Assalamualaikum
Hye you all.
Happy sunday cone! Eh itu ice cream Mcd.
Oppss, silap sudah. Selamat hari ahad untuk semua pekerja di seluruh dunia. Happy holiday for all worker in the world. (
trasleter) Keh Keh Keh
Lu nak tahu semalam (7/7/2012) guwa bersama cazen berserta 2 orang makhluk telah memacu kereta lalu bergerak ke KEDAH DARUL AMAN.
Memang kerja gila, tak plan apa2 terus ke sana. Terima Kasih tidak terhingga kepada Abang GPS PAPAGO kerana banyak membantu kami semalam daripada sesat mahupun speedtrack.
Mana taknya guwa tengok bf cazen guwa bawak semua atas 120 km/j. Naluri guwa kuat berkata confirm akan terkena 1 juga samannya.
Walaupun secara mengejut pergi ke sana tapi guwa happy sangat sebabnya guwa nak sangat tengok sawah padi lepas tu sungai. Yang paling penting guwa dapat pergi ke Pekan Rabu buat kali pertamanya. Jap actually teman 2 orang makhluk tersebut pergi kenduri kahwin kawan mereka di Derang.
Wah, guwa sangat terharu rasanya kerana berjaya menjejakkan kaki guwa ke sana. Walaupun Pekan Rabu tu tak la se-sebest Padang besar tapi habis juga duit guwa bershopping kerepek.
Sempat juga la singgah sebentar di Menara Alor Setar tapi tak pun masuk dalam sekadar snap picture ja. At least kalau orang tanya sudah pergi ka Pekan Rabu atau Menara Alor Setar boleh juga cakap dengan riaknya guwa sudah sampai ke sana. Keh Keh Keh.
Kronologi perjalanan semalam bermula dari Batu Gajah jam 10++ pagi sampai di Kuala Kangsar jam 11++ pagi dan tiba di Derang jam 1 ++ petang. Lepak2 kejap terus ke Pekan Rabu dan Menara Alor Setar dalam jam 7 ++ malam baru kuar dari Kedah dan mulakan perjalanan ke Taiping untuk dinner.
Pergh bukan main jauh lagi kitaorang dinner kan. Sampai kat sana lebih kurang jam 10++ malam makan bersama dengan wafie dan cox. Diorang ni kiranya budak2 part time masa catering dulu2, so agak boleh dikatakan rapat la.
Then lastly hantar 2 makhluk tersebut balik ke Kuala Kangsar. Akhirnya guwa dengan cazen guwa sampai di Ipoh lebih kurang pukul 1 pagi.
Ambik kau, pagi2 tadi guwa kena sembur dengan mak cazen guwa a.k.a mak su guwa la. Kui Kui Kui. Apa lagi guwa hanya mampu buat muka comel ja. Nasib baik balik rumah tadi mak guwa cool ja harini mungkin sebab guwa belikan mak guwa kerepek kegemarannya.
Sempat lagi guwa pose di Menara Alor Setar
2 makhluk Salad (kiri) Mat (kanan)
Motif untuk tunjuk jam, keh keh kehLain kali kena guna strategi untuk pikat hati mak ni, Keh Keh Keh. KBai