11 March 2016

Welcome Back Sekali Lagi Untuk Tahun 2016

Assalamualaikum

Hello year


Almost 1 year hakak idak update blog kan. Ate nak buat macam mana, lepas kahwin haritu my broadband udah gua potong terus gua guna prepaid internet ja. Tambahan lagi, anak saudara gua guna lappy old school gua terus la aktiviti berblogging terpaksa dilupakan sebentar.

Haaa, KAHWIN?!

Yess, gua sudah pun berkahwin dannnnn (drum roll) usia berkahwinan kami sudah nak masuk 1 tahun pada 13 Mac 2016 ini. Tolong jangan suruh gua cerita mengenai hal-hal perkahwinan sebab kalau nak ceritakan mungkin makan masa 1 tahun lagi. Cuma gua bersyukur kerana respesi perkahwinan kami kedua-dua pihak berjalan dengan lancar dengan bertema songket tradisional ala-ala Puteri Gunung Ledang bagi pihak perempuan dan manakala bagi pihak lelaki pula bertemakan garden ala-ala Paris Hilton gitu.

Garden Theme
Tradisional Theme

I loike Merah okey, that why gua guna warna merah campur dengan gold so nampak klasik. Yang tema garden siap mak mertua gua taruh pasu-pasu bunga bagi merealisasikan tema idaman gua. Sobs sangat terharu, i love you mak mertua ku.

Okey, stop it. Gua bukan cerita mengenai hal perkahwinan gua tapi gua baru berjinak dalam travel-travel ini macam EMAS PUTIH. eceh terberangan pula kan. Tapi teringin kot nak travel-travel ala-ala backpacker gitu dan mungkin gua nak habiskan lawat ASIA before umur gua 40 tahun, in sya Allah. So far gua baru balik dari Kuching dengan Krabi mungkin gua boleh sharekan travel badget ciput gua kat kome kan. Setiap orang ada cara tersendiri kan. Tak gitu.

Agak-agak ada tak


Rindu kat gua cam kat atas tu, hehehehe.


LOVE,
Puteri Aida Haryani


0 Awesomelicious:

 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira