30 March 2013

Tahukah Lu Orang Bahawasanya Sireh Ituh Tidak Sedap!

Assalamualaikum

Hello ladies and gentleman.

Serius otak gua sedang menari-nari bersama bintang dan bulan.

Kenapa?

Kerana gua telah dipaksa oleh mak gua untuk menelan sireh bersama pinang!

Puih! Sangat pedas dan tak sedap langsung. Dan sekarang pinang tersebut seperti sudah tersangkut di tengah-tengah saluran pernafasan gua kot. Sebabnya terasa macam sudah tersekat.

Gua ingat bila gua blah awal ingat terselamat rupanya mak gua siap tapau lagi tuh, adeh -.-'

Jap mesti kome konfius apa kejadahnya gua sedang ceritakan. Sorry sebab terlampau excited nak bagitahu yang kena sireh kan.

Okey actually today is my beloved cousin engagement!

Puteri Norbasyitah a.k.a pemilik MINNIE SHOPPE
Cantikkan, no wonder la beliau dapat jodoh dulu, hehehehe. Motif utama gua duduk snap picture ni nak dapatkan berkat beliau mana tau pastu turn gua pula kan, kui kui kui.

*Google
Di atas ini adalah tepak sireh. Selalunya orang nak bertunang dan nikah mesti akan bawa tepak sireh. Kiranya adat dan tak akan hilang dek masa zaman. So daun itu adalah sireh dan bekas-bekas kecil pula diisi pula dengan kapur, bunga cengkeh, pinang dan tembakau.

Dan orang dulu-dulu kata kalau anak dara atau teruna yang tidak kahwin lagi kalau makan benda alah itu nescaya akan dipercepatkan jodoh.

Bukan gua tak percaya mungkin kebetulan kot sebab cousin gua makan masa kakak dia bertunang last year then this year terus bertemu jodoh. 1 lagi saudara gua pun makan juga terus bertunang then nak kahwin dah. Maka mak gua yang over risau memaksa gua makan!

Apakah nasib gua selepas ini ye?

NOTAKECIK:
Agak-agak tahun depan gua akan menamatkan zaman bujang ka? Kui kui kui. Gatal bebeno gua ni kan.

25 March 2013

Woi Sudah 300 Follower Gua! ^^

Assalamualaikum

Happy Blues Monday!

Why blues sebab kan harini hari pertama untuk hari la maka kena kerja tersangat la malas so apa lagi kerja gua mengulat ja tadi, Keh keh keh.

Tapi gua siapkan kerja gua okey sebelum menjalankan kerja sampingan gua, keh keh keh. Padahal baru ja gua beritahu boss gua yang KERJA adalah suatu ibadat kerana kita dibayar gaji oleh pihak majikan kan. ^^

Sebenarnya gua nak beritahu kat kome ni yang rakan blogger gua sudah mencapai 300 orang, hehehe. Budget 3000 kan tapi tak apa la at least gua bersama mereka selalu keep and touch!

So gua nak buat entry khas untuk beliau yang telah mengenapkan 300 dalam list follower gua.

Proof ye yang follower gua sudah mencecah 300, hehehe
Bila gua usha blog beliau, pergghhh memang cun dan sangat berinfomasi.

http://izzatihasbullah.blogspot.com/  
Kenapa? Kerana blog beliau bukan sahaja mengenai lifestyle malahan terdapat juga gorgeous clinic, inspirations & tips serta secret recepi.

Apa tu bahasa omputih diatas?

Maksudnya beliau turut berkongsi maklumat mengenai tips kecantikkan wajah sekali gus tips menjaga hati mak mertua.

Kenapa?

Kerana ada resepi memasak tu tu beb. Apa lagi keluarkan pen salin ja cik nah oi, hehehehe.

Ape tunggu lagi moh le kita terjah blog Cik Hanis Izzati Hasbullah ^^

NOTAKECIK:
Kecoh ja gua ni kan padahal 300 follower ja pun, keh keh keh. Tak apa berangan jadi diva jap. ^^

24 March 2013

Blog Gua Berwajah Baru, Arigatou Gozaimasu Aliya-san!

Assalamualaikum

Hello reader's!

Selamat berhujung minggu kome semua.

Ate duk santai-santai meh la jenguk blog gua yang sudah bertukar wajah ini.


Cantik tak you all?!

Of course la bukan gua yang mengedit-gediknya, bukankah kome sedia maklum yang gua ni tak le reti bebeno nak edit maka gua telah mendapatkan perkhidmatan daripada ALIYA.

Kalau kome nak tengok hasil yang cantik-cantik dan harga yang perpatutan sememangnya patut kome pergi mendapatkan perkhidmatan beliau.

Cepat dan senagn bekerjasama dengan beliau. Eceh udah macam gua bekerja dengan director pula dah ^^

Apa yang gua nak beliau telah tunaikan seperti gua yang sangat obses dengan misai, polkadot dan pink! Semua sudah tersedia dalam blog gua ni.

Gua tempah semalam, hari sudah siap you all!

Hebatkan kan kan. Kalau suruh gua buat alamatnya 3 tahun tak habis. Hehehehe

NOTAKECIK:
Nampak sikit tuan punya blog ni mature sesuai ikut usia umur kan, elegent gitu! ^^

23 March 2013

Personaliti Mengikut Jenis Darah : Eh Gua Darah B!

Assalamualaikum

Hello anda, anda dan anda semua.

Jangan risau gua tak update pasal giveaway dah. Gua udah cover untuk 1 minggu punya giveaway so this week gua tak payah nak updated pasal giveaway! Hehehe

Hari ini gua cuti dan ditambahkan cuaca yang ala-ala Korea kesejukkan disebabkan hujan membuatkan saraf-saraf dalam badan gua berasa malas untuk keluar dari rumah, malas nak pergi makan, malas nak pergi minum, malas nak pergi mandi tapi gua tak malas untuk tunai yang wajib ye.

Eleh macam gua tak tau ja kome nak kata gua malas nak sujud terhadap Ilahi kan kan kan. Eceh tak yah la emo gua gurau ja. Benda wajib perlu kita menunaikannya.

Tapi masalahnya gua TER rajin berblogwalking tadi menyebabkan gua malas nak kuar bilik! Disebabkan kerajinan untuk berblogwalking serta berfacebooking maka gua ternampak satu artikel mengenai jenis-jenis darah menentukan personaliti kita.

Ala dalam bahasa mudahnya sikap kita melalui jenis darah kita.


Untuk pengetahuan kome, darah gua jenis B maka ehem-ehem (terbatuk kecil) gua seorang yang sempoi lagi fleksibel tetapi gua juga seorang yang sederhana dan jujur. Malahan gua suka berterus-terang dan kadang kala gua kreatif. Bukan itu sahaja gua juga pandai bersosial tetapi masih tahu berdikari dan suka membuat kerja dengan cara gua sendiri.

Siap satu karangan! Kome rasa ada tak ciri-ciri tersebut kat dalam diri gua ni (?)

Disebabkan gua terlampau kreatif maka telah mengedit satu gambar ni.


Gambar ini merupakan gabungan gambar gua, bos gua serta kawan-kawan gua yang berhangout bersama-sama di Genting! Tapi gua jadi ala-ala kami ni Spiderman, hehehehe. Semuanya atas bumbung!

NOTAKECIK:
Gila la gua, updated secara gerila not stop dari tengah hari tadi -.-'

21 March 2013

Wei Gua Tak Tahu La Nak Luah Kat Siapa?



Assalamualaikum

Hello ladies and gentleman.

Rasa macam sudah berhabuk tebal ja blog gua kan. Al-maklum la banyak bebeno kerja gua kat sini. Ecece budget gua hebat sangat la nak busy bagaikan Menteri Kewangan kan. Jap kenapa kena samakan dengan Menteri Kewangan? Mungkin boleh menaikkan gaji gua nanti. Keh keh keh. (Padahal baru ja semalam updated)

Isu gaji menjadi topic hangat sekarang ni sebabnya gaji bagi ATM dan POLIS sudah naikkan dan kebarangkalian besar gaji bagi sector kerajaan yang lain turut akan naik juga. Sudah nasib badan bagi mereka yang kerja dengan kerajaan. Bagi gua yang swasta ni gigit jari ja la tengok gaji pekerja Myanmar dengan Vietnam lagi banyak dari gua! Sadis betul.

Apa boleh buat sudah tertulis dibuka tadkir gua maka gua harus redha. Ya sememangnya gua redha mudah-mudahan ada rezeki gua yang lain kan.

Sebenarnya gua tak tahu nak story kat siapa masalah gua ni? Ya “kalianlah” tempat gua berkongsi masalah. Gua tak kira kome kena dengar gua masalah gua. Dulu bekas rumate gua lah kotak masalah gua. Habis semua masalah gua dia dengar tapi pas gua tanya balik apa masalah gua dia lupa. Bagus juga kan, tak adalah dia nak ungkit balik, hehehe.

Gua tak tahu sama ada gua yang cepat sangat terasa hati atau gua sendiri yang mudah terpengaruh dengan orang di sekeliling gua. Atau sememangnya gua tak boleh percayakan orang yang dengan gua. Gua sendiri pun keliru dengan apa yang gua rasa.

