23 October 2013

Bercanda Di Negeri Sabah Bawah Bayu ~ Part 1

Assalamualaikum

Hello sang kacak dan kamu kamu yang jelita.

Bercanda dipersiaran pantai...bermadu asrama. Eceh berintro dengan lagu ditepi-tepian pantai gitu. Al-maklum la bermood bahagia baru pulang dari bervacation over the sea. Sabah bha, hehehehe ^^

Walaupun gua idak le pergi ke New York or apa tah lagi ke kota Paris kan cuma gua pergi ke dalam negara sendiri iaitu Negeri Sabah Dibawah Bayu. Bagi gua yang 1st time dalam semua benda seperti menaiki kapal terbang, berparasailing di atas awan, bersnorkling didalam laut serta berembun sejuk di bawah cucuran hujan. Eh, cam over pula kan ayat.

Seriously 1stly bersyukur sesangat sebabnya plan nak ke Sabah ini adalah plan gua dengan bff gua iaitu yat. Then gua usulkan kepada kakak gua iaitu kak ija dengan akak. Tapi last minute akak gua tak jadi ikut then digantikan dengan boifren gua Sham sebagai tukang angkat barang! Hehehe. Jangan marah ye, nanti ke jual. Gua bersyukur sesangat sebabnya semua yang diplan berjalan dengan lancar walaupun di Sabah adalah musim hujan.

Tiket flight memang kita booked dari bulan January 2013 tapi kita akan flynya 5 Oct 2013 ~ 8 Oct 2013. Hampir 9 bulan menunggunya kalau orang mengandung memang dah meletup pun, ngeeeee ^^.

Flight kitaorang pukul 6.30 pagi, gua gerak dari Batu Gajah ke KL dengan menaiki ETS yang mahal gila tuh. Gila la habuk kompak duit gua kalau tahu baik naik bas ja. Tiket train pukul 6 petang so lebih kurang pukul 8.30 malam sampai KL centrel. Then pergi makan makan kenyangkan perut lebih kurang pukul 10.30 malam naik pula bas ke LCCT. Hampir sejam juga la nak sampai ke LCCT tersebut.

Maka hampir 6 jam nak tunggu pukul 6.30 pagi ke esokkan harinya memang berkampung ja la. Tapi serius semua macam tak malu tidur ja kat bucu2 yang mana ada la. Siap ada yang berselimut. Sekali pandang gua yang naik seram.




Betul kata orang menunggu itu satu penyeksaan. Gua rasa macam jam lambat sangat nak sampai ke pukul 6.30 pagi. Haissshhh sabar ja la kan =.='

Tik tok tik tok, finally sampai juga macam yang dinanti-nanti kan. Sekali buat check timbang berat beg ambik kau 8kg++, hahaha. Gua pun tak tau apa yang gua bawak tapi yang pasti sudah habes limit minumum gua bawak.


Finally tepat pukul 9.05 pagi kitaorang sampai ke Negeri Sabah Di Bawah Bayu! Sejujurnya sangat excited gila ye la 1st time ni jejak kaki ke negeri orang lain lebih2 lagi naik kapal terbangkan. *jakun sebentar.

So far gua memang sudah siapkan plan nak ke sana, kiranya macam planning la supaya tak la kucar kacir sangat bila di sana. Sesampai di sana supir gua sms suruh tunggu dibalai ketibaan, beliau pun sudah tercongok di sana. Apa yang gua tak boleh blah, beliau adalah penuntut Maktak Kent di Tuaran tapi masalahnya beg beliau lagi besar daripada kitaorang. Confius sebentar?

Okey, abaikan la ye. Dari LCCT ke Aiport Kota Kinabalu Sabah memakan masa lebih kurang 2jam 30minit dan dalam masa itu ditambah dengan 6 jam sebelum itu memang kitaorang tak makan apa2 la. So apa lagi 1 destination adalah kedai makan!

Supir gua adalah jiran sebelah rumah nama beliau adalah WAWA. Beliau sudah hampir 4 tahun di Tuaran Sabah so dia boleh bercakap bahasa Sabah dengan sangat lancar jadi memudahkan kerja-kerja kitaorang serta budget untuk sewa kereta pun kurang la, ngeeee.

Wawa bawak kitaorang makan pagi kat Restoren Kak Nong berdekatan dengan restoren Liyana Jasmin Kitchen. Kiranya Kak Nong ni lebih famous dan dapat banyak awards la. Gua makan nasi lemak biasa tapi sangat luar biasa bagi gua sebab nasi lemaknya diberikan gua SUP. Tambahan lagi, sambal ikan bilisnya juga tidak pedas ada rasa manis2 sikit. Tapi so far okey la dan harga sepinggan adalah RM4. Okey sentap seketika.

Selepas menternak lemak-lemak, kitaorang teruskan perjalanan ke Kundasang! Orang kata kalau sudah datang ke Kota Kinabalu wajib singgah ke Kundasang untuk melihat panorama. Erkkk, panorama sangat la kan.

Dari KK nak ke Kundasang makan masa lebih kurang 2jam lebih juga la. Ditambahnya lagi dengan jalan berbengkak bengkok. Sudah pastilah gua sudah terlena, sampai-sampai sudah sampai ke Kinabalu Park. Masya Allah memang cantik sangat viewnya tapi agak sayang sedikit cuaca di Kundasang memang hujan sepanjang hari.

Tapi ianya tidak membataskan aktiviti yang sudah dirancangkan. Kami terus check in tempat tinggal kami memang agak dekat sangat dengan kinabalu park. Kiranya keluar hidung terus nampak, hehehe. Kami bermalam sehari di D'villa Rina Ria Lodge. Cuaca sejuk udah terasa macam berada di over sea. Hehehe.

Gua rasa macam duduk dalam ais sejuk gila. Gua yang pakai 3 lapis baju pun still terasa sejuknya. Memang gua pakai stokin dalam bilik walaupun bilik tersebut tiada aircond! So boleh bayangkannya ye.

Lepas rehat2 tukar baju, ye la baju kan semalam punya, hehehe. Terus gerak ke 1st destination iaitu Desa Cattle Diary Farm. Ladang lembu ala2 di New Zealand. Gua rasa cuaca memang dah sama kot, tak tahu la berapa suhunya kan, Tapi memang sejuk sampai ke tulang. Tudung gua memang udah tak macam tudung memang ditiup oleh angin yang sangat kencang! Sejjuuuuuk.










Selepas berjimba-jimba dengan lembu-lembu yang sombong ni. Ye la lembu-lembu tak reti la nak datang dekat-dekat dengan gua kan. Duduk nun jauh ke sana tau la hujan =.='

Haisshhh, okey abai kan. Next pula kiraorang pergi War Memorial Kundasang. Kiranya macam muzium la zaman dulu-dulu. Seni binanya cantik itu gua puji tapi gua tak boleh blah kalau sesiapa yang petik bunga akan didenda 800 hinggit. Gua tengok bunga kat rumah gua lagi cantik kot.








Selepas melawat dua tempat ni kitorang naik ke Ranau pula. Orang kata pekan di Ranau lebih besar daripada pekan Kundasang. Jam pun time ni sudah pukul 3 petang perut memang menjerit2 meminta-minta untuk diisi pula kan.

Apa yang gua lihat di Sabah ni terlampau banyak anjing tapi anjing di sana agak bertamadun sebab sekali halau ja anjing-anjing tersebut akan lari. Tapi disebabkan gua ni tersangat fobia akan automatik gua jadi tidak keruan. Huahuahuahua.

Lepas makan-makan kitaorang jejalan ke Ranau sampai la ke Ladang Teh dengan tempat gigit ikan kat Kampung Luanti. Lalu ja la kan nak masuk macam tak berbaloi pula kan. Masuk ja kena charge 5 hinggit. Rugi la duit, hehehe.

Masa perjalanan pulang ke villa, angin memang kuat sejuknya jangan kata lah memang tahap sejuk petala 7!

Jari jemari gua sudah letih la so gua stop di sini dulu ye.

To be countinue...

1 Awesomelicious:

 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira