Assalamualaikum & hello-hello you all
Harini guwa cuti la der. Pasai pa? Pasainya boss guwa sayang beno kat guwa dan dengan belas ihsan beliau kasi guwa cuti.
Okey guwa tipu ja, actually harini kilang guwa tu ada buat clear stok. Makanya, macam menyemak ja budak office terutama budak baru macam guwa ni berada kat sana. Dengan sebulat suara beliau memberikan cuti hampir 1 kilang kot kecuali bahagian production. Bukan buat filem ye, production tu macam orang yang menjalankan operasi barangan tu la. Lebih kurang la. Nak tahu lebih lanjut lu try la pergi kerja kilang okey.
Berbalik kepada story yang sebenarnya, guwa tak ada kwsp lagi. Jadi cuti ini guwa manfaatkan dengan sebaik-baiknya. Pagi2 lagi guwa sudah bangun kot, siap2 pergi kwsp kat ipoh dan nasib guwa sangat baik la. Sampai2 terus nombor guwa. Kiranya guwa tak sempat nak usha makcik tu kwsp guwa sudah siap. Akhirnya, selama 23 tahun guwa hidup 1st time guwa ada kwsp sendiri. Sangat la teruja kot, sob sob sob T.T (sambil menyesat air mata)
Tapi bukan itu ja tugasan guwa ok, guwa kena daftar kelas memandu kereta, ambik baju mak guwa kat kedai, faks kan surat kakak guwa dan terakhir guwa kena pos kawan guwa punya barang.
Fuhh, macam tak cuti ja guwa kan. Tapi jangan terkejut semuanya guwa sudah selesai kot sebelum kul10.30 pagi. Memang pantas, dedikasi dan padat guwa kan. ^^
Tapi bukan itu points guwa sebenarnya, guwa nak cerita sikit mengenai pekerja2 di pejabat pos. Guwa tak tahu la sama ada kerja itu mudah atau susah. Sebabnya deme tak reti nak senyum. Padahal, guwa nampak polisinya "saya mahu jadi juara pelanggan. Saya akan memberikan salam dan menjwab sebarang soalan dengan senyum. Saya akan bersabar dan bla bla bla bla lagi la" yang lain guwa tak ingat dah.

Bila guwa pandang ja muka minah tu, tiada senyuman malah salam pun dia tak kasi kat guwa. Bila guwa tanya mahu beli sampul pos express, minah tu kata kat guwa nak saiz apa. Dah la dia tak pandang muka guwa yang cun ni. Tak apa la guwa sabar, lepastu dia boleh pula suh guwa pergi tengok sendiri kat depan tu nak saiz apa. Perghhh, layanannya memang looow class. Tak faham guwa macam mana la dia boleh dapat kerja ni yang sememangnya kena berinteraksi bersama manusia.
Guwa fikir kan dia datang bendera jepun kot. Hello, boss guwa Jepun kot tapi friendly okey.
ADIOS