Contoh kat tempat kerja gua rapat dengan some section ni tapi dalam masa yang sama gua sendiri rasa tidak selesa dengan mereka.  Jadi adakah gua ni tak betul atau gua ada perasaan OCD.

Kenapa gua rasa macam tu, sebabnya gua ada perasaan di mana mereka mengutuk gua dibelakang. Gua tahu mulut tempayan boleh ditutup tapi mulut manusia tak kan nak jahit pula kan. Dan kadang-kadang gua sendiri pun gak terkutuk-kutuk tapi pastu gua minta maaf sebab gua takut dosa! Tapi buat juga kan. Hehehehe.

Bila gua cerita kat mak gua, nasihat mak gua adalah do your work and less the gossip-gossip.

Amboi sejak bila mak gua pandai cakap omputih ni, hehehe.

The conclusion is I must to be more careful  with other people which I did not know who are they and do my work after bell ringing I going home! Wah so wonderful right my life like that?

Tapi masalahnya gua tak boleh hidup macam tu, I need friends to chit chat tapi how?

Wawawawawawa T.T, really miss my exrumate!

Ketinggian kami hampir sama ^^

NOTAKECIK:
Chop kenapa gua kena rindu kat kau pula ni yan?! 

20 March 2013

Wordless Wednesday #10 : Hate this day!



Assalamualaikum

Hello ladies and gentleman.

Happy wordless WEDNESDAY!

Really I’m in a bad mood! Because of my ‘bigger’ manager in my company! Sangat menyampah tahap kuasa 8 petala pacar roba!!

Gua tak tipu okey sebab banyak tanda seru sudah di atas! (sekali yang ni pun sama).

Kalau ikut hati gua nak ja gua rebus segala lemak-lemak tepu kasi anjing makan. Perghhh, ganas pula ayat gua ni.

Macam mana la gua tak marah, bila gua berbincang dia sepatah haram tak nak kasi jawapan. So gua terus la berdiskusi dengan supervisor dia. Then tetiba nak touching kata umpama dia tak penting padahal dia ‘MANAGER’ gua ulang balik ‘MANAGER’.

Masalahnya ada gua kesah kau Manager ka? Super Manager ka? Meja Besi ka?

Macam la hebat sangat! Hello bos gua yang Senior Manager relax ja dengan gua boleh ja berdiskusi bersama-sama.

Dah la gua menerangkan berjela-jela tapi menjawab sepatah ja. Dushhh! Tertusuk rasanya sampai ke jantung. Gua ingat orang Jepun ni macam sweet-sweet gitu ala macam dalam cerita Jepun tu. Tapi sekali gua dapat Jepun hampeh!

Sabar ja la nok apo boleh buat udah nasib badan.

NOTAKECIK:
Kerek-kerek dengan gua nanti gua bungkus dalam kotak post ke Jepun baru tau! Tapi muat ka kotak tu ek? Keh keh keh.

09 March 2013

Makanan Yang Mengaktifkan Resdung (!)

Assalamualaikum

Hello reader(s) yang cun lagi the boom (!)

Selamat hari sabtu dan selamat berhujung rehat. Kenapa gua cakap selamat berhujung rehat sebabnya 2x sabtu gua kena kerja ganti cuti. Pergghh, udah macam sekolah pula kan tak apa la demi sesuap nasi gua ikut ja rules kilang gua tu.

Jadi di hari sabtu ni gua ingat nak habiskan masa dengan beristirehat sambil menonton panggung sabtu di TV3 namun ianya hanya angan tinggal kenangan sahaja.

Kerana gua ikut kakak gua pergi ke SPA KAK YONG tu gua yang kasi nama, sebenarnya nama spa nya ROZIE SPA, hehehe. Gua buat facial resdung bersama sauna, al-maklum la binatang hama-hama tu suka sangat buat family bahagia dalam muka gua ni then motif bersauna sebab kawan2 gua cakap gua sudah berisi. (T.T)

Actually kakak gua pergi sana nak kuruskan badan dia yang montel tu. Perghhh, mampus gua kalau dia baca blog gua ni, tapi memang betul pun. keh keh keh. Hola, murah saja hanya berbagetkan RM85 kome boleh dapat buat Hot Blanket, Mesin G5 + Slimming gel & Wrapping + Slimming gel!

Gila murahkan kan kan dan paling penting service kak yong memang tip top! Oh ya terlupa pula, pemilik spa tersebut membahasakan dirinya KAK YONG, that's why la gua paling SPA kak yong! Gua baru kenal gua kak yong tapi udah anggap dia macam kakak gua sendiri. Beliau sangat friendly dan tidak kedekut ilmu.

Antara ilmu yang gua dapat adalah mengenai resdung. Ada 4 makanan (resdung) yang paling mencepatkan virus hama bermahajaralela dalam hidung, kerongkong dan telinga ialah:

1. Pisang emas - Dipercayai akar dalam pisang tersebut mengaktifkan virus hama dengan cepat.
2. Terung - Biji yang terdapat dalam terung tersebut adalah punca menyebabkan hama resdung merebak. 
3. Tomata - Sama seperti terung, biji tersebut turut menyebabkan hama resdung aktif.
4. Cili padi - Akar dalam cili menyebabkan hama tersebut aktif selain itu bijinya gua tidak elok dimakan kerana mudah mendapat buasir dan apandiks kerana biji tersebut tidak terhadam dalam perut.

Gua siap highlight warna merah bermakna bahaya. Gua pun kena kurangkan makan makanan yang bergatal seperti makanan see food dan ayam. Kena banyakan makan sayur dengan ikan udah macam kucing rasanya. kui kui kui.

Ate kome yang orang Ipoh jemput la pergi ke ROZIE SPA, gua gerenti kome yang bakal pengantin atau bukan bakal pun kalau nak bermanjakan badan dengan baget yang berpatutan why not u try this spa ^^ (Eceh, ayat promote pula)

ROZIE SPA
No.1B1, Jalan Raja,
Kampung Manjoi, 30020,
Ipoh, Perak

atau

Call untuk keterangan lebih lanjut, 019-555 8058 ( jangan kome nak kacau pulak, kak yong ni ada tali pinggang hitam silat! )
gambar hiasan dari Uncle Google
NOTAKECIK:
Sudah mahu luruh gua punya tulang-tulang masa buat sauna. Tapi serius sangat sedap dengan aroma herbanya rasa macam nak buat lagi pula, hehehehe


02 March 2013

Trip 1 Malaysia Pelbagai kaum!

Assalamualaikum

Hello gadis serta jejaka yang terhangat dipasaran!

Apa-apa, macam tak puas hati ni?!

Okey fine tahu la gua sudah lama tak update kan. Bukan gua tak nak update tapi masa tidak mengizinkan banyak benda gua kena buat ni. Tak cukup tangan, kaki gua gunakan. Guna pergi jalan-jalan, muahahaha.

Ek alah, jangan marah-marah nati tak cun macam Lisa Surihani kang atau tak kacak macam Abon. Kui kui kui.

Sorry sudah merepek meraban pula. Actuallt 28hb February kilang gua cuti ada stock check maka boss gua sudah plan mo bawa gua eh bukan gua tapi dept gua plus QA dengan PR join together pergi Bukit Tinggi dan Genting Highland!

Wahhhh, sangat teruja sebabnya gua tak pergi pun menjejakkan kaki kesana lagi. Kesian kan gua -.-'

Yang paling menariknya trip kami terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. Menarikkan.

Malas nak tulis panjang kome boleh usha ja picture dibawah ni ye (!)
Jangan terkejut gua masih di Malaysia, nama tempat ini adalah Calmos Tropical Bukit Tinggi, Pahang.
Abang Jeffrey dan Mani di Sungai Rejang Flame Ride. (Abang la sangat)
With Azrinn in Dinasourland! Time ni gua baru sentap dengan "Abang Jeffrey" duk komdem gua masa main SKYFALL.
Macam berada France kan?
4D movie, ingatkan kat outdoor ja ada rollercoaster rupanya dalam cinema 4D pun gua kena main benda tu gak! Damn.
Dinasourland yang tak ada apa2 pun.
Gua tertarik dengan kuda ni sebab ada lambang USM dihati gua!
Honestly gua sangat teruja berada disini!
Telaga wish!
Terukir sejarah kami berada disana 28.2.2013
Bas double tacker tapi tak boleh jalan, menci ar.

Permainan yang mencabar keimanan gua, Space shot!
Amacam seronok tak cuti mata dengan melihat gambar gua yang cun lagi jelita ni, kui kui kui.

Seriously sangat sangat sangat cantik dan teruja apabila gua berada disana. Muka gua tak habis tersenyum sampailah gua kembali pulang ke Ipoh. So boleh kome bayang kan?

NOTAKECIK:
Tak sia-sia gua tak pernah pergi sebab kali ni pergi ditaja hebat oleh boss gua. Terima kasih daun keladi boss, senang-senang belanja la lagi, keh keh keh
 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira