26 November 2012

Patut Lar Orang Kata Malang Itu Tidak Berbau.

Assalamualaikum

Salam sejahtera ke atas kalian semua.

Semalam hari gua meroyan nak join banyak contest sebab gua tengah sedih gila kot. Pagi-pagi gua sudah tipu sunat dengan kawan2 kat tempat kerja. Mana taknya mata gua yang bulat sudah jadi sepet akibat effect menangis semalam. HarHarHar. Tak rock kan. Suka hati gua la, gua pun perempuan gak tau!

Betul kata orang tua-tua kan. Malang itu tidak berbau sebab kalau berbau kita dapat agak untuk mengelak daripada benda itu terjadi kan kan kan.

Hmmm, kesahnya bermula bila pagi semalam (25112012) gua bersama kakak gua nak pergi ke pekan. Maka gua pun siap-siap pakai gincu, dress, kasut tinggi. Okey gua tipu ja. Kiranya gua siap2 la then gua kiranya sudah tersiap awal.

Disebabkan mak gua dengan beliau asyik membebel kata gua tak reti2 nak bawak kereta la, suh gua gantung lesen dapat akuarium la. Dengan rasa bersemangat serta berkobar-kobar gua pergilah start kereta kakak gua itu dengan harapan nak kasi mata terbeliak tengok kehebatan gua mengundur kereta dari tempat parking.

Mungkin sudah tersirat dibuku takdir gua yang gua akan meninggalkan kesah hitam dalam hidup gua. Ecece macam gua buat jahat sangat pula kan. Sekali kaki gua rasa macam tak pijak pedal minyak lalu gua pijak sekuat yang mungkin dan bertambah kuat bila kakak gua menjerit2 seperti 'puntianak harum sudah malam' daaa.

Apa lagi, kedetuummmm! Gua langgar kereta bapak gua. Keh keh keh. Nasib baik ada kereta bapak gua penyelamat kalau tak gua langgar rumah mak gua lagi mampus gua nak menjawabnya. Tapi memang scary gila la sebab gua jadi gila terus nak join contest banyak-banyak!

Ni kereta bapak gua, kemek dibahagian depan.

Ni pula kereta kakak gua ada lukisan garisan di buntut kereta.
Disebab hal demikian gua sudah bersumpah dengan mak gua yang gua tak akan sentuh kereta orang melainkan kereta gua sahaja. Kadang-kadang ada hikmah atas semua ini kerana bila terjadi benda macam ni baru gua tahu perasan orang lain. Kenapa tak faham? Biar la hanya gua dengan ALLAH sahaja yang tahu.

NOTAKECIK:
Kereta Persona tak best! Best lagi kereta lembu free air-cord lagi tuh! Huh (Y.Y)

23 November 2012

Save Gaza!

Assalamualaikum

Salam Muharam kepada kalian semua.


Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah serta berikan sumbangan kalian dalam benda apa jua kepada mereka di Palestine. Sesungguhnya kita seagama dan penderitaan mereka turut kita rasai.

Sejujurnya gua bukanlah seorang yang berkedudukan mahupun popular untuk menyeru kalian memberikan sumbangan. Namun gua adalah manusia yang dicipta oleh TUHAN yang sama, maka tidak salah untuk gua mengajak kalian bersama-sama membantu.

Cukup rintih sekali gua melihat kanak-kanak yang tidak berdosa dibunuh seperti memburu bintanag di hutan. Terkulai-kulai tangan kanak-kanak yang digedung oleh bapanya barangkali. Malahan bukan itu sahaja wanita juga turut menjadi mangsa.

Ya ALLAH, kejam sungguh mereka untuk saling bunuh membunuh antara satu sama lain kerana perebutan kuasa. Ya ALLAH, mengapa manusia ini sangat kejam?

Memang la YAHUDI ini adalah orang munatik, semalam diberitahunya gencatan senjata tapi harini mereka melanggar perjanjian dan telah menembak 6 orang pertani yang ingin melihat hasil tanamannya. Ya ALLAH kasihanlah mereka yang tidak bersalah. Kalau you all nak tengok the latest boleh click link ini YA ALLAH SELAMATKAN SAUDARA KAMI DI GAZA.

Maka mari kita sama-sama bersatu janganlah dipech belah hanya kerana kuasa kerana kuasa tidak akan dibawa ke kubur kita tetapi iman kita yang kuat akan menyelamatkan kita nanti.

Waallahualam.

15 November 2012

Penghijrahan Itu Besar Pahalanya.

Assalamualaikum

Salam Maal Hijrah kepada semua!

Alhamdulillah masih bernafas gua pada harini iaitu 15 November 2012 persamaan dengan 1 Muharam 1434H. Tarikh ini juga merupakan tarikh pernikahan kepada kakak saudara gua.

Alhamdulillah sekali lagi kerana dengan izin ALLAH sekali lafaz husband dia sah menjadi husband dia la. Eh, cam kesengalan ayat gua disitu kan, Maksud gua dengan sekali lafaz kakak saudara gua menjadi isteri kepada suami dia. Bukan cam sama ja ayat sengal. Hik Hik Hik

Maaf la gua tak snap pun gambar beliau, hanya ada gambar gua ja. Al-maklum la buzy menolong makcik gua kasi bunga telur. Walaupun usia gua agak besar digit nombor tapi gua masih kena kasi bunga telur. Tak patut, tak patut kan.

Sebenarnya gua mulakan intro tentang pernikahan kakak saudara gua ada sebabnya. Sebabnya kakak saudara sedang menjalankan satu penghijrahan yang besar dengan menyandang status seorang ISTERI. Besar tanggungjawab yang perlu digendung oleh beliau. Kiranya beliau juga sudah mendapat 1 pahala yang besar dengan menjadi yang halal satu hubungan disisi ALLAH.

Haiiiii, bila kakak saudara gua sudah bernikah banyak pula soalan daripada pakcik2 serta makcik2 bertanyakan bila giliran gua pula? Berat betul soalan ni kalau nak jawab 3 jam pun tak cukup kena bagi extra masa, keh keh keh.
Kakak saudara gua sibuk berinai gua pun sibuk nak dapatkan hennai free, keh keh keh
Apa-apa pun dengan senyuman gua menjawab INSYAALLAH iaitu akan datang sekiranya diizinkan oleh-Nya.

Bersama anak saudara gua yang gua sayang! Geram tengok pipi budak kecik ni!
 NOTAKECIK:
Gua rindu dengan cousin gua yang paling rapat sekarang kami sudah berenggang dan gua tak tahu apa salah gua dan gua tak tahu macam mana nak berbaik semua.

ADIOS

12 November 2012

Rencah Kehidupan

Assalamualaikum

Hello si gadis dan jejaka yang kacak diluar sana!

Harini gua cuti, malas la mahu kerja. Buat apa kerja menyakitkan hati ja baik gua ponteng. Tapi sebenarnya memang gua cuti pun sampai la hari khamis ini. Hehehe. So long kan. Maka cuti ini gua akan mengisikan masa dengan semanfaat yang boleh iaitu cover balik tidur yang tak cukup. Keh Keh Keh

Petang tadi baru ja melepak-lepak dengan bestie gua yang gua anggap macam kakak gua walaupun kami lahir pada tahun yang sama tapi membezakan adalah tarikh tapi lahir, hehehe. Rasa ringan kepala dalam gosip2 dan cerita probs yang melanda ditempat gua. 

Betul kata cikgu gua, alam persekolahan adalah alam yang sangat fun. Tak perlu fikir masalah akan datang cuma belajar belajar dan belajar untuk dapatkan gred yang bagus. Kalau dalam dunia pekerjaan memang kita kerja kerja dan kerja untuk dapatkan rezeki halal tapi disekeliling kita, hanya ALLAH sahaja yang mengetahui betapa ada manusia yang tidak puas hati dengan diri kita walaupu kita tak kacau hidup atau periuk nasi mereka.

Sangat mencabar rupanya bila kita nak melangkah ke alam dewasa ini. Kalau boleh gua nak jadi budak sekolah ja la. Tapi nanti tak boleh nak kahwin pula kan. Perghh, sempat mengatal lagi kan, keh keh keh.

But my mum says, don't think about others. Buat kerja apa yang boss kasi lepas bunyi loceng terus balik rumah. Kan senang. ^^

Thanks MAK because you always with me and support me what i'm do.Maybe gua kena thanks kat my sister-in-law maybe lebih sesuai my family, my boss, my bestie and my officemate yang tak pernah kasi gua down sebalik kasi gua move forword for my future. Terima kasih kepada ALLAH yang memberikan gua insan-insan seperti mereka disisi gua.

Rezeki gua, dapat lucky draw masa dinner Perak Malaysian-Japanese Friendship Society wakil untuk company gua.

NOTAKECIK:
Kakak gua cakap orang yang suka bertalam-talam muka nanti dapat balasannya. Jadi gua 
kena banyakkan bersaba dan berserah kepada-Nya. Lagi satu inilah dikatakan rencah kehidupan.

11 November 2012

Ku Akui - Hafiz

Assalamualaikum

Hello you all!

Meh sini berkaraoke bersama gua. Almaklum la, hujan semenjak dua menjak ni 
jangan katalah kenapa kan. Keh Keh Keh.

So sila layan lirik di bawah okey.

Ku Akui - Hafiz

Katakan padaku kekasih
Kesilapan yang pernah ku lakukan dulu
Ternyata aku yang harus dipersalahkan
Ku akui

Ku leka dengan kerjayaku
Mengejar kekayaan di dunia ini
Betapa hancurnya hatimu laluinya
Ku akui

Jika dapat ku mengulangi
Perjalanan cintaku bersama mu lagi
Akan ku jaga
Sebaik-baik cinta ini

Kini ku rasa kehilangan
Ku sedar betapa pentingnya kau di sisi
Yang slalu ada
Yang slalu rindu
Terhadap diriku

Jangan, jangan
Jangan ku ulangi lagi

Jika dapat ku mengulangi
Perjalanan cinta ku bersamamu lagi
Akak ku jaga
Sebaik-baik cinta ini

Kini ku rasa kehilangan
Ku sedar betapa pentingnya kau di sisi
Yang slalu ada
Yang slalu rindu
Terhadap diriku

 la Sangat mendalam maksud bait-bait lagu ni. Okey la gua out dulu nanti gua update lagi ye
 sebabnya gua cuti 4 hari, sila jangan cemburu okey.

NOTAKECIK: 
Gua nak layan muzik-muzik separuh akhir pertama, 
hope sangat lagu ni tersenarai dalam final nanti.^^

05 November 2012

Ada Apa Dengan Cinta, Perghh Jiwang Betul

Assalamualaikum
CINTA itu satu anugerah diberikan kepada setiap manusia. Tapi bukan semua dapat CINTA seperti yang kita kehendakkan itu menjadi milik kita. Bak kata pepatah kita hanya mampu merancang tapi tuhan menentukan segalanya.

Ambil kau, begitu serius pembuka mukadimah harini. Apa-apa pun mak gua sudah bising suruh gua cepat kahwin. Gua pun sudah pening kepala, mungkinkah mak gua ingat untuk mencari calon suami itu seperti membeli ikan di pasar borong? Lai lai, sekilo 3 ringgit, manyak murah oi, amoi mari la beli. (imaginasi sendiri) -.-'

Namun gua masih percaya jodoh yang baik datangnya dari ALLAH. Dan gua juga percaya, ALLAH sudah tetapkan jodoh kepada setiap hambanya. Mungkin kau, kau, kau dan kau jodoh gua kan. (Sambil tonyok-tonyok tetikus)

Lagi satu Ustaz Azhar Idrus juga ada berkata, jodoh kita sudah ditetapkan semasa kita dalam kandungan ibu ketika 4 bulan. Maka relaks la mak, gua muda lagi kot. Tahun depan baru nak masuk 25 tahun bukan 52 tahun. Kasi chance la gua nak bersuka-ria dahulu kan.

NOTA KECIK: 
Gua bukan memilih cukuplah si dia mampu membimbing gua serta membahagiakan gua sehingga ke Jannah. Insyaallah.

ADIOS

04 November 2012

Gua Jadi Chef. Kenapa Tak Percaya Ka?

Assalamualaikum

Hello ladies and gentlemen yang budian sekalian.

Gua muncul lagi di hari ahad. Sebabnya hari ahad gua cuti, keh keh keh. Hari ini gua sangat rajin mengemas rumah dan memasak. Memasak? Hmmm, mungkin lebih sesuai menggunakan perkataan membakar kek!

Walaupun luaran gua ni tak la sesempurna gadis melayu terakhir tapi gua ada la gua sikit sifat kewanitaan tersembunyi okey.

Maka harini tercipta la sebuku kek yang bernama CAROT CHEESE CAKE ala-ala gua. Sedap kan namanya. Keh Keh Keh.

Actuaally gua pernah sekali buat carot cake tapi tidak menggunakan cheese sebaliknya mengguna minyak sayur dan cake gua yang dulu tu tak berapa nak menjadi. Mungkin sebab berat then terus kempis. Huk Huk Huk. Sedih juga la tapi mak gua pesan jangan give up sama seperti kita mencari pasangan yang sesuai. Jap ni sudah bab lain ni. -.-'

But for today, cake yang gua buat ni agak simple tapi sedap. Ecece puji diri sendiri pula kan. Gua dapat resipi ni masa gua buat rawatan resdung kat rumah pakcik saudara abang senior kat tempat kerja gua. Seriously mereka sangat mesra alam dan tidak sombong so dia suruh panggil diorang Pak Teh dan Mak Teh.

Resipi ini mak teh yang kasi yang merupakan isteri pak teh. See ada guna juga gua buat rawatan resdung yang sememangnya gua tak nak buat tapi kena paksa. Bak kata pepatah sambil menyelam minum air atau bahasa omputihnya 2 in 1. Rawatan dapat resipi pun gua dapat. ^^

Gua tak la kedekut ilmu maka sila la salin resipi ini kalau rasa nak cuba buat kek:

Bahan-bahan:

  1. Telur gred A - 6 biji
  2. Tepung kek - 350g
  3. Cheese - 1 ketul
  4. Butter - 1 1/2 ketul
  5. Essen vanilla - 1 sudu kecil
  6. Baking powder - 1 sudu kecil
  7. Gula - 400g
  8. Carot di parut ikut kesukaan masing2, kalau lagi banyak lagi sedap.
Cara-cara:
  1. Putarkan gula bersama telur bagi mengelakkan kek akan jatuh atau orang kata terbantut.
  2. Kemudian dengan menggunakan mangkuk lain, cheese dan butter diputar sehingga kembang.
  3. Carot dan tepung digaulkan terlebih dahulu untuk rata.
  4. Kemudian masukkan carot dan tepung diselang-seli dengan telur yang dicampur bersama gula.
  5. Masukkan essen vanilla dan baking powder.
  6. Selepas sebati masukkan kedalam loyang. Panaskan terlebih dahulu ketuhar kemudian masukkan bancuhan kedalam ketuhar.
  7. Setkan 170 C selama 45 minit.
Senang kan, semudah ABC ja. Apa lagi you all boleh la mencubanya okey! ^^

Taraaa! Ni la Carot Cheese Cake ala-ala gua, amacam terliur tak? ^^

NOTAJARIKAKI: Pasni mati la gua, mak dah sibuk2 suruh gua kahwin -.-'

ADIOS

 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira