14 March 2016

Trips Budget Ciput Ke Kuching 4Hari 3Malam - Bahagian 1

Assalamualaikum & Selamat Petang.
Hello blogerlicious!
Harini hakak nak share sikit trips hakak ke KUCHING selama 4 hari 3 malam yang dikategorikan trips budget ciput tapi semua dapat, hahahaha.
Tiket flight ke Kuching kakak gua kat KL dah booked 1 tahun lebih awal, tak silap bulan 6 rasanya sebelum raya. Time tu Air Asia ada buat promotion return ticket RM160 per person. Nasib ada Air Asia, penerbangan tambang murah yang terbaik di dunia. Air Asia everyone can fly. *promote gitu.
But selepas gua booked ticket baru la muncul Rayani Air yang boleh dikatakan lebih murah dari Air Asia. Mungkin sebab promotion kot but tak ada masalah untuk kome try nanti. Tak silap sekarang ada buat promotion one way RM99 sahaja. Tetapi Rayani Air hanya untuk penerbangan ke Kota Bharu Kelantan, Langkawi, Kota Kinabalu dan Kuching sahaja. So kome kena survey dulu semua booked tarikh untuk fly.
So we all booked ticket 3 March 2016 – 8.20 am (arrived 10 am) dari KLIA2 dan pulang pada 6 March 2016 – 10.20 am (arrived 12pm). Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam 50 minit tapi gua rasa cam cepat ja mungkin sebab Pilot tu drift kot atas awan ke atau sebab gua duduk ja kat seat terus membuta sampai la di announce kan nak sampai baru mata gua celik, hehehe. Oh ya, we all tu termasuk la gua laki bini, kakak gua bersama 3 orang anaknya so total 6 orang pergi ke sana. Kunun-kunun nak honeymoon last-last jadi starmoon berjemaah.
Sesampai ja di Airport Kuching, kami mencari penyewa kereta kami. Ok bab sewa kereta better kome survey sendiri kereta sewa di internet ka atau tanya kawan-kawan yang stay kat sana atau lebih bagus kalau kome kenal penyewa kereta tersebut. Sebab sekarang ni banyak kes tipu, dah bagi duit tapi kereta yang kita nak sewa tu berkonduksi HAMPEH atau silap2 lesap duit kereta itu. Alhamdulillah la kakak gua ada kawan kat sana so beliau recommend sewa kat seorang kakak ni. Kami sewa kereta perodua Alza sehari RM130 dan keretanya pun ok aircond sejuk sampai ke belakang.
Terletak ja buntut masing-masing kami on kan waze dan pergi ke tempat yang pertama iaitu Cat Museum. Di sebabkan kami tiba di Kuching sangat awal so tak boleh check in hotel sebab hotel check in pukul 2 petang. So kami bergerak ke Cat Museum dahulu la. Masuk ke museum tersebut tidak dikenakan apa-apa caj tetapi kalau nak tangkap gambar guna handphone kena cas RM3, kalau camera digital RM4 atau kalau guna camera canggih macam DSLR dikenakan cas RM5. Then handphone pula kena disimpan di kaunter dan hanya handphone yang dibayar sahaja dibenarkan dibawa masuk.

Cat Museum, Meow Meow :)

Kenapa gua pilih pergi ke museum ni? Sebab gua search blogger-blogger yang pergi ke Kuching mesti akan singgah, kiranya kalau tak pergi tu macam tak pergi Kuching la. Hehehe. Oh ya, sebelum kome nak pergi ke mana-mana vacation kome kena search atau study dulu tau dari blog ke tau tanya kawan-kawan sebab kat situ akan memudahkan kome nak pengiraan budget.
Selepas keluar dari Cat Museum lebih kurang pukul 12 tengah hari, perut kami terasa macam udah buat konsert Mega Gegar Vaganza. So buat keputusan untuk balik ke sekitar hotel mana tau sudah boleh masuk ka tetapi kalau sudah dikatakan mengikut rules pukul 2 petang bermakna kena mengikut rules la. Makanya kami pergi mencari makanan di sekitar hotel ja, berjalan kaki ja ke sana.
Kami makan di Restoren Fauziah kiranya belakang dari Nova hotel ja so mudah. Menu macam-macam ada untuk makan berlauk dan makanan goreng pun ada. Tetapi untuk pengetahuan kome makanan di Sarawak ni sangat le mahal, milo ais ja udah RM2.80! So tambah tolak cos untuk makan tengah hari sahaja udah mencecah RM50++ untuk 6 orang makan. Tertelan air liur seketika.
Oh ya, kami memilih hotel Nova Hotel yang terletak di tengah bandar Kuching, so far price untuk 1 malam untuk 2 orang agak berbaloi, Yang paling penting, pekerja yang handle disitu juga sangat peramah dan tidak sombong. Makanya gua boleh recommend hotel ini kepada kome ok. Sebab pertama tempatnya tak la jauh sangat kalau kome nak cari makan. Sebab kedua kalau kome nak jalan-jalan ke waterfront pun tak jauh dalam 15 minit dah sampai. Sebab ketiga hotelnya juga bersih dan siap ada penanda arah kiblat dan kome boleh minta sejadah jika perlu.

Waiting area

Parking area

Room sangat selesa dan bersih. Setiap barang mandi, coffee & tuala akan ditukar setiap hari.
 Tempat tidur juga akan dikemas setiap hari juga :)

Selepas check in, kemaskan barang dan bersihkan diri lebih kurang pukul 3 petang kami keluar balik untuk pergi next location iaitu Museum Sarawak. Kiranya macam nak buat lawatan sambil belajar. Satu info untuk kome, pastikan plan pergi awal sebelum pukul 4.45 petang untuk melawat tempat-tempat bersejarah ni sebab deme akan tutup awal termasuk kedai di waterfront.
Selepas pergi Museum Sarawak ingat nak singgah Museum Tekstil tapi tak sempat udah nak tutup pagarnya. So kami pun parking kereta di kedai2 hadapan waterfront dan jalan-jalan sambil ambil angin sungai. Tetiba gua nampak ada boat penambang lalu, macam nak naik tapi cam takut, ye la buatnya tetiba muncul si bujang senang nanti hilang senang gua dibuatnya.
Kalau diikutkan list, gua nak naik river cruise dan tiketnya harga RM60 per person makan masa 1 jam 30 minit serta include sekali makan kek Sarawak dan tengok tarian kebudayaan di atas cruise. Kiranya dia bawa dari hujung sungai sini ke hujung sungai sinun. Tapi kami fikir 10x juga nak naik benda alah tu so kami jalan-jalan lagi sampai la nampak Boat Tradisional Sarawak kiranya cam sampan la. Tiket untuk naik boat tersebut RM19 per person, lagi murah dan save cos lagi tu! So buat keputusan naik boat tradisonal tersebut kiranya nak cari pengalaman naik sampan katakan. Not bad lebih kurang 1 jam juga kami menaiki boat tersebut dari hujung sungai kg terakhir hingga hujung sungai kg boyan dan pakcik yang bawa tu pada mulanya KEREK ja mukanya dalam hati gua mungkin dia tak reti cakap bahasa melayu kot rupa-rupanya bila pakcik tu start bercakap tak berhenti pula. Habis semua benda dia cerita mengenai Sarawak termasuk lah kek Sarawak. Rupanya orang-orang kat Sarawak ni kalau masa raya mereka tak buat dah kek Sarawak kiranya udah jemu la so mereka lebih banyak buat biskut. Best juga naik benda alah ini, sejuk ja bila ditolak angin. Memang pada masa tu musim hujan tapi Alhamdulillah la program yang kami rancang semua berjalan dengan lancar. Petang tu hujan renyai2 ja air sungai pun tak la bergolak sangat.
Sarawak Traditional Boat Cruise

We all bersama Pakcik yang kerek ;P
Habis ja naik boat tu kami balik ke kereta yang gua rasa jauhnya 2-3 km, perghh basah ketiak gua ni. Dalam masa nak pergi ke kereta sempat lagi kitaorg beli wafer yang berharga RM2, gua ulang balik RM2 tau. Murah gila dan besar pula tu, semoga murah rezeki uncle ye. Satu ja yang gua perasan orang Sarawak ini sangat peramah dan murah dengan senyuman.

Ice cream gula apong memang sedap!
Balik ja bilik terus bersihkan dia then kami dinner di Restoren RJ, kiranya famous juga la kat Kuching tu. Gua makan pecal leleh, pergghh memang meleleh gua makan SUPERB sedap gua boleh recommend kat kome try makan tau. Lepas makan pedas2 gua pekena aiskrim gua apong memang terangkat la. Aiskrim tu macam rasa gula Melaka, kedainya berdekatan ja dengan restoren RJ. Dan bertambah sedap dinner tersebut apabila dinner kami dipayung oleh kawan kakak gua. Thanks Wani, save duit keluar malam itu, hehehehe.
Tips yang gua nak kongsi kan, gua suka buat budget untuk makan, kenderaan ka atau hotel. Then gua akan pass kat kakak gua, kiranya kalau nak makan ka tak yah nak bayar sendiri-sendiri lagi mudah seorang ja kuarkan duit makan macam ketua la. So pengiraan gua begini :
Sewa kereta Alza : RM130 per day x 3 day = RM390 (Bahagikan 3 orang dewasa so RM130 per person.
Hotel : RM207 untuk 3 malam (bahagi 2 sebab laki bini so jadi RM103.50)
Makan : RM100 per person untuk dewasa
Duit minyak : RM25 per person
Naik bot tradisional Sarawak : RM19 per person
TOTAL : RM377.50
Setakat ini gua keluarkan Ringgit Malaysia RM377.50 untuk hari pertama termasuk untuk makan, penginapan & transportation. So for the next day gua hanya keluarkan untuk entry fee sahaja, so tak yah nak fikir yang lain dah.
Gua rasa setakat ini gua membebel untuk day 1 ok. Tunggu untuk next entry yang kome akan terkejut tengok TOTAL keseluruhannya jika gua tak membeli souviner.
To be continue…

0 Awesomelicious:

 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira