01 April 2016

Trips Budget Ciput Ke Kuching 4Hari 3Malam - Bahagian 2

Assalamualaikum & salam sejahtera.
Hello blogerlicious!
Trips Budget Ciput Ke Kuching Bahagian 1 <Click untuk keentry bahagian 1>
Bersambung semula Trips Budget Ciput Ke Kuching Bahagian 2!
Lambat beno gua updatedkan, al-maklum la busy sikit seminggu dua ni. Eceh budget la sangatkan J
Program untuk hari kedua adalah pergi ke Kampung Budaya di Santubung. Perjalanan memakan masa lebih kurang 45minit ke sana. So pagi-pagi lagi kami sudah bangun tapi tak la pagi sangat pun lebih kurang pukul7 pagi kami pergi untuk bersarapan di Kopi O Corner di Pekan Satok. Agak famous juga tau, so kalau kome search kat bff gua google.com tu kome tengok le menu yang famous tu roti Prata Roll terangkat woi. So gua memilih untuk makan Prata Roll Sardin. Actually ada beberapa flavour lagi antaranya beef ataupun cheese. Namun begitu, kan gua cakap makanan kat Sarawak ni agak le mahal, kome tau tak budget makan untuk sarapan sahaja RM70++. Tertelan air liur sekali lagi. Udah jatuh seorang dalam belasan ringgit untuk sarapan pagi sahaja. So kalau nak makan memang kena buat budget lebih sikit la ye. So far kakak gua tak minta duit tambahan bermakna ok la tuh :P

Prata Roll Sardin yang membuatkan gua rasa sayang nak makan
Selepas sarapan lebih kurang pukul 8.15 pagi kami bergerak ke sana berpanduan WAZE sahaja. Untuk hari kedua cuaca agak kurang cantik sikit mendung dan hujan renyai-renyai tapi kami tetap ikut pada plan asal, jika hujan lebat baru kami akan tukar plan lain.
Tiba ja di sana hari masih hujan tapi kali ini agak kasar sikit. Ticket untuk masuk ke Kampung Budaya RM63.60 termasuk GST, untuk pelajar Universiti RM15.90 dan IC kelahiran Sarawak RM48 rasanya. Walaupun hujan ianya tidak mematahkan semangat gua untuk ronda-randa kesemua rumah yang ada! Lagipun boleh sewa payung dengan harga RM5, gua ingat boleh return balik duitnye rgupanye leboh teruih kome weyh.
Setiap seorang akan diberikan passport. Jangan ingat passport pergi luar Negara pula. Dalam passport tersebut ada tulis mengenai sejarah setiap rumah seperti rumah bidayuh, rumah iban, ruman melanau, rumah penan, rumah melayu dan rumah cina. Setiap rumah akan terdapat beberapa orang pekerja yang akan memakai pakaian tradisional dan akan memasak masakan tradisi mereka tapi gua tak try pun, hahaha. Oh ya, kome kena dapatkan chop tau setiap kali masuk ke rumah budaya kiranya bukti kome udah masuk ke rumah tersebut.

Kurusnya gua kan, hahaha. Pintu entrance Kg Budaya
Pukul12 pula akan ada show kebudayaan. Actually show ada dua sesi dan sesi pertama pukul12 manakala sesi kedua adalah pukul4. Not bad, best juga dan lelakinye jangan kate le seksi kome weyh. Seksa gua nengok deme. Hahahaha. Hmm, untuk ticket valid untuk 1hari tau even kome nak keluar pergi ke Pantai Damai lepas tu nak masuk balik pun tak ado masalah boleh sahaja.
Kami idak le tunggu sampai petang, lebih kurang pukul2 petang kitaorng cabut balik le. Sempat gak tinjau pantainya tapi tak la secantik pantai kat semenanjung. Air pantai sudah naik ombak gua nengok beso-sebo semuanya naik gerun pula gua tengoknya.
Sesampai ke pekan Kuching ingat nak makan kat Kg seberang, alang-alang udah nak beli kek lapis. Kunun-kunun nak pergi makan kat Kg Boyan la Kiranya Kg Boyan ini antara tempat menjual Kek Lapis yang famous la. Kalau tanya sesiapa pun mesti diorang recommend Kek Lapis Mira Cake House atau pun Dayang Salha. So kitaorang memang pilih Dayang Salha sebab cakenya kurang manis sikit. Bila time tester gua memang melantak kaw-kaw punya sebab gua memang tengah kebulur, hahahaha.

Bersama anak teruna kami, eceh :)
Niat hati nak makan kat Kg Boyan tapi kedai makannya semua tutup! Bertahan la wahai perut. Lupa nak beritahu nak ke Kg Boyan kome kena naik boat penambang keseberang sana. Pastu kome kena bayo RM1 untuk sehala, so 2 hala jadi la RM2. Udah macam naik kapal terbang ja sehala-duahala ni, hahahaha.

Mee kolok, sedap kome weyh :P
So untuk late lunch yang udah nak masuk untuk hi-tea kami nak try makan kat Pasar Kubah Ria. Kali ini gua nak makan Mee Kolok yang famous tu. Lepas tu pekena Tea C ais terangkat weyh! Untuk late lunch ini lebih kurang RM40++ sahaja untuk 6 orang makan.
Selepas kenyang kami pun balik ke hotel untuk bersihkan badan dan proceed untuk next activities!
Dalam pukul7.30 malam kami keluar hotel untuk round2 Kuching and too bad hari hujan dan hujannya lebat. So no choice kami pun plan nak tengok movie la kat mall tu dekat dengan riverfront. Actually gua lupa apa namanya mall tu, hahahaha.
What a surprise is shop lot dalam mall tersebut banyak tutup padahal pada waktu itu baru nak masuk pukul8 malam. So rasa macam jangal sedikit la. Bila tengok ticket movie pula cerita yang ada pun kurang menarik, nak tengok MUNAFIK masing-masing kecut, nak tengok Boboiboy pula pukul12 le pula so ambil keputusan untuk jalan-jalan dalam mall tapi sekejap ja sebab rasa macam pelik sebab tak ado orang, haissh.
Keluar dari mall tersebut, kawan kakak gua kata ada Downtown buka di Civic Central atau orang panggil Dewan Suarah so decide untuk pergi ke sana walaupun hari hujan. Macam gigih sangat kat keluar tanpa payung, superhero sangat!
So last activity kami adalah di downtown tersebut siap tapau untuk makan malam sekali. Untuk makan malam duit makan sendirian berhad la lagipun makan yang ringan-ringan sahaja.
Okey ini adalah budget untuk hari ke-dua :
Sarapan : RM15 (Include dalam tabung makan)
Ticket Kg Budaya : RM63.60
Sewa payung : RM5
Lunch : RM10 (Include dalam tabung makan)
Souvenir (kek lapis) : RM195
Dinner : RM20
TOTAL : RM283.60
            RM88.60 (Tak termasuk souvenir)
So kome boleh nilai la sendiri budget untuk hari kedua jika tidak termasuk souvenir tersebut.
p/s: Actually cake lapis tu laki gua yang bayarkan, hahahaha.

To be continue…
 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira