29 September 2013

Walaupun Beliau Suami Orang Gua Tetap Sukakan Lagunya

Assalamualaikum

Hello jejaka serta anak-anak gadis diluar sana.

Selamat beristirehat sambil menikmati cokodok panas bersama kopi o suam.

Kalau la uoll nak tau, gua adalah salah seorang peminat tegar Black Hanifah.


Kenapa gua minat beliau sebab beliau adalah lelaki yang hitam. Eh, suka hati gua la nak suka lelaki hitam kan. Dah taste gua nak buat macam mana.


Walaupun beliau sudah berumah tangga gua tetap meminati lagu2 beliau sebab suara beliau yang unik. Tapi abaikan la dengan statusnya yang penting semua lagu2 yang keluar dari peti suara dia sememang membuatkan hati gua jadi cair. Mungkin kalau beliau mengaji mungkin alunannya menyedapkan telinga.

Terbaru gua sudah terjatuh cinta dengan lagu beliau yang bertajuk "Takkan Terpisah".

Andainya kau tahu
Apa yang ada di dalam hatiku
Tersimpan takkan pernah berubah

Andainya kau tahu
Apa maksudku lafazkan cintaku padamu
Dengan cara yang berbeda
Oh mengapa seharusnya kita masih bersengketa

Korus
Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa
Hembus nafasku, hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta

Takkan terpisah......
Takkan terpisah.....

Andai ku tak mampu
Leraikan semua kekusutan yang melanda percintaan kita

Mungkin ini semua
Tetap menjadi satu pertanyaan selagi hati belum ada kepastian
Oh mengapa seharusnya kita masih bersengketa,

Korus
Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa,
Hembus nafasku, hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta..

Takkan terpisah..
Takkan terpisah..

Demi cintaku….
Demi cintamu….

Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa
Hembus nafasku hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta…

Takkan terpisah
Takkan terpisah

Andainya kau tahu
Apa yang ada di dalam hatiku

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/08/lirik-lagu-takkan-terpisah-black.html#ixzz2gGqaeqMI


Semoga beliau bahagia bersama pasangan beliau dan gua bahagia sekiranya beliau bahagia. Budget la sangat gua ni gurfren beliau kan, kui kui kui.

NOTAKECIK: Psssttt, awok (boifren gua) nanti kita kawen awok nyanyikan lagu ni kat kita ek. Ecece, ada hati nak kawen, bertunang pun tak lagi, puihhh. Keh keh keh

21 September 2013

Hari Membuang Lemak-Lemak Dalam Badan Gua!

Assalamualaikum

Hello-hello awok-awok semua!

Happy Saturdays kome!

Amacam hari sabtu komel ade tak buat benda yang berfaedah macam gua? Apa, kome membuta ja, buat taik mata?? Ish ish ish cuba la jadikan gua sebagai idola kome.

Sebab apa? Hari ini merupakan hari kurus bagi gua.

Sebab apa? Sebabnya dari pukul 6.30 pagi gua bangun subuh hingga la ke sekarang ni pukul 8.05 malam gua telah menjalankan satu aktivi yang dahulu gua laku masa zaman gua belajar dulu-dulu ja. Agak susah gua nak lalukan di rumah gua sendiri.

Macam biasa la bangun subuh tu kena la solat sembah sujud kepada Yang Maha Esa, then terus gua mengemas rumah sambil menonton Nasi Lemak Kopi O (sila ikut rentak lagu ye) kat tv9 ada Tegar dari Indonesia yang famous dengan lagu "Aku yang Dulu bukan aku yang sekarang, dulu aku ditendang sekarang ku disayang...." selebihnya kome sambung sendiri ye.

Gua campak ape benda yang tak guna ke tong sampah kalau mak ka bapak gua marah lantak siapa suruh tak simpan elok2 kan, hehehee. Kemas bilik, kemas dapur, kemas hall rumah sekali gua kemas dengan anak-anak saudara suruh bangun asyik buat taik mata ja! Huh, marah ni orang penat2 deme selemaba badak sumbu ja tidur.

Lepas settel hal2 di rumah, time untuk gua mandikan baby gua! Bukan baby bernyawa la baby tak bernyawa berwarna ungu yang gua namakan beliau "VIVI" sudah sekian lama gua tidak mencucinya, hehehehe.:

Nampak sinarannya itu? Kilat habes gua gosok ^^
Petang kemudianya gua terasa macam nak berjogging, ate azam nak jogging tu udah lama gua simpan tapi belum lagi nak terlaksanakan. Tak silap last sekali gua jogging 2 tahun yang lepas, keh keh keh

Kami la model terbaru brand Tupperware, keh keh keh
Nampak tak muka gua dan cengkung sikit kan, kan kan. Kalau kome tak nampak maknanya kome tu, ish malas nak cakap la nanti kome takut pula kan, hehehehe.

Sekarang udah malam kan, badan udah rasa sengal2 bersama lenguh2. Ate dah lama nak melakukan kerja berat sekali hidupkan enjin terus kebabommm.

So apa lagi, gua mahu beristirehat munkin juga akan beradu terus. MUNGKIN ja la bukan betul pun. Tapi kemungkinan itu berskala besar la pula -.-'

NOTAKECIK: Bila jogging macam ni gua teringatkan masa PALAPES dulu, serius tetiba rindu ka korang la wahai Intake 22 yang sentiasa dihati gua ^^

04 September 2013

Lelaki Membawa Handbag Wanita Macho Ka?

Assalamualaikum

Hello kaum Adam serta Hawa semua.

Pic dari Google.com
Pagi-pagi lagi gua dah tersenggih macam kerang busuk dalam kereta. Gua gerenti memang ramai yang kata gua gila sebabnya kakak ipar gua pun perasan gua senyum sorang-sorang masa parking kereta.

Sebab apa, pagi tadi masa nak pergi kerja gua dengar Hot AM Crew kat Hot.fm siapa lagi kalau bukan deejay FBI, Fafau dan AG duk buat lawak bangang deme la. Harini topic hot chat deme pasai “Lelaki bawa handbag wanita kelihatan macho ka or hancus”.

Fafau dengan AG kata hancus sebabnya handbag Fafau macam gegurl so tak tergamak dia mo kasi boifrennya bawa, si AG pula gua tak tau kenapa, nampak sangat tak pernah tolong bini dia kan(tak habis dengar). Berlainan dengan FBI yang udah biasa membawa handbag bini dia kadang2 dengan bini-bini dia sekali dia angkat. Orang sayang bini katakan, oh so sweet. Hehehehe

Ada pendengar call Hot.fm kata beliau ada yang  nampak macho dan ada sometimes nampak pelik pendek kata ikut situasi la. Contohnya, kalau dia bawa handbag bini dia yang ada brand lebih2 lagi masa shopping kat Pavilion ka, iSetan ka, pandangan bini orang lain or wanita luar sana mesti kata bagusnya hubby orang tu beli handbag brand2, untung wife dia. Tapi kalau kat tempat makan or tempat yang ramai orang kadang2 hubbynya terpaksa memegang handbag dengan kuat atau kepit dan kadang2 tangan terpaksa dilembutkan macam orang lelaki lembut. Dah lain padangan masyarakat kat hubby beliau. Muahahaha.

Yang paling lawak yang sempat gua dengar adalah lelaki merangkap laki orang ni la tak kesah membawa beg bininya sebab bini dia beli beg ala-ala lelaki yang macam zizan pakai kat dalam cerita Mael Lambong. Kadang2 bini dia siap pergi shopping handbeg siap test dulu kat laki dia sebabnya bukan bini yang akan pakai tapi laki dia yang akan pakai. Perghhh, ni olang betui betui sayang bini ma, untung la! Keh keh keh

Pendapat gua? Seriously gua sememangnya tak suka kalau lelaki yang bawak beg tangan gua. So boifren gua memang tak boleh sentuh beg tangan gua tanpa kebenaran gua. Entah la tapi tak suka la bukan sebab duit gua banyak dalam dompet tapi gua tak suka tengok rasa macam hmmm dicontrol pula mungkin juga sebab takut orang luar tengok dia macam lelaki something kot, hehehehe

But anyway depends to others la someone ok someone pula erkkk macam pelikkan. Tapi main pointnya memang pelik pun. Entah memang pelik, keh keh keh.
Kalau macam ni boifren gua, gua rela u pegang handbag gua for ever, hik ;)
NOTAKECIK: Dulu masa involve dalam PALAPES then ada ber campaign tak ada pula orang lelaki nak tolong bawak kan beg pack gua, asal eh? 

03 September 2013

Langkah-Langkah Untuk Maintainkan Badget Minyak Kereta

Assalamualaikum


Gua yakin dan pasti start kul8 malam semalam kome tak habis bermaki-makian akibat petrol ron95 naik 20sen kan. Ek eleh chill la, sebab gua pun ada juga maki-makian semalam, keh keh keh.

Actually semalam gua tak ada la dengar berita dengan fokus sangat cuma terdengar-dengar cam tu ja la PM kita berucap cakap pasal subsidi gua ingat harga barang akan turun. Rupanya harga barang naik?! Gua terpaksa ulang suara tanya bapak gua betul ka apa yang gua dengar.

Bapak gua angguk sambil mengiyakan yang harga petrol ron95 naik sebanyak 20sen. Minyak yang selalu gua isi tu, dahn la ron97 pun mahal ate kalau semua dah naik gua nak isi apa kat baby gua tu?!

Teks ucapan PM semalam.
Hmmm, termenung seketika gua semalam. Jenuh gua ikhtior ape yang patut gua lakukan untuk gua merasakan duit keluar untuk badget minyak bulanan tidak lari dari plan gua.

Antara langkah-langkah yang perlu gua ambil:

1. Kurangkan tekan pedal minyak, kiranya tekan minyak paras 60km/j atau lebih bagus 40km/j.
2. Sesiapa nak tumpang gua dikenakan change RM5 1 kepala.
3. Sewakan kereta gua kepada kakak gua untuk Sabtu dan Ahad maka boleh mintak beliau isikan minyak.
4. Kembali merempit! Guakan kereta untuk emergency sahaja.
5. Suruh supir atau bapak gua hantar.
6. Kena cepat2 kawen maka hubby gua boleh tangguh gua, muahahaa

 Gua rasa macam gua suka gila dengan plan nombor 6 tu, hehehehe.

NOTAKECIK: Pssttt psssttt boss besar gua pun kena naikkan gaji gua sebab semua benda dah mahal!

01 September 2013

Hello September, Good Bye August.


Assalamualaikum

Yuhuuuu, you all yang yang semakin COMEL dan semakin CUTE. Haiicummm.

And hello September , good bye August yang langsung gua tak mengupdatekan, hehehe.

Gua rasa kalau blog ni boleh berkulat memang gua punya blog akan menjadi kulat yang sihat walafiat macam minyak angin cap gamat walafiat tu, kih kih kih.

Sedondon tak kami? Nie la boifren gua ;)
Mungkin masih tidak terlewat untuk gua ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN walaupun tinggal lagi 5 hari syawal, hiks :)

Seriously jari jemari gua memang nak update blog namun apakah daya masa sangat mencemburikan gua yang jelita lagi anggun ini.

1st awal bulan august lappy gua sudah jahanam, oh ya lappy gua yang gua guna sekarang ni lappy boifren gua mungkin akan mendapat badi jahanam nanti, kui kui kui. Hopefully idak le kalau jahanam jugak nanti gua nak guna apa? Udah la gua idak mampu nak membeli yang baru dulu pun guna duit PTPTN. Terima kasih PTPTN tanpa dikau tiadalah gua di menara universiti. * Sempat buat iklan sebentarkan.

So far life gua dari bulan puasa hingga ke bulan syawal tiada yang menarik pun. Cuma bulan puasa berat badan gua sudah turun tapi lepas masuk syawal sendiri boleh fikirkan. Then busy dengan kerja sekali dengan peperangan dingin gua dengan boss gua. Tapi dah masuk bulan syawal gua udah berbaik dengan beliau hinggakan gua berjaya mengikis serta mengepaw beliau. Siapa suh berbaik dengan gua balik kan, muahahaha.

Bila musim raya dan cuti sekolah tak sah lah kalau tak ada kenduri kendara kan. Maka ada kenduri kawen kawan sekolah menenah dengan cousin yang sama batch umo gua sudah kawen. Untuk pengetahuan kome gua ada lima orang yang sama batch dan gua merupakan yang masih tak kawen-kawen lagi. Nak buat macam mana belum sampai jodoh kan, gua mohon kome-kome tolong doakan gua dicepat2kan jodoh dengan dapat gaji yang banyak sikit boleh simpan duit kawen. hehehe

cousin gua yang kawen bulan 6, tapi menyambut rumah lelaki raya yang ke-4, syitah!
Cousin gua yang baru ja seminggu yang lepas kawen, ayu!.
Ni pula kawen 1 sekolah menengah yang kawen, mia!
Yang ni masih menunggu yang putera that's why la kosong disebelah gua tu (T.T)
Jadi ini ja la aktiviti gua sepanjang bulat syawal melainkan makan di rumah, makan di open house dan makan di kenduri rumah orang.

NOTAKECIK:
Semoga bulan yang September hidup gua akan berubah, mudah-mudahan. Haiiip, bukan suruh gua kawen tapi semoga gua dapat kerja yang bagus semoga gua cepat kawen! Hehehe, gatai! ^^
 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira