31 December 2012

Azam Di Tahun Baru

Assalamualaikum


Selamat melangkah ke tahun baru kalian yang ohsem!

Tak sangka gua tahun depan atau maksud lain kurang dari 24 jam sudah tahun 2013! Bertambah lagi angka usia gua -.-'

Tapi tak apa walaupun usia semakin bertambah tapi orang still ingat gua form5. Motif sangat kan. Just abaikan.

Selalunya bukan selalu tapi confirm soalan yang wajib orang akan tanya, apa azam baru untuk tahun ni? Kenapa cakap cam tu sebab baru ja boss gua tanya kelmarin.

So jawapan gua adalah gua nak laksanakan azam gua tahun-tahun lepas yang gua still tak capaikan. Macam banyak gila ja kan, tapi gua list dalam top5 la. Dulu masa zaman budak hingusan azam gua nak dapat pointer yang hebat. Tapi zaman tu sudah pun berlalu, nampak beno tak tercapaikan, tak apa at least gua tak extend  dan gua tak kantoi ok.

So antara top 5 azam gua untuk tahun ini adalah:
  • Nak ada kereta sendiri tak kesahlah kereta lembu sekali pun.
  • Nak pergi travell tapi yang paling teringin nak pergi pulau di Semporna.
  • Nak dapat kerja yang tawarkan gaji yang setimpal dengan kelulusan gua, perghhh berlagak ja bunyinya. Tak pun boss gua naikkan pangkat gua ka, keh keh keh
  • Nak DSLR D90, walaupun orang sekarang pakai lagi canggih tapi gua nak D90 ja.
  • Nak maintainkan berat 50kg, sekarang sudah 53kg oooooooo!! T.T
Ni la antara azam-azam gua tahun-tahun lepas yang masih tidak dilaksanakan. Bagi gua setiap orang ada azam yang tersenidiri dan ada yang letakkan yang merepek-repek but it's up to you. Sebab tu azam kome sendiri tak akan gua nak halang azam kome kan.

Namun begitu azam gua yang tidak pernah luntur dari gua kecil sampai gua sudah besar gajah adalah azam untuk menjadi anak yang solehah kepada kedua ibubapa serta keluarga. In Sha ALLAH.



28 December 2012

Rezeki Gua La Tuh

Assalamualaikum

Hello kalian-kalian yang ohsem.

Company gua ja yang tak ohsem! Gila la gua kerja kot esok, damn betul company gua ni boleh pula ganti-ganti cuti. Udah serupa dengan cuti gantian sekolah-sekolah pula. Tapi masa sekolah dulu gua ponteng ja tapi kalau udah kerja tak kan nak ponteng kot, damnnnnn.

Sabar je la nasib baik la bila gua godek-godek list contest yang gua join ada gak yang sudah terkena. Terasa sejuk la sikit, keh keh keh. Actually tak silap gua join lagi sehari tarikh tutup padahal tarikh pembukaannya adalah 16 Feb, perghhh lama gila kot. Maybe my rezeki la katakan.


Bukti okey gua menang dan bukan sebab guna random.org ka or random tangan sendiri ka. Ni semua dipilih oleh pihak penganjur bersama-sama jurukamera yang terkenal. Okey gua tipu. Tapi memang atas bakat gua atau maksud lain memang gua berbakat la katakan, keh keh keh.

Kalau kome tak percaya lagi la kan kome boleh click banner diatas untuk lihat pemenang-pemenang yang lain. Actually gua dapat pemenang nombor ke-lima ja. Hehehe.

Makan buah rambuat di chow kit,
Gua caoi dulu k.

Hahahaha, hebat tak pantun setengah kerat gua.

23 December 2012

Rindu Kerinduan, Kegelian Pula Ayatnya

Assalamualaikum

Selamat pagi semua! Ohaiyo khozaimas!

Pagi-pagi lagi gua udah celik mata, macam biasa la rutin cuti gua iaitu mengemas rumah sambil menguruskan badan. Hebatkan gua boleh dikategorikan superman punya girlfriends kan. Kome tengok ada 's' dibelakang ayat bermakna banyak beno la gf superman tu ek? hehehe

Actually gua nak beritahu yang gua sangat sangat sangat rindukan mereka! Siapa mereka?

PALAPES USM intake 22 kini sudah digelar Pegawai PSSTLDM
Coursemate merangkap geng Wondergurl!
Mereka la yang gua tengah rindu iaitu kawan-kawan yang menyinari hidup gua semasa gua bergelar student USM. Susah senang bersama dan payah untuk gua cari kawan-kawan seperti mereka lagi.

Kehidupan sewaktu kerja dengan belajar adalah sangat sangat sangat berbeza. Jika boleh diundurkan waktu gua ingin menghabiskan masa bersama mereka.

Lastly kome rindu aku tak seperti mana aku rindukan kome? -.-' Udah macam jejak kekasih pula, keh keh keh

NOTAKECIK:
Tiada masa sekarang jika tiada masa dahulu, masa dahulu adalah sejarah untuk masa hadapan, kome faham tak? Sebab gua pun tak faham, Muahahaha.

22 December 2012

Hey I Really Miss You Sister!

Assalamualaikum

Hello ladies yang kacak dan guys yang cantik.

Sekarang ni hujan sedang mencurah-curah jatuh ketanah bumi ini. Ecece bersasterawan pula gua memulakan mukadimah kan. Bila hujan-hujan macam ni mesti gua teringat 1 video klip dari penyanyi dangdut Iwan dan Amalina, ala lagu memori daun pisang. Kan mereka berlari-lari anak gitu sambil berpayungkan daun pisang. Lagu tersebut antara lagu favourite gua bila 'berkarok'.

Okey gua bukan cerita pasal memori daun pisang ka, memori kad reader ka or what ever memori. Motif utama gua nak cerita pasal gua sudah berbaik dengan cousin gua. Repeat again, gua sudah berbaik dengan cousin gua!! Ala tak kan tak ingat yang gua pernah gaduh-gaduh manja gitu dengan beliau suatu ketika dahulu, fine kome memang la dah tua semua tak ingat kan, keh keh keh. Ambil kau satu andaian gua padahal memang gua tak cerita pun, Muahahaha.

So far kami already okey. Itu pun bila beliau salam gua pada malam kenduri perkahwinan kakak beliau. Maka hati gua jadi sejuk sikit tapi ke esokkan harinya hati gua jadi bergelodak panas bila gua terdengar 1 cerita. Jadi gua rasa macam nak serang beliau dengan mengguna senjata api. Okey gua tipu. Gila kau nak gua jadi pembunuh bersiri ka? Gua pun dengan muka tebal sikit la tegur dia untuk mendapatkan kepastian dan finally we are okey la.

Mungkin kami sudah okey tapi mungkin juga sudah tidak seperti dahulu. Actually bergaduhan kami ni lebih kepada ego yang tebal dalam diri. Gua rasa gua yang betul dalam tindakan gua tapi dalam masa yang sama gua rasa gua yang salah tapi gua malu hendak mula berbaik dengan beliau. Berapa banyak tapi daaa. Hehehe.

Apa yang gua katakan sudah tidak seperti dahulu mungkin tahun hadapan dia akan membina masjid, In Sha ALLAH. Nampak gayanya gua sorang la yang lambat kahwin dalam kalangan sepupu gua yang berusia 24 tahun.

Tak sia-sia kau rebut bunga kan! ^^


NOTAKECIK:
Kepada kakok, sebenarnya aku nak minta maaf sekiranya aku punca semua ini berlaku. Aku tahu aku tidak sempurna kadang-kala perlu ditegur agar aku boleh jadi yang lebih baik. Eceh dah macam pakwe makwe gaduh pula, keh keh keh. Hopefully kita still boleh jadi the best cousin in the world walaupun kau akan jadi 'suri rumah' nanti. Aku always doakan yang terbaik untuk kau dimasa hadapan kelak. So kita 0 - 0 ye ^^ Lupa pula sebenarnya aku rindu nak buli kau! Dan aku pernah berniat nak pancitkan kereta kau, Hik Hik Hik.

ADIOS

21 December 2012

Alhamdulillah Syukur Kehadrat Ilahi ;)

Assalamualaikum

Hello jejaka serta gadis yang rupawan.

Sihat ka kalian semua? Kalau tidak sihat tak reti-reti pergi makan ubat ka? Tu pun mo gua ajar ka -.-'

Perghhh 'keret" gila gua kan, hehehe. Sebenarnya gua dalam mood berbunga-bunga kegembiraan. Mana taknya selepas asyik berduka lara ja rupanya ada sinar keceriaan dalam hidup gua harini.

1st sekali gua happy sangat bila anak saudara sulung gua dapat result PMR yang memberangsangkan. He get 4A, 3B and 1C. Okey la not bad, actually he get a better result dari gua. Gua pun tak ada A tapi gua still dapat masuk UNIVERSITI sebabnya tiada jalan yang mudah untuk berjaya melainkan kita berusaha. Ambik kau gua terceramah sebentar. Keh keh keh. So gua sudah janji kat anak saudara gua kalau dapat 5A baru gua kasi hadiah tapi dia dapat 4A maka cancel hadiah! Muahahahaha (gelak devil).

2nd petang tadi company gua umumkan bonus untuk tahun ni untuk semua kaki tangan dapat 2 bulan punya bonus! Fuhyoooooo, best gila untuk mereka tapi bukan untuk gua sebabnya gua ni pekerja baru dan tak akan dapat full bonus. Officemate gua cakap dulu-dulu pun dia dapat secubit ja bonusnya. Muka gua sudah 'kedu' kesedihanan. Bila dapat paid slip petang tadi gua membukanya dengan penuh berhati-hati, dah macam gua buka result SPM pula. Alhamdulillah rezeki gua sebab gua dapat bonus sebulan setengah.

3rd adalah gua dapat full edit blog by Nurul Ezatee! Rezeki gua lagi baru ja gua nak tempah kat orang tiba-tiba bila gua usha senarai pemenang nama url blog gua 1st sekali sebagai pemenang full edit blog! Kenapa tak percaya, tak apa-apa lu boleh tekan ini link Pemenang Segmen Barangan Blog Free By Nurul Ezatee.

Betul kata mak gua setiap kelukaan itu akan ada kegembiraan. Allah menguji kesabaran kita kerana ALLAH tahu yang kita mampu mengharunginya. 1 dugaan yang datang 3 sekali kegmbiraan muncul dalam hidup gua. Terima kasih Ya ALLAH.

NOTAKECIK:
Ukirlah senyuman dibibir kerana ianya adalah terapi untuk wajah anda kelihatan muda!

ADIOS

19 December 2012

Wordless Wednesday: 17 December is My Birthday.

Assalamualaikum

Hello rakan-rakan ku yang ohsem macam boss gua.

Mesti kome pelik kenapa gua asyik puji boss gua ja kan. Dan untuk pengetahuan kome gua akan puji boss gua ohsem selama 1 minggu kerana boss gua memang ohsem la sebab kasi gua cuti halfday sempena birthday gua ISNIN yang lepas!

See sangat ohsem kan, mula-mula gua nak minta time off dia on ja bila gua tukar fikiran nak halfday dia angguk-angguk ja tak pun geleng-geleng. Gua rasa mesti boss gua tu nak save budget tak nak kasi gua hadiah maka dia kasi gua halfday dan gaji gua akan potong nanti kan kan kan. Boss gua memang ohsem kan tapi gua tak kesah semua itu cukuplah gua dapat apa yang gua nak iaitu CUTI. Keh keh keh.

Sebenarnya 17 DECEMBER memang tarikh gua dilahirkan dan Isnin yang lepas adalah tarikh ulang tahun kelahirang gua yang ke 24 tahun. Waaahhh, tua rupanya gua ni dan gua masih merasakan yang gua dalam usia 17 tahun sebab gua tak rasa apa-apa perubahan melainkan perubahan fizikal ja la.


Tara hadiah diatas adalah pemberian daripada my BFF dan BF gua. Apa gelak-gelak ingat gua tak layak ada BF ka, gua still wanita sejati okey.

Katak hijau yang gua kasi namanya Cik Ka adalah pemberian daripada BFF gua. Nama dia HAYATI tapi nama glamournya YAT. Actually gua minta mama katak tapi dia kasi si anak katak -.-' Sangat demand kan gua ni tak reti-reti nak bersyukur apa yang orang kasi ^^.

Si rama-rama colourful itu diberi oleh kawan-kawan gua kat kilang iaitu KAK FAEZAH, LIZA and Zar Ni (myanmar worker). See gua ni kan 1 antarabangsa semua bangsa gua berkawan. Bantal rama-rama itu sedap sangat bila buat tidur sebab ada biji-biji sagu dalam tu mungkin akan cepat berjadam apabila dapat ditangan gua nanti.

Coklat KITKAT yang berwarna 2.00 henget tu kawan satu ofis gua kasi. Gua rasa kan mamat ini tak pernah ada GF sebab tu tak reti nak cabut tanda harga tersebut. Apa-apa HIDAYAT gua rasa sangat terharu sebab kau still kasi kat gua walaupun birthday gua sudah lepas dan ada kepaksaan sedikit dari gua. Keh keh keh.

Beg blue red hadiah dari BF gua Encik NOR ESHAM. Sangat sangat sangat suka walaupun bukan beg COACH yang kakak gua dapat dari BF dia kan, hehehe. Really appreciate it plus sangat terkejut bila BF gua buat surpise cake untuk gua dan gua rasa macam nak menangis sebabnya tak ada orang pun buat cam tu kat gua T.T

Untuk kalian yang wish kat facebook dan secara lisan, gua sangat sangat sangat berterima kasih atas doa serta kata-kata semangat kat gua. Also not forget for my BFF gua Yat dan Niza thanks so much because celebrate my birthday and belanja gua KFC tapi yang paling penting korang still support gua dari kita zaman sekolah sampai sekarang our friendship masih kukuh dan hanya ALLAH sahaja yang boleh membalas segalanya.

Arigato kohzaimas minna!!

18 December 2012

Disebalik 15 Haribulan Disember DuaRibuDuaBelas.

Assalamualaikum

Hey kalian yang ohsem macam boss gua.

Kenapa macam boss gua nanti gua cerita kan ye. Bukan tadi gua kata nak cerita kan tapi nanti la sebab banyak sangat story yang gua nak catitkan kat disini.

Kesah bos gua tu nanti gua update sekarang gua nak update kesah gua pada 15 December 2012 masa siang dan malam. Jangan ingat gua binatang dua alam pula ye.

Pada tarikh tersebut telah berlaku dua kejadian yang boleh dikatakan best la juga. Kerana dari siamg sampai malam gua asyik cun jaaaaa. Kome ngata gua perasan cun tapi ADA GUA KESAH? Suka hati gua la kan, siapa yang nak puji kalau bukan diri gua sendiri. Dush dush dush! Gua sudah merepek melampau.

Ce kome usha gambar di bawah ni.


Ni la kakak saudara gua yang selamat di sambut pada hari berkenanan. And sebelah beliau siapa lagi gua yang cun la. Untuk pengetahuan kome, beliau sudah selamat dinikahkan pada 15 November yang lepas.

Nak dijadikan cerita gua telah dilantik oleh beliau untuk menjadi pengapit bidan terjun. Sebenarnya kalau ikut rancangan asal bukan gua tapi adik saudara gua yang  telah menjadi tunangan player bola sepak Johor FC tu. Tapi atas masalah tertentu maka juga secara tidak sengaja jadi pengantinya. Kesian kan gua asyik kena jadi pilihan ke dua ja apakah daya sudah nasib gua kot -.-'

Ce kome tengok gambar yang kedua dibawah ni pula.


Ehem ni buka Yuna Zarai ye, ni Cik Aeda cun! Hehehe. Selepas selesai sesi siang tadi, pada sebelah malamnya gua ada Annual Dinner company kat Syuen Hotel Ipoh bertemakan Step Up a.k.a Hip hop. Binatang yang gua pegang tu adalah nombor talbe gua merangkap tarikh Birthday gua! Cepat wish brithday kalau tak gua sumpah kome jadi emas boleh gadai, Hua hua hua. Alhamdulilah meja gua agak bertuah dapat voucer AEON 40 henget tapi meja boss gua dapat 150 henget sangat unfair kan -.-'

Secara kesimpulannya, apa-apa pun yang berlaku dalam hidup gua still happy ja dapat menyenangkan hati orang lain walaupun hati gua yang sengsara. Disebalik kejadian ini terdapat banyak cerita yang gua tahu. Kadang-kadang Tuhan menguji kita tatkala kita gembira. Sejujurnya gua seorang yang serik dan perkara-perkara ini banyak mengajar gua supaya lebih berhati-hati dengan orang disekeliling kita.

NOTAKECIK:
Orang kata rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Bukan gua kata orang kata ye.

ADIOS

 

08 December 2012

Positifkan Diri

Assalamualaikum

Hye kalian yang sedang berehat di hari sabtu!


Minggu ni gua banyak menitiskan air mata mungkin kalau di tadah dengan baldi barangkali boleh penuh gamaknya. Apa ini gua tak ada perasan ka? Tak boleh nak emo-emo -.-'

Entahlah bila usia semakin meningkat banyak dugaan datang kepada gua. Bukan niat gua untuk merungut atas segala takdir yang tertulis kepada diri gua. Cuma gua sering memikirkan apa yang akan terjadi pada masa akan nanti.

Gua bersyukur kerana masih dikurniakan parents serta family yang sentiasa support kepada gua. Oh ya, gua lupa bff gua cik niza yang selalu meroyan dan cik yat yang sering membuli gua dengan wajah yang tidak bersalah. Tidak dilupakan kakak joyah gua yang di KL, always with me. Thanks korang, support gua!

Bagaimana pula dengan kawan ditempat kerja? Entah susah untuk gua ungkap dengan peribadi mereka disana. But for me mereka still baik dan gua kena hakiskan sikap yang mudah percaya akan mereka. Kadang-kadang sebaris ayat boleh membuatkan ianya jadi racun yang menular hingga ke jantung kan.

Tapi gua harus terima ini adalah ujian dan ini juga adalah penunjuk daripada TUHAN supaya gua sentiasa berhati-hati dalam mencari kawan.

NOTAKECIK:
Mungkin buah yang masam akan menjadi manis selepas diperam. Begitu gua dengan kehidupan kita.

ADIOS

 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira