Assalamualaikum
Hallo-hallo si Uda dan Dara yang sedang skodeng blog gua ni.
You all nak tau apakah aktiviti berfaedah ketika gua di tempat kerja. Banyak benda yang gua buat ketika boss gua tak ada di office.
Boleh dikatakan gua akan memanfaatkan masa sebaik yang mungkin. Well gua kan hebat dalam membahagikan masa.
Perkara pertama yang akan gua lakukan ialah menghilangkan diri gua ke section atas iaitu tempat terpencil di kilang gua. Atau bahasa lainnya adalah mengulat. Keh Keh Keh. Tapi kiranya gua ni jujur la sikit sebab gu berterus terang dengan boss gua yang gua memang tak berapa suka stay lama-lama dalam office. Nasib la boss gua ni memahami.
Okey second thing yang gua akan lakukan adalah membaca Manga di lappy gua. Manga adalah sejenis komik dari Jepun. Al-maklumlah kat tempat kerja gua ada internet mungkin juga boss gua terlupa nak tutup internet maka gua dapat membukanya. Kiranya gua tak la update blog ka, bertwitter ka atau berfacebooking. Gua cuma buka Manga online sahaja. Macam biasa la gua layan NARUTO. Mungkin next week gua layan Fairy Tales. Kui Kui Kui. Setakat ni gua sudah habis baca Naruto, sekarang tengah tunggu episod yang terlatest yang akan diupload nanti.
Perkara ketiga merupakan perkara terbaru yang telah gua lakukan ialah main BINGO! Perghh, actually rakan depan meja gua yang ajak main benda ni masa boss gua tak ada. Lama-lama gua jadi ketagih terus gua atas budak-budak section atas main sama. Masa gua main dulu gua kalah teruk sampai abang senior section atas tu menghina gua. Dia kata gua main dengan warga MYANMAR pun gua boleh kalah. Pedih tusuk ke paru-paru kot.
![]() |
| *Sumber dari Google* |
Tapi orang kata practise make prefectkan, last-last gua menang juga lawan dengan diorang. Hebat tak gua. Muahahahaaha. Maafkan saya teriak seketika.
Amacam pandai tak gua memanfaatkan masa gua?
NOTAJARIKAKI: Di sebabkan gua pandailah boss gua hantar gua pergi training, sorang-sorang pula tuh?! Boss memang kejam!
ADIOS






















