibawa masuk.

Cat Museum, Meow Meow :)

Kenapa gua pilih pergi ke museum ni? Sebab gua search blogger-blogger yang pergi ke Kuching mesti akan singgah, kiranya kalau tak pergi tu macam tak pergi Kuching la. Hehehe. Oh ya, sebelum kome nak pergi ke mana-mana vacation kome kena search atau study dulu tau dari blog ke tau tanya kawan-kawan sebab kat situ akan memudahkan kome nak pengiraan budget.
Selepas keluar dari Cat Museum lebih kurang pukul 12 tengah hari, perut kami terasa macam udah buat konsert Mega Gegar Vaganza. So buat keputusan untuk balik ke sekitar hotel mana tau sudah boleh masuk ka tetapi kalau sudah dikatakan mengikut rules pukul 2 petang bermakna kena mengikut rules la. Makanya kami pergi mencari makanan di sekitar hotel ja, berjalan kaki ja ke sana.
Kami makan di Restoren Fauziah kiranya belakang dari Nova hotel ja so mudah. Menu macam-macam ada untuk makan berlauk dan makanan goreng pun ada. Tetapi untuk pengetahuan kome makanan di Sarawak ni sangat le mahal, milo ais ja udah RM2.80! So tambah tolak cos untuk makan tengah hari sahaja udah mencecah RM50++ untuk 6 orang makan. Tertelan air liur seketika.
Oh ya, kami memilih hotel Nova Hotel yang terletak di tengah bandar Kuching, so far price untuk 1 malam untuk 2 orang agak berbaloi, Yang paling penting, pekerja yang handle disitu juga sangat peramah dan tidak sombong. Makanya gua boleh recommend hotel ini kepada kome ok. Sebab pertama tempatnya tak la jauh sangat kalau kome nak cari makan. Sebab kedua kalau kome nak jalan-jalan ke waterfront pun tak jauh dalam 15 minit dah sampai. Sebab ketiga hotelnya juga bersih dan siap ada penanda arah kiblat dan kome boleh minta sejadah jika perlu.

Waiting area

Parking area

Room sangat selesa dan bersih. Setiap barang mandi, coffee & tuala akan ditukar setiap hari.
 Tempat tidur juga akan dikemas setiap hari juga :)

Selepas check in, kemaskan barang dan bersihkan diri lebih kurang pukul 3 petang kami keluar balik untuk pergi next location iaitu Museum Sarawak. Kiranya macam nak buat lawatan sambil belajar. Satu info untuk kome, pastikan plan pergi awal sebelum pukul 4.45 petang untuk melawat tempat-tempat bersejarah ni sebab deme akan tutup awal termasuk kedai di waterfront.
Selepas pergi Museum Sarawak ingat nak singgah Museum Tekstil tapi tak sempat udah nak tutup pagarnya. So kami pun parking kereta di kedai2 hadapan waterfront dan jalan-jalan sambil ambil angin sungai. Tetiba gua nampak ada boat penambang lalu, macam nak naik tapi cam takut, ye la buatnya tetiba muncul si bujang senang nanti hilang senang gua dibuatnya.
Kalau diikutkan list, gua nak naik river cruise dan tiketnya harga RM60 per person makan masa 1 jam 30 minit serta include sekali makan kek Sarawak dan tengok tarian kebudayaan di atas cruise. Kiranya dia bawa dari hujung sungai sini ke hujung sungai sinun. Tapi kami fikir 10x juga nak naik benda alah tu so kami jalan-jalan lagi sampai la nampak Boat Tradisional Sarawak kiranya cam sampan la. Tiket untuk naik boat tersebut RM19 per person, lagi murah dan save cos lagi tu! So buat keputusan naik boat tradisonal tersebut kiranya nak cari pengalaman naik sampan katakan. Not bad lebih kurang 1 jam juga kami menaiki boat tersebut dari hujung sungai kg terakhir hingga hujung sungai kg boyan dan pakcik yang bawa tu pada mulanya KEREK ja mukanya dalam hati gua mungkin dia tak reti cakap bahasa melayu kot rupa-rupanya bila pakcik tu start bercakap tak berhenti pula. Habis semua benda dia cerita mengenai Sarawak termasuk lah kek Sarawak. Rupanya orang-orang kat Sarawak ni kalau masa raya mereka tak buat dah kek Sarawak kiranya udah jemu la so mereka lebih banyak buat biskut. Best juga naik benda alah ini, sejuk ja bila ditolak angin. Memang pada masa tu musim hujan tapi Alhamdulillah la program yang kami rancang semua berjalan dengan lancar. Petang tu hujan renyai2 ja air sungai pun tak la bergolak sangat.
Sarawak Traditional Boat Cruise

We all bersama Pakcik yang kerek ;P
Habis ja naik boat tu kami balik ke kereta yang gua rasa jauhnya 2-3 km, perghh basah ketiak gua ni. Dalam masa nak pergi ke kereta sempat lagi kitaorg beli wafer yang berharga RM2, gua ulang balik RM2 tau. Murah gila dan besar pula tu, semoga murah rezeki uncle ye. Satu ja yang gua perasan orang Sarawak ini sangat peramah dan murah dengan senyuman.

Ice cream gula apong memang sedap!
Balik ja bilik terus bersihkan dia then kami dinner di Restoren RJ, kiranya famous juga la kat Kuching tu. Gua makan pecal leleh, pergghh memang meleleh gua makan SUPERB sedap gua boleh recommend kat kome try makan tau. Lepas makan pedas2 gua pekena aiskrim gua apong memang terangkat la. Aiskrim tu macam rasa gula Melaka, kedainya berdekatan ja dengan restoren RJ. Dan bertambah sedap dinner tersebut apabila dinner kami dipayung oleh kawan kakak gua. Thanks Wani, save duit keluar malam itu, hehehehe.
Tips yang gua nak kongsi kan, gua suka buat budget untuk makan, kenderaan ka atau hotel. Then gua akan pass kat kakak gua, kiranya kalau nak makan ka tak yah nak bayar sendiri-sendiri lagi mudah seorang ja kuarkan duit makan macam ketua la. So pengiraan gua begini :
Sewa kereta Alza : RM130 per day x 3 day = RM390 (Bahagikan 3 orang dewasa so RM130 per person.
Hotel : RM207 untuk 3 malam (bahagi 2 sebab laki bini so jadi RM103.50)
Makan : RM100 per person untuk dewasa
Duit minyak : RM25 per person
Naik bot tradisional Sarawak : RM19 per person
TOTAL : RM377.50
Setakat ini gua keluarkan Ringgit Malaysia RM377.50 untuk hari pertama termasuk untuk makan, penginapan & transportation. So for the next day gua hanya keluarkan untuk entry fee sahaja, so tak yah nak fikir yang lain dah.
Gua rasa setakat ini gua membebel untuk day 1 ok. Tunggu untuk next entry yang kome akan terkejut tengok TOTAL keseluruhannya jika gua tak membeli souviner.
To be continue…

11 March 2016

Welcome Back Sekali Lagi Untuk Tahun 2016

Assalamualaikum

Hello year


Almost 1 year hakak idak update blog kan. Ate nak buat macam mana, lepas kahwin haritu my broadband udah gua potong terus gua guna prepaid internet ja. Tambahan lagi, anak saudara gua guna lappy old school gua terus la aktiviti berblogging terpaksa dilupakan sebentar.

Haaa, KAHWIN?!

Yess, gua sudah pun berkahwin dannnnn (drum roll) usia berkahwinan kami sudah nak masuk 1 tahun pada 13 Mac 2016 ini. Tolong jangan suruh gua cerita mengenai hal-hal perkahwinan sebab kalau nak ceritakan mungkin makan masa 1 tahun lagi. Cuma gua bersyukur kerana respesi perkahwinan kami kedua-dua pihak berjalan dengan lancar dengan bertema songket tradisional ala-ala Puteri Gunung Ledang bagi pihak perempuan dan manakala bagi pihak lelaki pula bertemakan garden ala-ala Paris Hilton gitu.

Garden Theme
Tradisional Theme

I loike Merah okey, that why gua guna warna merah campur dengan gold so nampak klasik. Yang tema garden siap mak mertua gua taruh pasu-pasu bunga bagi merealisasikan tema idaman gua. Sobs sangat terharu, i love you mak mertua ku.

Okey, stop it. Gua bukan cerita mengenai hal perkahwinan gua tapi gua baru berjinak dalam travel-travel ini macam EMAS PUTIH. eceh terberangan pula kan. Tapi teringin kot nak travel-travel ala-ala backpacker gitu dan mungkin gua nak habiskan lawat ASIA before umur gua 40 tahun, in sya Allah. So far gua baru balik dari Kuching dengan Krabi mungkin gua boleh sharekan travel badget ciput gua kat kome kan. Setiap orang ada cara tersendiri kan. Tak gitu.

Agak-agak ada tak


Rindu kat gua cam kat atas tu, hehehehe.


LOVE,
Puteri Aida Haryani


14 September 2014

Tips Soalan Temudaga Kastam W14

Assalamulaikum

Hello-hello readers! Moshi-moshi minna-wa.

Happy Sunday uolls.

Gua rasa ramai dikalangan pemegang ijazah-ijazah muda mesti dah duduki exam online Penguatkuasa Kastam W41 pada 6 September 2014 dan ulangan exam pada 10 September 2014 yang lepas.

Dannnnnnnnnnn....


Alhamdulillah, gua berjaya stage pertama dan akan continue stage kedua pula. Mungkin rezeki gua nak kahwin kot. Eceh.

Dan juga my fiancee pun dapat juga. So double syukur la. Sekiranya gua tak dapat hopefully mr fiancee dapat la hendaknya la. Senang sikit tak payah gua kerja, kalau dapat duduk kat Labuan Sabah ka, best juga tu hari-hari gua turun beach bersantai-santai, keh keh keh.

Apa yang gua dengar lagi untuk temudaga Kastam kali ini, mereka memerlukan ramai pegawai untuk perlaksanaan GST next year.

So ini antara tips yang gua dapat, so kome boleh la klik link ini ye.

SOALAN TEMUDUGA KASTAM W14

Kita hanya merancang dan berusaha namun rezeki serta ketentuannya daripada ALLAH S.W.T.

Apa-apa pun Good Luck uolls dan diri gua juga ;)

P/S: Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia hanya ALLAH sahaja yang tahu.

24 August 2014

WELCOME BACK TO ME!


Assalamualaikum & hello reader's!








Haaa, nampak tu banyak gua taruh caption kan. Welcome back PUTERI to blogger world, Kui kui kui.

Udah berkarat, berkerak dan tahap cuci guna chorox pun tak tahu hilang ke tak debunya, hahahaha. Udah hampir 9 bulan gua tak jenguk blog gua ni.

Al-maklum lah busy bebeno la kome weyh. Dalam 9 bulan ni, banyak banyak banyak sangat benda dah berlaku dalam hidup gua ni.

Salah satunya adalah

Ada macam madam mawar fizo tak? kui kui kui

Now i'm offically Mrs. Esham in future la, hahahaha. So dah tak boleh nak childish-childish dengan mak gua. Aigooo, gua udah kena belajo masak-memasak, kemas-mengemas, rajin-mengerajin dan sebagainya la.

Opss lupa pula, gua bertunang pasa 8 Mac 2014 sewaktu Malaysia digemparkan kehilangan pesawat MH370. So gua agak terkejut la gua walaupun tak ada saudara gua dalam pesawat tu tapi saudara seagama gua ada la.

Bila tarikh keramat disatukan?

In sya Allah 27 Mac 2015 NIKAH, 28 Mac 2015 SANDING PEREMPUAN & 29 Mac 2015 SANDING LELAKI.

Mudah-mudaham semuanya akan berjalan dengan lancar hendaklah. Okey la gua caoi dulu tunggu next entry gua upload gambar hantaran vintage gua. Vintage la sangat.


P/S: Baju tunang gua tempah sendiri, veil from QAMRAA BOUTIQUE, handflower from PASTELICIOUS HAND BOUQUET, makeup dari IMPIAN BUTIK & Pelamin DIY from my bro & sis in law.

18 December 2013

Wordless Wednesday ~ Happy Birthday To Me

Assamualaikum

Hello blogger’s!

Yesterday (17 December 2013) is my birthday!!


Yippi seriously I’m so happy walaupun surprise yang mereka lakukan tidak berapa nak surprise. Kui kui kui.

Sebab apa? Hello ini PUTERI ok, senang nak hidu and suspek apa2 yang pelik. Ate nak buat macam mana banyak sangat tengok cerita Conan. Muahahaha.

Apa2 pun thanks guys especially my abang Jeffrey!!! Sebabnya ini semua plan beliau but at last dia tak dapat datang sebab ada saudara  meninggal. So plan tetap dijalankan oleh Puan Nadia yang sarat mengandung, my boss Mr Kumra, Mr. Tan and adik kecik Hidayat.

Waaaa, sangat terharu walaupun tak ada terharu sampai menangis. Hehehe.

Bila fikirkan macam tak percaya ada orang nak buat surprise party untuk gua lebih2 lagi orang di tempat kerja gua sebab gua sememangnya mengharapkan “orang tersayang” gua buat surprise kat gua tapi hampa.

Ala macam dalam novel tu, kunon-kunon tak dapat mai at last terconggok kat tepikan. Hye Puteri please wakeup. Semua itu hanya novel, tak ado maknanya berlaku dalam realiti.

Tapi nak sangat harap ianya berlaku. Macam cerita novel yang gua baru baca ni. Sweet ja, kata meeting tak dapat makan sama2, tup-tup datang surprise siap bawa belon then main piano. Oh my, cair terus gua. Tak pun datang mai bawa kek sebiji ke tempat kerja ka kan pastu buat muka hensem. Terus cair dipanah matahari.

Haisshhh, awat la gua ini suka sangat berangan benda yang tak mungkin berlaku. Ye la salah satunya nak duit hantaran tarikh birthday macam dalam novel yang gua baca. Novel lagi kan. Gila kaya gua, RM17128.80. (Sengih sendiri sambil tengok siling).

Then time birthday, my beloved person datang surprise bawa sejambak bunga ros merah sambil nyanyi kat tepi swimming pool. Eh, macam pelik ja kenapa kena ditepi swimming pool ek? Bukannya gua Pandalela pun. Kwang kwang kwang.

Memang merepekkan imaginasi gua. Apa-apa pun gua sayang boss, jeff, dayat and nadia ketat-ketat hingga hujung nyawa gua. Apa yang kalian lakukan akan gua kunci elok2 dalam kepala otak gua.

NOTAKECIK: 44x orang wish birthday mendoakan gua cepat kahwin. So please take note ye “awak” ^^v


24 November 2013

Bercanda Di Negeri Sabah Bawah Bayu Part 2, 3 & 4 ~ Finish Already Our Holiday

Assalamualaikum

Yehuuu rakyat-rakyat blogger semua, keh keh keh

Udah macam Raja pula kan bertanyakan khabar kepada rakyatnya.

Sudah gelap semua gua tak mengupdate blog. Last update pada 23 Oct 2013 entry pasal Bercanda Di Negeri Sabah Bawah Bayu ~ Part 1. So sekarang gua sambung untuk sekali gus Part 2, 3 & 4.

Malas nak tulis panjang-panjang gua upload terus gambarnya okey.

PART 1 ~ Ahad

Tidur sehari di Kundasang yang gua rasa macam nak tidur dengan air panas ja sebabnya sejuk gila dengan hujan tak henti-henti. Gua dah balut dengan 4 lapis kain tapi tetap sejuk. Pagi2 kitaorang udah cabut so kita singgah sekejap kat Kota Kinabalu Park tengok view pagi then gerak ke Jambatan Tamparuli, Rumah Terbalik, Check in Apartment then jejalan sekitar Kota Kinabalu dan SHOPPING!


















PART 3 ~Isnin

Hari yang ketiga kita orang banyak menghabeskan masa di Pulau Mamutik dengan aktiviti air. Sumpah sangat best. Maybe view laut tak berapa cantik sebab baru lepas hujan dengan hari ahad ramai orang turun ke laut so agak kotor tapi sumpah gua tak akan lupakan view keindahan laut yang gua tengok dengan mata gua sendiri.

















PART4 ~ LAST DAY

Last day tak adok apo pun buat, just rehat2 diri sebelum nak fly balik ke semenanjung. So balik tu cazen kawan gua yang tolong hantar so dia singgah sat ke Tanjung Aru. Saja cuci mata yang sememangnya ngatuk nak tidur.



So ini la trips gua bersama orang tersayang gua selama 4 hari 3 malam. Alhamdulillah berjalan trips ini berjalan dengan lancar walaupun cuaca kurang best. Apa2 pun salah satu dream's gua tercapai. Weyyyhuuu.

NOTAKAKI: In sya Allah ada rezeki ke Krabi pula :)
 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira