31 December 2012

Azam Di Tahun Baru

Assalamualaikum


Selamat melangkah ke tahun baru kalian yang ohsem!

Tak sangka gua tahun depan atau maksud lain kurang dari 24 jam sudah tahun 2013! Bertambah lagi angka usia gua -.-'

Tapi tak apa walaupun usia semakin bertambah tapi orang still ingat gua form5. Motif sangat kan. Just abaikan.

Selalunya bukan selalu tapi confirm soalan yang wajib orang akan tanya, apa azam baru untuk tahun ni? Kenapa cakap cam tu sebab baru ja boss gua tanya kelmarin.

So jawapan gua adalah gua nak laksanakan azam gua tahun-tahun lepas yang gua still tak capaikan. Macam banyak gila ja kan, tapi gua list dalam top5 la. Dulu masa zaman budak hingusan azam gua nak dapat pointer yang hebat. Tapi zaman tu sudah pun berlalu, nampak beno tak tercapaikan, tak apa at least gua tak extend  dan gua tak kantoi ok.

So antara top 5 azam gua untuk tahun ini adalah:
  • Nak ada kereta sendiri tak kesahlah kereta lembu sekali pun.
  • Nak pergi travell tapi yang paling teringin nak pergi pulau di Semporna.
  • Nak dapat kerja yang tawarkan gaji yang setimpal dengan kelulusan gua, perghhh berlagak ja bunyinya. Tak pun boss gua naikkan pangkat gua ka, keh keh keh
  • Nak DSLR D90, walaupun orang sekarang pakai lagi canggih tapi gua nak D90 ja.
  • Nak maintainkan berat 50kg, sekarang sudah 53kg oooooooo!! T.T
Ni la antara azam-azam gua tahun-tahun lepas yang masih tidak dilaksanakan. Bagi gua setiap orang ada azam yang tersenidiri dan ada yang letakkan yang merepek-repek but it's up to you. Sebab tu azam kome sendiri tak akan gua nak halang azam kome kan.

Namun begitu azam gua yang tidak pernah luntur dari gua kecil sampai gua sudah besar gajah adalah azam untuk menjadi anak yang solehah kepada kedua ibubapa serta keluarga. In Sha ALLAH.



28 December 2012

Rezeki Gua La Tuh

Assalamualaikum

Hello kalian-kalian yang ohsem.

Company gua ja yang tak ohsem! Gila la gua kerja kot esok, damn betul company gua ni boleh pula ganti-ganti cuti. Udah serupa dengan cuti gantian sekolah-sekolah pula. Tapi masa sekolah dulu gua ponteng ja tapi kalau udah kerja tak kan nak ponteng kot, damnnnnn.

Sabar je la nasib baik la bila gua godek-godek list contest yang gua join ada gak yang sudah terkena. Terasa sejuk la sikit, keh keh keh. Actually tak silap gua join lagi sehari tarikh tutup padahal tarikh pembukaannya adalah 16 Feb, perghhh lama gila kot. Maybe my rezeki la katakan.


Bukti okey gua menang dan bukan sebab guna random.org ka or random tangan sendiri ka. Ni semua dipilih oleh pihak penganjur bersama-sama jurukamera yang terkenal. Okey gua tipu. Tapi memang atas bakat gua atau maksud lain memang gua berbakat la katakan, keh keh keh.

Kalau kome tak percaya lagi la kan kome boleh click banner diatas untuk lihat pemenang-pemenang yang lain. Actually gua dapat pemenang nombor ke-lima ja. Hehehe.

Makan buah rambuat di chow kit,
Gua caoi dulu k.

Hahahaha, hebat tak pantun setengah kerat gua.

23 December 2012

Rindu Kerinduan, Kegelian Pula Ayatnya

Assalamualaikum

Selamat pagi semua! Ohaiyo khozaimas!

Pagi-pagi lagi gua udah celik mata, macam biasa la rutin cuti gua iaitu mengemas rumah sambil menguruskan badan. Hebatkan gua boleh dikategorikan superman punya girlfriends kan. Kome tengok ada 's' dibelakang ayat bermakna banyak beno la gf superman tu ek? hehehe

Actually gua nak beritahu yang gua sangat sangat sangat rindukan mereka! Siapa mereka?

PALAPES USM intake 22 kini sudah digelar Pegawai PSSTLDM
Coursemate merangkap geng Wondergurl!
Mereka la yang gua tengah rindu iaitu kawan-kawan yang menyinari hidup gua semasa gua bergelar student USM. Susah senang bersama dan payah untuk gua cari kawan-kawan seperti mereka lagi.

Kehidupan sewaktu kerja dengan belajar adalah sangat sangat sangat berbeza. Jika boleh diundurkan waktu gua ingin menghabiskan masa bersama mereka.

Lastly kome rindu aku tak seperti mana aku rindukan kome? -.-' Udah macam jejak kekasih pula, keh keh keh

NOTAKECIK:
Tiada masa sekarang jika tiada masa dahulu, masa dahulu adalah sejarah untuk masa hadapan, kome faham tak? Sebab gua pun tak faham, Muahahaha.

22 December 2012

Hey I Really Miss You Sister!

Assalamualaikum

Hello ladies yang kacak dan guys yang cantik.

Sekarang ni hujan sedang mencurah-curah jatuh ketanah bumi ini. Ecece bersasterawan pula gua memulakan mukadimah kan. Bila hujan-hujan macam ni mesti gua teringat 1 video klip dari penyanyi dangdut Iwan dan Amalina, ala lagu memori daun pisang. Kan mereka berlari-lari anak gitu sambil berpayungkan daun pisang. Lagu tersebut antara lagu favourite gua bila 'berkarok'.

Okey gua bukan cerita pasal memori daun pisang ka, memori kad reader ka or what ever memori. Motif utama gua nak cerita pasal gua sudah berbaik dengan cousin gua. Repeat again, gua sudah berbaik dengan cousin gua!! Ala tak kan tak ingat yang gua pernah gaduh-gaduh manja gitu dengan beliau suatu ketika dahulu, fine kome memang la dah tua semua tak ingat kan, keh keh keh. Ambil kau satu andaian gua padahal memang gua tak cerita pun, Muahahaha.

So far kami already okey. Itu pun bila beliau salam gua pada malam kenduri perkahwinan kakak beliau. Maka hati gua jadi sejuk sikit tapi ke esokkan harinya hati gua jadi bergelodak panas bila gua terdengar 1 cerita. Jadi gua rasa macam nak serang beliau dengan mengguna senjata api. Okey gua tipu. Gila kau nak gua jadi pembunuh bersiri ka? Gua pun dengan muka tebal sikit la tegur dia untuk mendapatkan kepastian dan finally we are okey la.

Mungkin kami sudah okey tapi mungkin juga sudah tidak seperti dahulu. Actually bergaduhan kami ni lebih kepada ego yang tebal dalam diri. Gua rasa gua yang betul dalam tindakan gua tapi dalam masa yang sama gua rasa gua yang salah tapi gua malu hendak mula berbaik dengan beliau. Berapa banyak tapi daaa. Hehehe.

Apa yang gua katakan sudah tidak seperti dahulu mungkin tahun hadapan dia akan membina masjid, In Sha ALLAH. Nampak gayanya gua sorang la yang lambat kahwin dalam kalangan sepupu gua yang berusia 24 tahun.

Tak sia-sia kau rebut bunga kan! ^^


NOTAKECIK:
Kepada kakok, sebenarnya aku nak minta maaf sekiranya aku punca semua ini berlaku. Aku tahu aku tidak sempurna kadang-kala perlu ditegur agar aku boleh jadi yang lebih baik. Eceh dah macam pakwe makwe gaduh pula, keh keh keh. Hopefully kita still boleh jadi the best cousin in the world walaupun kau akan jadi 'suri rumah' nanti. Aku always doakan yang terbaik untuk kau dimasa hadapan kelak. So kita 0 - 0 ye ^^ Lupa pula sebenarnya aku rindu nak buli kau! Dan aku pernah berniat nak pancitkan kereta kau, Hik Hik Hik.

ADIOS

21 December 2012

Alhamdulillah Syukur Kehadrat Ilahi ;)

Assalamualaikum

Hello jejaka serta gadis yang rupawan.

Sihat ka kalian semua? Kalau tidak sihat tak reti-reti pergi makan ubat ka? Tu pun mo gua ajar ka -.-'

Perghhh 'keret" gila gua kan, hehehe. Sebenarnya gua dalam mood berbunga-bunga kegembiraan. Mana taknya selepas asyik berduka lara ja rupanya ada sinar keceriaan dalam hidup gua harini.

1st sekali gua happy sangat bila anak saudara sulung gua dapat result PMR yang memberangsangkan. He get 4A, 3B and 1C. Okey la not bad, actually he get a better result dari gua. Gua pun tak ada A tapi gua still dapat masuk UNIVERSITI sebabnya tiada jalan yang mudah untuk berjaya melainkan kita berusaha. Ambik kau gua terceramah sebentar. Keh keh keh. So gua sudah janji kat anak saudara gua kalau dapat 5A baru gua kasi hadiah tapi dia dapat 4A maka cancel hadiah! Muahahahaha (gelak devil).

2nd petang tadi company gua umumkan bonus untuk tahun ni untuk semua kaki tangan dapat 2 bulan punya bonus! Fuhyoooooo, best gila untuk mereka tapi bukan untuk gua sebabnya gua ni pekerja baru dan tak akan dapat full bonus. Officemate gua cakap dulu-dulu pun dia dapat secubit ja bonusnya. Muka gua sudah 'kedu' kesedihanan. Bila dapat paid slip petang tadi gua membukanya dengan penuh berhati-hati, dah macam gua buka result SPM pula. Alhamdulillah rezeki gua sebab gua dapat bonus sebulan setengah.

3rd adalah gua dapat full edit blog by Nurul Ezatee! Rezeki gua lagi baru ja gua nak tempah kat orang tiba-tiba bila gua usha senarai pemenang nama url blog gua 1st sekali sebagai pemenang full edit blog! Kenapa tak percaya, tak apa-apa lu boleh tekan ini link Pemenang Segmen Barangan Blog Free By Nurul Ezatee.

Betul kata mak gua setiap kelukaan itu akan ada kegembiraan. Allah menguji kesabaran kita kerana ALLAH tahu yang kita mampu mengharunginya. 1 dugaan yang datang 3 sekali kegmbiraan muncul dalam hidup gua. Terima kasih Ya ALLAH.

NOTAKECIK:
Ukirlah senyuman dibibir kerana ianya adalah terapi untuk wajah anda kelihatan muda!

ADIOS

19 December 2012

Wordless Wednesday: 17 December is My Birthday.

Assalamualaikum

Hello rakan-rakan ku yang ohsem macam boss gua.

Mesti kome pelik kenapa gua asyik puji boss gua ja kan. Dan untuk pengetahuan kome gua akan puji boss gua ohsem selama 1 minggu kerana boss gua memang ohsem la sebab kasi gua cuti halfday sempena birthday gua ISNIN yang lepas!

See sangat ohsem kan, mula-mula gua nak minta time off dia on ja bila gua tukar fikiran nak halfday dia angguk-angguk ja tak pun geleng-geleng. Gua rasa mesti boss gua tu nak save budget tak nak kasi gua hadiah maka dia kasi gua halfday dan gaji gua akan potong nanti kan kan kan. Boss gua memang ohsem kan tapi gua tak kesah semua itu cukuplah gua dapat apa yang gua nak iaitu CUTI. Keh keh keh.

Sebenarnya 17 DECEMBER memang tarikh gua dilahirkan dan Isnin yang lepas adalah tarikh ulang tahun kelahirang gua yang ke 24 tahun. Waaahhh, tua rupanya gua ni dan gua masih merasakan yang gua dalam usia 17 tahun sebab gua tak rasa apa-apa perubahan melainkan perubahan fizikal ja la.


Tara hadiah diatas adalah pemberian daripada my BFF dan BF gua. Apa gelak-gelak ingat gua tak layak ada BF ka, gua still wanita sejati okey.

Katak hijau yang gua kasi namanya Cik Ka adalah pemberian daripada BFF gua. Nama dia HAYATI tapi nama glamournya YAT. Actually gua minta mama katak tapi dia kasi si anak katak -.-' Sangat demand kan gua ni tak reti-reti nak bersyukur apa yang orang kasi ^^.

Si rama-rama colourful itu diberi oleh kawan-kawan gua kat kilang iaitu KAK FAEZAH, LIZA and Zar Ni (myanmar worker). See gua ni kan 1 antarabangsa semua bangsa gua berkawan. Bantal rama-rama itu sedap sangat bila buat tidur sebab ada biji-biji sagu dalam tu mungkin akan cepat berjadam apabila dapat ditangan gua nanti.

Coklat KITKAT yang berwarna 2.00 henget tu kawan satu ofis gua kasi. Gua rasa kan mamat ini tak pernah ada GF sebab tu tak reti nak cabut tanda harga tersebut. Apa-apa HIDAYAT gua rasa sangat terharu sebab kau still kasi kat gua walaupun birthday gua sudah lepas dan ada kepaksaan sedikit dari gua. Keh keh keh.

Beg blue red hadiah dari BF gua Encik NOR ESHAM. Sangat sangat sangat suka walaupun bukan beg COACH yang kakak gua dapat dari BF dia kan, hehehe. Really appreciate it plus sangat terkejut bila BF gua buat surpise cake untuk gua dan gua rasa macam nak menangis sebabnya tak ada orang pun buat cam tu kat gua T.T

Untuk kalian yang wish kat facebook dan secara lisan, gua sangat sangat sangat berterima kasih atas doa serta kata-kata semangat kat gua. Also not forget for my BFF gua Yat dan Niza thanks so much because celebrate my birthday and belanja gua KFC tapi yang paling penting korang still support gua dari kita zaman sekolah sampai sekarang our friendship masih kukuh dan hanya ALLAH sahaja yang boleh membalas segalanya.

Arigato kohzaimas minna!!

18 December 2012

Disebalik 15 Haribulan Disember DuaRibuDuaBelas.

Assalamualaikum

Hey kalian yang ohsem macam boss gua.

Kenapa macam boss gua nanti gua cerita kan ye. Bukan tadi gua kata nak cerita kan tapi nanti la sebab banyak sangat story yang gua nak catitkan kat disini.

Kesah bos gua tu nanti gua update sekarang gua nak update kesah gua pada 15 December 2012 masa siang dan malam. Jangan ingat gua binatang dua alam pula ye.

Pada tarikh tersebut telah berlaku dua kejadian yang boleh dikatakan best la juga. Kerana dari siamg sampai malam gua asyik cun jaaaaa. Kome ngata gua perasan cun tapi ADA GUA KESAH? Suka hati gua la kan, siapa yang nak puji kalau bukan diri gua sendiri. Dush dush dush! Gua sudah merepek melampau.

Ce kome usha gambar di bawah ni.


Ni la kakak saudara gua yang selamat di sambut pada hari berkenanan. And sebelah beliau siapa lagi gua yang cun la. Untuk pengetahuan kome, beliau sudah selamat dinikahkan pada 15 November yang lepas.

Nak dijadikan cerita gua telah dilantik oleh beliau untuk menjadi pengapit bidan terjun. Sebenarnya kalau ikut rancangan asal bukan gua tapi adik saudara gua yang  telah menjadi tunangan player bola sepak Johor FC tu. Tapi atas masalah tertentu maka juga secara tidak sengaja jadi pengantinya. Kesian kan gua asyik kena jadi pilihan ke dua ja apakah daya sudah nasib gua kot -.-'

Ce kome tengok gambar yang kedua dibawah ni pula.


Ehem ni buka Yuna Zarai ye, ni Cik Aeda cun! Hehehe. Selepas selesai sesi siang tadi, pada sebelah malamnya gua ada Annual Dinner company kat Syuen Hotel Ipoh bertemakan Step Up a.k.a Hip hop. Binatang yang gua pegang tu adalah nombor talbe gua merangkap tarikh Birthday gua! Cepat wish brithday kalau tak gua sumpah kome jadi emas boleh gadai, Hua hua hua. Alhamdulilah meja gua agak bertuah dapat voucer AEON 40 henget tapi meja boss gua dapat 150 henget sangat unfair kan -.-'

Secara kesimpulannya, apa-apa pun yang berlaku dalam hidup gua still happy ja dapat menyenangkan hati orang lain walaupun hati gua yang sengsara. Disebalik kejadian ini terdapat banyak cerita yang gua tahu. Kadang-kadang Tuhan menguji kita tatkala kita gembira. Sejujurnya gua seorang yang serik dan perkara-perkara ini banyak mengajar gua supaya lebih berhati-hati dengan orang disekeliling kita.

NOTAKECIK:
Orang kata rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Bukan gua kata orang kata ye.

ADIOS

 

08 December 2012

Positifkan Diri

Assalamualaikum

Hye kalian yang sedang berehat di hari sabtu!


Minggu ni gua banyak menitiskan air mata mungkin kalau di tadah dengan baldi barangkali boleh penuh gamaknya. Apa ini gua tak ada perasan ka? Tak boleh nak emo-emo -.-'

Entahlah bila usia semakin meningkat banyak dugaan datang kepada gua. Bukan niat gua untuk merungut atas segala takdir yang tertulis kepada diri gua. Cuma gua sering memikirkan apa yang akan terjadi pada masa akan nanti.

Gua bersyukur kerana masih dikurniakan parents serta family yang sentiasa support kepada gua. Oh ya, gua lupa bff gua cik niza yang selalu meroyan dan cik yat yang sering membuli gua dengan wajah yang tidak bersalah. Tidak dilupakan kakak joyah gua yang di KL, always with me. Thanks korang, support gua!

Bagaimana pula dengan kawan ditempat kerja? Entah susah untuk gua ungkap dengan peribadi mereka disana. But for me mereka still baik dan gua kena hakiskan sikap yang mudah percaya akan mereka. Kadang-kadang sebaris ayat boleh membuatkan ianya jadi racun yang menular hingga ke jantung kan.

Tapi gua harus terima ini adalah ujian dan ini juga adalah penunjuk daripada TUHAN supaya gua sentiasa berhati-hati dalam mencari kawan.

NOTAKECIK:
Mungkin buah yang masam akan menjadi manis selepas diperam. Begitu gua dengan kehidupan kita.

ADIOS

26 November 2012

Patut Lar Orang Kata Malang Itu Tidak Berbau.

Assalamualaikum

Salam sejahtera ke atas kalian semua.

Semalam hari gua meroyan nak join banyak contest sebab gua tengah sedih gila kot. Pagi-pagi gua sudah tipu sunat dengan kawan2 kat tempat kerja. Mana taknya mata gua yang bulat sudah jadi sepet akibat effect menangis semalam. HarHarHar. Tak rock kan. Suka hati gua la, gua pun perempuan gak tau!

Betul kata orang tua-tua kan. Malang itu tidak berbau sebab kalau berbau kita dapat agak untuk mengelak daripada benda itu terjadi kan kan kan.

Hmmm, kesahnya bermula bila pagi semalam (25112012) gua bersama kakak gua nak pergi ke pekan. Maka gua pun siap-siap pakai gincu, dress, kasut tinggi. Okey gua tipu ja. Kiranya gua siap2 la then gua kiranya sudah tersiap awal.

Disebabkan mak gua dengan beliau asyik membebel kata gua tak reti2 nak bawak kereta la, suh gua gantung lesen dapat akuarium la. Dengan rasa bersemangat serta berkobar-kobar gua pergilah start kereta kakak gua itu dengan harapan nak kasi mata terbeliak tengok kehebatan gua mengundur kereta dari tempat parking.

Mungkin sudah tersirat dibuku takdir gua yang gua akan meninggalkan kesah hitam dalam hidup gua. Ecece macam gua buat jahat sangat pula kan. Sekali kaki gua rasa macam tak pijak pedal minyak lalu gua pijak sekuat yang mungkin dan bertambah kuat bila kakak gua menjerit2 seperti 'puntianak harum sudah malam' daaa.

Apa lagi, kedetuummmm! Gua langgar kereta bapak gua. Keh keh keh. Nasib baik ada kereta bapak gua penyelamat kalau tak gua langgar rumah mak gua lagi mampus gua nak menjawabnya. Tapi memang scary gila la sebab gua jadi gila terus nak join contest banyak-banyak!

Ni kereta bapak gua, kemek dibahagian depan.

Ni pula kereta kakak gua ada lukisan garisan di buntut kereta.
Disebab hal demikian gua sudah bersumpah dengan mak gua yang gua tak akan sentuh kereta orang melainkan kereta gua sahaja. Kadang-kadang ada hikmah atas semua ini kerana bila terjadi benda macam ni baru gua tahu perasan orang lain. Kenapa tak faham? Biar la hanya gua dengan ALLAH sahaja yang tahu.

NOTAKECIK:
Kereta Persona tak best! Best lagi kereta lembu free air-cord lagi tuh! Huh (Y.Y)

23 November 2012

Save Gaza!

Assalamualaikum

Salam Muharam kepada kalian semua.


Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah serta berikan sumbangan kalian dalam benda apa jua kepada mereka di Palestine. Sesungguhnya kita seagama dan penderitaan mereka turut kita rasai.

Sejujurnya gua bukanlah seorang yang berkedudukan mahupun popular untuk menyeru kalian memberikan sumbangan. Namun gua adalah manusia yang dicipta oleh TUHAN yang sama, maka tidak salah untuk gua mengajak kalian bersama-sama membantu.

Cukup rintih sekali gua melihat kanak-kanak yang tidak berdosa dibunuh seperti memburu bintanag di hutan. Terkulai-kulai tangan kanak-kanak yang digedung oleh bapanya barangkali. Malahan bukan itu sahaja wanita juga turut menjadi mangsa.

Ya ALLAH, kejam sungguh mereka untuk saling bunuh membunuh antara satu sama lain kerana perebutan kuasa. Ya ALLAH, mengapa manusia ini sangat kejam?

Memang la YAHUDI ini adalah orang munatik, semalam diberitahunya gencatan senjata tapi harini mereka melanggar perjanjian dan telah menembak 6 orang pertani yang ingin melihat hasil tanamannya. Ya ALLAH kasihanlah mereka yang tidak bersalah. Kalau you all nak tengok the latest boleh click link ini YA ALLAH SELAMATKAN SAUDARA KAMI DI GAZA.

Maka mari kita sama-sama bersatu janganlah dipech belah hanya kerana kuasa kerana kuasa tidak akan dibawa ke kubur kita tetapi iman kita yang kuat akan menyelamatkan kita nanti.

Waallahualam.

15 November 2012

Penghijrahan Itu Besar Pahalanya.

Assalamualaikum

Salam Maal Hijrah kepada semua!

Alhamdulillah masih bernafas gua pada harini iaitu 15 November 2012 persamaan dengan 1 Muharam 1434H. Tarikh ini juga merupakan tarikh pernikahan kepada kakak saudara gua.

Alhamdulillah sekali lagi kerana dengan izin ALLAH sekali lafaz husband dia sah menjadi husband dia la. Eh, cam kesengalan ayat gua disitu kan, Maksud gua dengan sekali lafaz kakak saudara gua menjadi isteri kepada suami dia. Bukan cam sama ja ayat sengal. Hik Hik Hik

Maaf la gua tak snap pun gambar beliau, hanya ada gambar gua ja. Al-maklum la buzy menolong makcik gua kasi bunga telur. Walaupun usia gua agak besar digit nombor tapi gua masih kena kasi bunga telur. Tak patut, tak patut kan.

Sebenarnya gua mulakan intro tentang pernikahan kakak saudara gua ada sebabnya. Sebabnya kakak saudara sedang menjalankan satu penghijrahan yang besar dengan menyandang status seorang ISTERI. Besar tanggungjawab yang perlu digendung oleh beliau. Kiranya beliau juga sudah mendapat 1 pahala yang besar dengan menjadi yang halal satu hubungan disisi ALLAH.

Haiiiii, bila kakak saudara gua sudah bernikah banyak pula soalan daripada pakcik2 serta makcik2 bertanyakan bila giliran gua pula? Berat betul soalan ni kalau nak jawab 3 jam pun tak cukup kena bagi extra masa, keh keh keh.
Kakak saudara gua sibuk berinai gua pun sibuk nak dapatkan hennai free, keh keh keh
Apa-apa pun dengan senyuman gua menjawab INSYAALLAH iaitu akan datang sekiranya diizinkan oleh-Nya.

Bersama anak saudara gua yang gua sayang! Geram tengok pipi budak kecik ni!
 NOTAKECIK:
Gua rindu dengan cousin gua yang paling rapat sekarang kami sudah berenggang dan gua tak tahu apa salah gua dan gua tak tahu macam mana nak berbaik semua.

ADIOS

12 November 2012

Rencah Kehidupan

Assalamualaikum

Hello si gadis dan jejaka yang kacak diluar sana!

Harini gua cuti, malas la mahu kerja. Buat apa kerja menyakitkan hati ja baik gua ponteng. Tapi sebenarnya memang gua cuti pun sampai la hari khamis ini. Hehehe. So long kan. Maka cuti ini gua akan mengisikan masa dengan semanfaat yang boleh iaitu cover balik tidur yang tak cukup. Keh Keh Keh

Petang tadi baru ja melepak-lepak dengan bestie gua yang gua anggap macam kakak gua walaupun kami lahir pada tahun yang sama tapi membezakan adalah tarikh tapi lahir, hehehe. Rasa ringan kepala dalam gosip2 dan cerita probs yang melanda ditempat gua. 

Betul kata cikgu gua, alam persekolahan adalah alam yang sangat fun. Tak perlu fikir masalah akan datang cuma belajar belajar dan belajar untuk dapatkan gred yang bagus. Kalau dalam dunia pekerjaan memang kita kerja kerja dan kerja untuk dapatkan rezeki halal tapi disekeliling kita, hanya ALLAH sahaja yang mengetahui betapa ada manusia yang tidak puas hati dengan diri kita walaupu kita tak kacau hidup atau periuk nasi mereka.

Sangat mencabar rupanya bila kita nak melangkah ke alam dewasa ini. Kalau boleh gua nak jadi budak sekolah ja la. Tapi nanti tak boleh nak kahwin pula kan. Perghh, sempat mengatal lagi kan, keh keh keh.

But my mum says, don't think about others. Buat kerja apa yang boss kasi lepas bunyi loceng terus balik rumah. Kan senang. ^^

Thanks MAK because you always with me and support me what i'm do.Maybe gua kena thanks kat my sister-in-law maybe lebih sesuai my family, my boss, my bestie and my officemate yang tak pernah kasi gua down sebalik kasi gua move forword for my future. Terima kasih kepada ALLAH yang memberikan gua insan-insan seperti mereka disisi gua.

Rezeki gua, dapat lucky draw masa dinner Perak Malaysian-Japanese Friendship Society wakil untuk company gua.

NOTAKECIK:
Kakak gua cakap orang yang suka bertalam-talam muka nanti dapat balasannya. Jadi gua 
kena banyakkan bersaba dan berserah kepada-Nya. Lagi satu inilah dikatakan rencah kehidupan.

11 November 2012

Ku Akui - Hafiz

Assalamualaikum

Hello you all!

Meh sini berkaraoke bersama gua. Almaklum la, hujan semenjak dua menjak ni 
jangan katalah kenapa kan. Keh Keh Keh.

So sila layan lirik di bawah okey.

Ku Akui - Hafiz

Katakan padaku kekasih
Kesilapan yang pernah ku lakukan dulu
Ternyata aku yang harus dipersalahkan
Ku akui

Ku leka dengan kerjayaku
Mengejar kekayaan di dunia ini
Betapa hancurnya hatimu laluinya
Ku akui

Jika dapat ku mengulangi
Perjalanan cintaku bersama mu lagi
Akan ku jaga
Sebaik-baik cinta ini

Kini ku rasa kehilangan
Ku sedar betapa pentingnya kau di sisi
Yang slalu ada
Yang slalu rindu
Terhadap diriku

Jangan, jangan
Jangan ku ulangi lagi

Jika dapat ku mengulangi
Perjalanan cinta ku bersamamu lagi
Akak ku jaga
Sebaik-baik cinta ini

Kini ku rasa kehilangan
Ku sedar betapa pentingnya kau di sisi
Yang slalu ada
Yang slalu rindu
Terhadap diriku

 la Sangat mendalam maksud bait-bait lagu ni. Okey la gua out dulu nanti gua update lagi ye
 sebabnya gua cuti 4 hari, sila jangan cemburu okey.

NOTAKECIK: 
Gua nak layan muzik-muzik separuh akhir pertama, 
hope sangat lagu ni tersenarai dalam final nanti.^^

05 November 2012

Ada Apa Dengan Cinta, Perghh Jiwang Betul

Assalamualaikum
CINTA itu satu anugerah diberikan kepada setiap manusia. Tapi bukan semua dapat CINTA seperti yang kita kehendakkan itu menjadi milik kita. Bak kata pepatah kita hanya mampu merancang tapi tuhan menentukan segalanya.

Ambil kau, begitu serius pembuka mukadimah harini. Apa-apa pun mak gua sudah bising suruh gua cepat kahwin. Gua pun sudah pening kepala, mungkinkah mak gua ingat untuk mencari calon suami itu seperti membeli ikan di pasar borong? Lai lai, sekilo 3 ringgit, manyak murah oi, amoi mari la beli. (imaginasi sendiri) -.-'

Namun gua masih percaya jodoh yang baik datangnya dari ALLAH. Dan gua juga percaya, ALLAH sudah tetapkan jodoh kepada setiap hambanya. Mungkin kau, kau, kau dan kau jodoh gua kan. (Sambil tonyok-tonyok tetikus)

Lagi satu Ustaz Azhar Idrus juga ada berkata, jodoh kita sudah ditetapkan semasa kita dalam kandungan ibu ketika 4 bulan. Maka relaks la mak, gua muda lagi kot. Tahun depan baru nak masuk 25 tahun bukan 52 tahun. Kasi chance la gua nak bersuka-ria dahulu kan.

NOTA KECIK: 
Gua bukan memilih cukuplah si dia mampu membimbing gua serta membahagiakan gua sehingga ke Jannah. Insyaallah.

ADIOS

04 November 2012

Gua Jadi Chef. Kenapa Tak Percaya Ka?

Assalamualaikum

Hello ladies and gentlemen yang budian sekalian.

Gua muncul lagi di hari ahad. Sebabnya hari ahad gua cuti, keh keh keh. Hari ini gua sangat rajin mengemas rumah dan memasak. Memasak? Hmmm, mungkin lebih sesuai menggunakan perkataan membakar kek!

Walaupun luaran gua ni tak la sesempurna gadis melayu terakhir tapi gua ada la gua sikit sifat kewanitaan tersembunyi okey.

Maka harini tercipta la sebuku kek yang bernama CAROT CHEESE CAKE ala-ala gua. Sedap kan namanya. Keh Keh Keh.

Actuaally gua pernah sekali buat carot cake tapi tidak menggunakan cheese sebaliknya mengguna minyak sayur dan cake gua yang dulu tu tak berapa nak menjadi. Mungkin sebab berat then terus kempis. Huk Huk Huk. Sedih juga la tapi mak gua pesan jangan give up sama seperti kita mencari pasangan yang sesuai. Jap ni sudah bab lain ni. -.-'

But for today, cake yang gua buat ni agak simple tapi sedap. Ecece puji diri sendiri pula kan. Gua dapat resipi ni masa gua buat rawatan resdung kat rumah pakcik saudara abang senior kat tempat kerja gua. Seriously mereka sangat mesra alam dan tidak sombong so dia suruh panggil diorang Pak Teh dan Mak Teh.

Resipi ini mak teh yang kasi yang merupakan isteri pak teh. See ada guna juga gua buat rawatan resdung yang sememangnya gua tak nak buat tapi kena paksa. Bak kata pepatah sambil menyelam minum air atau bahasa omputihnya 2 in 1. Rawatan dapat resipi pun gua dapat. ^^

Gua tak la kedekut ilmu maka sila la salin resipi ini kalau rasa nak cuba buat kek:

Bahan-bahan:

  1. Telur gred A - 6 biji
  2. Tepung kek - 350g
  3. Cheese - 1 ketul
  4. Butter - 1 1/2 ketul
  5. Essen vanilla - 1 sudu kecil
  6. Baking powder - 1 sudu kecil
  7. Gula - 400g
  8. Carot di parut ikut kesukaan masing2, kalau lagi banyak lagi sedap.
Cara-cara:
  1. Putarkan gula bersama telur bagi mengelakkan kek akan jatuh atau orang kata terbantut.
  2. Kemudian dengan menggunakan mangkuk lain, cheese dan butter diputar sehingga kembang.
  3. Carot dan tepung digaulkan terlebih dahulu untuk rata.
  4. Kemudian masukkan carot dan tepung diselang-seli dengan telur yang dicampur bersama gula.
  5. Masukkan essen vanilla dan baking powder.
  6. Selepas sebati masukkan kedalam loyang. Panaskan terlebih dahulu ketuhar kemudian masukkan bancuhan kedalam ketuhar.
  7. Setkan 170 C selama 45 minit.
Senang kan, semudah ABC ja. Apa lagi you all boleh la mencubanya okey! ^^

Taraaa! Ni la Carot Cheese Cake ala-ala gua, amacam terliur tak? ^^

NOTAJARIKAKI: Pasni mati la gua, mak dah sibuk2 suruh gua kahwin -.-'

ADIOS

29 October 2012

Manfaatkan Masa Dengan Cara Gua!

Assalamualaikum

Hallo-hallo si Uda dan Dara yang sedang skodeng blog gua ni.

You all nak tau apakah aktiviti berfaedah ketika gua di tempat kerja. Banyak benda yang gua buat ketika boss gua tak ada di office.

Boleh dikatakan gua akan memanfaatkan masa sebaik yang mungkin. Well gua kan hebat dalam membahagikan masa.

Perkara pertama yang akan gua lakukan ialah menghilangkan diri gua ke section atas iaitu tempat terpencil di kilang gua. Atau bahasa lainnya adalah mengulat. Keh Keh Keh. Tapi kiranya gua ni jujur la sikit sebab gu berterus terang dengan boss gua yang gua memang tak berapa suka stay lama-lama dalam office. Nasib la boss gua ni memahami.

Okey second thing yang gua akan lakukan adalah membaca Manga di lappy gua. Manga adalah sejenis komik dari Jepun. Al-maklumlah kat tempat kerja gua ada internet mungkin juga boss gua terlupa nak tutup internet maka gua dapat membukanya. Kiranya gua tak la update blog ka, bertwitter ka atau berfacebooking. Gua cuma buka Manga online sahaja. Macam biasa la gua layan NARUTO. Mungkin next week gua layan Fairy Tales. Kui Kui Kui. Setakat ni gua sudah habis baca Naruto, sekarang tengah tunggu episod yang terlatest yang akan diupload nanti.

Perkara ketiga merupakan perkara terbaru yang telah gua lakukan ialah main BINGO! Perghh, actually rakan depan meja gua yang ajak main benda ni masa boss gua tak ada. Lama-lama gua jadi ketagih terus gua atas budak-budak section atas main sama. Masa gua main dulu gua kalah teruk sampai abang senior section atas tu menghina gua. Dia kata gua main dengan warga MYANMAR pun gua boleh kalah. Pedih tusuk ke paru-paru kot. 

*Sumber dari Google*
Tapi orang kata practise make prefectkan, last-last gua menang juga lawan dengan diorang. Hebat tak gua. Muahahahaaha. Maafkan saya teriak seketika.

Amacam pandai tak gua memanfaatkan masa gua?

NOTAJARIKAKI: Di sebabkan gua pandailah boss gua hantar gua pergi training, sorang-sorang pula tuh?! Boss memang kejam!

ADIOS

28 October 2012

Si Kenik Puteri Qaseh Amani!

Assalamualaikum

Hye si jejaka serta gadis di hari Ahad.

You all ingat tak lagi entry pasal anak saudara gua lahir tak cukup lahir dulu. Sekarang alhamdulillah sudah 8 bulan usia dia. Okey gua tau you all mesti lupa nama dia kan. Nama baby comel tu 'Puteri Qaseh Amani' maksud dalam bahasa arab ialah 'Ketenanganku'.

Serius bila gua rasa tension bila gua tengok wajah si kenik hati gua terus cair meresap ke jiwa raga gua. Dia ni sangat la comelllllll.

Pastu sekarang ni dia sudah pandai buat muka comel bila tengok camera tapi camera yang mahal ja. Demand kan si kenik ni. Geram betul gua rasa macam nka gigit pipi pau dia tu.

Ce you all tengok sendiri aksi si kenik ni.

Ni masa umur dia 4 bulan kot, sebenarnya gua lupa berapa umur dia time ni, keh keh keh
Ni masa Qaseh umur 6 bulan.
Ni yang terbaru tangkap beberapa hari yang lepas 8 bulan.
See, cair tak hati you all tengok si kenik ni ^^.

ADIOS



26 October 2012

Selamat Hari Menyembelih

Assalamualaikum


Selamat Hari Menyembelih! ^^

Si gadis berkurung manis serta si jejaka kacak berbaju melayu.

NOTAJARIKAKI: Ada gaya tak gua pergi ke Mekah nanti, dah praktis awal2 pakai jubah. Keh keh keh.
Sebelah gua tu anak saudara gua bukan bf gua okey.

ADIOS

24 October 2012

Perbezaan Orang Gila Dengan Orang Kurang Bijak


Assalamualaikum

Hello si gadis dan si teruna di hari rabu ^^


Weeeehuuuuu, apa khabar reader semua!? Diharap semuanya sihat ye. Alamak sudah macam buat konsert di Banjaran Titiwangsa plak. Nak perasan diva sekejap.


Okey la, gua tau la sudah berkurun gua tak update blog kan bukan apa gua ni sekarang sudah ada penyakit iaitu penyakit malas. Gua tak tau la, bila balik dari kerja mesti otak gua fikirkan makan lepas tu tidur. Muahahaha.


So silalah jangan terkejut if badan gua sama dengan bentuk kereta kebal ye. 


Okey la, sebenarnya gua ada benda nak sharing-sharing dengan you all ni. Bukan nak share resipi masakan pun. 


Kesah ni bermula apabila pagi tadi sementara gua sedang menunggu saat-saat boss gua nak blah, rakan depan meja gua kasi email. Bila gua buka ja email tersebut tetiba gua rasa, hmmmm betul juga apa yang diperkatakan oleh orang dalam email tersebut. Nak tau apakah email tersebut, sila scroll kebawah ye :

*********

The difference between CRAZY and STUPID

One truck driver was doing his usual delivery to Mental Hospital. He discovered a flat tyre when he was about to go home. He jacked up the truck and took the flat tyre down.When he was about to fix the spare tyre, he accidentally dropped all the bolts into the drain. As he can't fish the bolts out, he started to panic.  One patient happened to walk past and asked the driver what happened.The driver thought to himself, since there's nothing much he can do; he told the patient the whole incident. The patient laughed at him & said "can't even fix such a simple problem... no wonder youare destined to be a truck driver...""Here's what you can do, take one bolt each from the other 3 tyres and fix it onto this tyre. Then drive to the nearest workshop and replace the missing ones, easy as that"The driver was very impressed and asked:"You're s o smart but why are you here at the Mental Hospital?" Patient replied: "Hello, I stay here because I'm CRAZY not STUPID!"

*******

So you all rasa tak apa yang gua rasakan. Kadang-kadang kita suka cakap orang gila ni bodoh padahal sebenarnya orang gila tak bodoh cuma emosi mereka sahaja yang terganggu kan.

Maka, marilah kita fahami lebih mendalam maksud email yang rakan meja depan gua berikan itu.

ADIOS

11 October 2012

Assalamualaikum

Selamat Petang uoll yang hensem serta gorgeous!

Minggu ini gua busy gila dengan kerja yang semakin gua sayang. Betul pepatah dahulu kala, tak kenal maka cinta. Sekarang terbukti makin lama makin gua sayang dengan kerja gua walaupun gajinya tidaklah setaraf dengan pendidikan gua. Perghh sempat lagi gua mengumpat kan.

Masih terngiang-ngiang lagi perkataan yang pernah gua ucapkan kat boss gua pada minggu pertama gua kerja. Boss gua rasa mahu berhenti kerja mahu jaga mak gua sebab masa tu mak gua kena masuk wad akibat tekanan dcarah tinggi. Dengan berat hati boss gua nak lepaskan gua siap kasi gua perlepasan 1 minggu untuk jaga mak gua. Sayang betul boss gua kat gua kan. Keh Keh Keh.

Bila masuk bulan ke 4, boss gua mula tunjukkan taring cerewetnya, penat juga nak layan kerenah dia. Semua benda tak betul, semua benda nak prefect. Gila, gua siap boleh menangis menahan ketekanan jiwa dengan boss gua. Tapikan boss gua ni sweet la juga sebab dia macam tau-tau gua tengah touching dengan dia maka dia belanja gua. Perghh, nak rasuah gua balik la tuh ^^,

Alhamdulillah juga la gua ada kawan2 yang sentiasa support gua.Sentiasa berikan kata2 semangat sampailah gua dapat bertahan sehingga harini. Masa mula2 masuk kerja gua asyik ikut buntut NORLIZA, dia ni kiranya sama2 lapor diri dengan gua la. Rasanya kalau tak ada dia mungkin gua dah lama berhecnti kerja. Hohoho.

Ni la orangnya yang baik hati sentiasa disisi gua, masih single tau, Keh keh keh.
Allah sudah mengatur hidup gua dengan cantik sebenarnya sebabnya ALLAH menguji kita sebab DIA sayang akan hambanya dan ALLAH hanya menguji mecngikut kemampuan kita. Gua pun ada gak terasa terasing dan tidak terkecuali daripada umpatan serta dengkian daripada orang. Wahh, macam hebat ja jawatan gua sampai ada orang nak dengki2kan.

Tapi tuh la dikatakan asam garam kehidupan, dulu gua rasa masam macam teh o limau ais serta pahit macam minum kopi tanpa gula dan hanya NORLIZA dengan kakak ipar gua ja kawan gua. Kini, syukur gua sudah ada ramai kawan yang mula 1 kepada dengan gua dan gua sudah dapat menghirup manisan madu yang manis. ^^

Jadi, apa yang penting kita kena pandai sesuaikan diri dan jangan rasa semua orang boleh faham cara kita. Cuba untuk faham orang lain dan jangan untuk bertanya.

Yang ni department gua, General Affair. Tak yah cari boss gua sebab tak ada pun beliau disitu, kui kui kui
ADIOS

06 October 2012

Uji Kaji Tangan Gua

Assalamualaikum

Hello abang serta adik jurugambar yang bergaya!

Harini gua saja nak test tangan gua ni sama ada tangan gua ni masih berseni atau tak?

Amacam okey tak gua edit plus shoot angle? Actually ni gambar sepupu gua bertunang bulan June yang lepas. Betapa rajinnya gua baru nak edit kan, kwang kwang kwang.

Bro and sis kasi la sikit komen kat gua yang masih mentah dalam mendalami ilmu PHOTOGRAPHY ni.





 


ADIOS

02 October 2012

Gua Muncul Kembali

Assalamualaikum

Hello ladies dan gentleman yang jelita dan kacak sekalian.

Perghhhh, gua baru nak menaip balik blog ni. Naik berkulat sudah bha bak kata kawan gua. Nampak beno dia selalu skodeng blog gua yang seberapa ni kan kan kan. Keh Keh Keh

Gua rasa genap sebulan kot gua tak membuka, melihat, mengushar mahupun menjenguk blog ni. Bukan sebab apa gua sebenarnya sudah menghidap 1 penyakit di tahap kritikal iaitu penyakit M.

Penyakit gua ni susah untuk diubati dan hanya 1 saja penawarnya dengan adanya seseorang yang baik hati menghadiahkan gua sebuah GALAXY NOTE. Sebabnya, sekiranya gua ada binatang itu akan memudahkan gua bawa kemana-mana saja termasuk ke rumah kecil!

Ada sesiapa yang baik hati mahu memberikan penawarnya. Mungkin anda yang gua cari. Kuang Kuang Kuang.

Okey la stop the nonsense ek, selama sebulan gua tak update apa-apa, life gua masih seperti biasa tapi ada la sedikit kelat-kelat pahit. Namun yang kelat itu biar la gua simpan elok-elok dalam ingatan gua sebagai tanda kematangan gua dari hari demi hari. Eceh, ayat tak boleh blah betul.

Manakala yang manis biar gua sematkan di hati hingga di titisan nafas terakhir. Jap apa yang gua merepek ni -.-'

Apa yang pastinya gua tak suka dengan dasboard yang baru ni, mencik la! (Okey fine gua sudah lari dari tajuk)

NOTAJARIKAKI: Jari tangan gua rasa nervous nak tekan papan kekunci ni setelah sekian lama tak menaip, esok gua update dengan lebih detail okey.

ADIOS

31 August 2012

Salam Aidilfitri Dan Salam Merdeka!

Assalamualaikum

Hye uoll yang manis serta berlemak berkrim! Keh Keh Keh

Motifnya sebab sekarang kita masih dibulan syawal kompem la uoll makan banyak2 kan, hehehe.

Fine, gua sudah melalut sebabnya sudah berkurun lama gua tak update, Kuang Kuang Kuang. Sebabnya gua tersangat la busy beb sampai nak kentut pun tak sempat. Ni pun gua cuti sempena Hari Kemerdekaan baru gua dapat bernafas.

Maka masih tidak terlewat gua nak wish kan Salam Aidilfitri kepada semua kawan2 gua sama ada kenal gua atau pun tidak ye. Kiranya macam 2 in 1, gua boleh wish sekali dengan Happy Independence Day Malaysia!

Alahmdulillah sudah 23 tahun gua sambung Aidilfitri dan sudah 55 tahun negara kita mencapai kemeredekaan di Malaysia ni. Jadi jangan kita kucar-kacirkan negara kita yang aman damai ini. seharusnya kita bersyukur dan berusaha untuk kekal kedamaian ini sehingga ke generasi akan datang. Insyaallah.

NOTAJARIKAKI: Kalau terasa tak segan mai datang rumah gua, tapi gua tak nak bagi alamat, keh keh keh

KBAI

13 August 2012

Heaven La Mak Guwa Tahun Ni

Assalamualaikum

Hye uoll yang awasome yang telah berjaya habiskan puasa hingga ke harini.

Guwa salute sama lelaki-lelaki yang tidak ponteng puasa manakala ladies of course la ada pengecualian kan.

Alhamdulillah, tak sangka pejam celik sudah tinggal lagi 5 hari lagi mahu menyambut hari lebaran. Bagi guwa raya tahun ini lebih bermakna kerana tahun pertama guwa beraya sebagai isteri. Eh silap pula, bila pula guwa kahwin kan. Keh Keh Keh.

Actually tahun pertama guwa beraya sebagai bukan pelajar dan tahun pertama juga guwa nak beri duit raya kat mak, ayah dan anak2 buah guwa. Untuk anak2 buah guwa RM5 ja guwa kasi, alamak sudah terberitahu pula. Kui Kui Kui.

Memang tak banyak tapi guwa ikhlas memberi sebagai tanda galakan bagi anak buah guwa yang telah berjaya berpuasa. Gaji guwa ciput ja, guwa harap sangat boss guwa yang hensem itu serta bergaya akan menaikkan gaji guwa tahun ni. Kuang Kuang Kuang.

Haaa, lagi satu raya tahun ini lebih bermakna juga kerana adik beradik guwa berkumpul untuk hari raya pertama dan alhamdulillah kesihatan mak guwa juga semakin baik. If tahun lepas mak guwa tak beraya sebab ALLAH menguji beliau dengan kesihatan yang tidak memberangsangkan. Tapi tahun ni, mak guwa heaven la confirm mak guwa qado balik raya tahun lepas, Keh Keh Keh.

NOTAJARIKAKI: Agak-agaknya berapa banyak la guwa dapat kutip duit raya ni? Al-maklum la guwa ni nampak macam budak sekolah ^^,

KBAI.

07 August 2012

LCW Anda Hero Guwa

Assalamualaikum

Hye uoll yang sedang skodeng2 blog guwa ni, euwwww perasan, puihhh!

Salam Ramadan untuk uoll semua.

Perggghh, mata guwa seperti melekat dengan gam untuk celik pagi tadi. Mana taknya 3 hari kot guwa cuti sakat tiba2 harini guwa kena melangkah ke office. Ahhh, sangat membencikan.

Fine, guwa rasa mungkin guwa lambat dalam mengupdate-update kesah2 semasa, bukannya guwa tak tahu tapi guwa malas la mo taip2 ni. Tapi guwa rasa masih sempatkan guwa wishkan TAHNIAH and TERIMA KASIH Datuk Lee Chong Wei atas pingkat Perak untuk Malaysia. Olimpik tu taraf dunia, kau ada ka?

Guwa yang tak main pun turut terasa bangga atas kejayaan anak Malaysia mengukir sejarah di negara orang. So bagi suara2 sumbang yang tak berapa nak sedap tu, cuba la bawa beristifar dan nilaikan diri sendiri sama kau mampu nak pergi ke peringkat Antarabangsa? Agak2nya peringkat sekolah pun still tak mampu kan, choi.

Guwa tau ramai di antara mereka berasa sangat keciwa sebab tak dapat nak makan ice cream Baskin Robbins yang 1 scoop tu kan. Aisehmen, guwa rasa ice cream Malaysia kat kedai Makcik Nah jiran guwa tu lagi sedap beb, macam2 perisa ada favourite guwa ice cream Milo sebab lemak bercream tu. Sumpah guwa tak tipu.

Mungkinlah, nasib uoll akan berubah selepas ni setakat uoll baca artikel ni.

NOTAJRIKAKI: Selamat mencuba nasib esok ye, sebab guwa pun dapat email daripada cazen guwa.

KBai

06 August 2012

Segmen Lokman: Saya Blogger Dari Alumni Universiti Sains Malaysia

Assalamualaikum

Salam Ramadan uoll!

Waaah harini guwa cuti sempena Nuzul Quran. Bila time cuti2 gini baru la mood rajin guwa muncul untuk update status. Maafkan guwa okey kalau uoll tertungg-tunggu entry guwa kan kan kan. Hahaha. Buget la sangat guwa ni Fatin Liyana sangat la kan. Puihh.

Okey stop the nonsense. Guwa nak jemput uoll untuk join satu segmen ni. Actually guwa terusha kat Blog abang hensem (Mr. E'raz Fadli) tadi, keh keh keh. Terus macam magnet menarik untuk guwa join bersama2 la.

Segmennya berbunyi begini,

Segmen Lokman : Saya Blogger Dari.... Dengan rasa berbesar hati guwa nak beritahu yang guwa merupakan Alumni Universiti Sains Malaysia. HAHAHA. Hebat tak guwa. Astaga, terbatal puasa guwa sebab riak sangat. Just Kidding ja okey.

infinity

Kalau uoll terasa nak join just klik banner di atas okey.

NOTAJARIKAKI: Sekarang guwa sudah berada dalam dunia pekerjaan tapi guwa masih merindui zaman belajar, boleh tak guwa nak pinjam alatan doraemon? -.-'

KBai

26 July 2012

Salam Ramadan Al-mubarak

Assalamualaikum

Salam ramadan uoll!


Mungkin masih tidak lambat untuk guwa ucapkan salam ramadan kan. Al-maklum la agak lama beno guwa tak mengetuk jari jemari guwa di papan kekunci ini. Tak tahu la terasa berat sangat jari jemari ini nak menari2. Well biasa la sudah ramadan kan. Ceh, alasan ja kan, puihh!

Actually tak dop apo pun cerita yang menarik berlaku dalam hidup guwa sejak dua menjak ni. Sebab tu guwa terasa macam malas bebeno lagipun kalau guwa contest tak pernah pun nak menang. Ate nak salahkan siapa? Keh Keh Keh.

Okey, stop la wahai guwa daripada merapu merepek kan. Tujuan utama guwa nak ucapkan Salam Ramadan kepada semua umat Islam di serata dunia yang membaca blog guwa. Baget la guwa ni Maria Elena la kan. Jap kenapa nak kaitkan beliau? Mungkin sebab guwa baru buka tutorial hijab beliau kot. Okey fine.


Ingat ye sayang-sayang semua, di bulan Ramadan ini tingkatkan ibadah kurangkan perkara yang tidak berfaedah. Semoga kita sama2 mendapat keberkatan di bulan mulia ini. Insyaallah. Guwa selitkan dengan niat puasa dan doa berbuka puasa sebagai peringatan kita bersama.


NOTAJARIKAKI: Jangan malas2 pergi terawih okey, pesanan untuk diri sendiri juga.

KBAI.

14 July 2012

Cameron Highlands! Sangat Teruja!

Assalamualaikum

Hye kalian yang kacak dan jelita semua!

Fuhhh, lega rasanya harini guwa cuti. Selepas kes guwa touching dengan boss guwa tu, keesokkan harinya (12 July 2012) guwa ada Bengkel kat Cameron. Maka berbunga sedikit hati guwa yang senang marah. Kalau lu orang macam blur kenapa guwa marah2, lu orang boleh rujuk di entry yang lepas okey.


So far bengkel berjalan dengan lancar walaupun guwa menguap hampir 10x sebelum majlis tersebut bermula. Tipu la kalau tak boring kan tapi guwa buat2 la macam fun walaupun sangat memboringkan.

Guwa pergi bengkel tu dengan boss dan 2 orang lagi dari PIVOT, Steven and Anna. Okey la mereka walaupun guwa tak la kenal sangat.

Okey guwa tak cerit pasal mereka, sekarang guwa nak fokuskan mengenai Cameron Highlands! Sangat teruja gila walaupun guwa hanya sempat shopping dalam masa 30 minit sahaja.

Hati guwa memberontak nak jerit2 tapi tak boleh sebab ada boss ak. Malu seyh. Tapi udara kat Cameron sangat nyaman. Membuatkan guwa rasa macam tak nak balik Ipoh. Boleh tak? Hahaha

Bertambah sweet bila boss guwa belanja strawberry! Weeee, eleh nak pujuk guwa balik la tu sebab menyusahkan guwa semalam. Hehehe. Sangat suka, thanks boss.

NOTAJARIKAKI: Walaupun waktu singkat tapi guwa maintain shopping dan guwa yang paling banyak borong, kalau boleh 1 pasar tu guwa nak beli, keh keh keh

KBAI

11 July 2012

Wordless Wednesday #8 : Hari Yang Guwa Paling Tak Suka dan Ada Suka Juga

Assalamualaikum

Harini merupakan hari yang paling guwa benci! Dan harini juga merupakan hari yang guwa suka juga. Keh Keh Keh.

Macam mana tu. Okey meh sini guwa jelaskan.

Harini buat pertama kalinya guwa terasa sangat sangat sangat geram dengan boss guwa. Fine dulu memang guwa puji dia tapi start kini guwa naik nyampah dengan dia. Semua nak ikut cakap dia ja, barang depan mata pun nak guwa ambik kan. Memang tahap malas luar biasa. Nyampah betul!

Dan kali pertamanya guwa terpaksa telan sebiji panadol sebabnya kepala guwa sakit gila2 menahan marah. Cakap guwa ni sikit pun tak nak endah kan. Adoi siapa ikut siapa sekarang ni. Tak kan kerja production ISO nak handle kan? Eeeeee, sakitnya hari ini.

Nasib baik la ada hero JAPAN tolong cool kan guwa, Keh Keh Keh.

Thanks ye awok semoga 1 harini nanti awak dapat rasakan getaran jiwa guwa terhadap awak apabila guwa bersebelahan dengan awok okey, keh keh keh. Erk, gedik gila

NOTAJARIKAKI: Alamak esok seharian guwa kena ngadap muka boss guwa sebabnya esok guwa kena fly ke cameron dengan dia =.='

KBAI

08 July 2012

Jalan-Jalan Pusing Kedah Sampai Pening

Assalamualaikum

Hye you all.

Happy sunday cone! Eh itu ice cream Mcd.

Oppss, silap sudah. Selamat hari ahad untuk semua pekerja di seluruh dunia. Happy holiday for all worker in the world. (trasleter) Keh Keh Keh

Lu nak tahu semalam (7/7/2012) guwa bersama cazen berserta 2 orang makhluk telah memacu kereta lalu bergerak ke KEDAH DARUL AMAN.

Memang kerja gila, tak plan apa2 terus ke sana. Terima Kasih tidak terhingga kepada Abang GPS PAPAGO kerana banyak membantu kami semalam daripada sesat mahupun speedtrack.

Mana taknya guwa tengok bf cazen guwa bawak semua atas 120 km/j. Naluri guwa kuat berkata confirm akan terkena 1 juga samannya.

Walaupun secara mengejut pergi ke sana tapi guwa happy sangat sebabnya guwa nak sangat tengok sawah padi lepas tu sungai. Yang paling penting guwa dapat pergi ke Pekan Rabu buat kali pertamanya. Jap actually teman 2 orang makhluk tersebut pergi kenduri kahwin kawan mereka di Derang.

Wah, guwa sangat terharu rasanya kerana berjaya menjejakkan kaki guwa ke sana. Walaupun Pekan Rabu tu tak la se-sebest Padang besar tapi habis juga duit guwa bershopping kerepek.

Sempat juga la singgah sebentar di Menara Alor Setar tapi tak pun masuk dalam sekadar snap picture ja. At least kalau orang tanya sudah pergi ka Pekan Rabu atau Menara Alor Setar boleh juga cakap dengan riaknya guwa sudah sampai ke sana. Keh Keh Keh.

Kronologi perjalanan semalam bermula dari Batu Gajah jam 10++ pagi sampai di Kuala Kangsar jam 11++ pagi dan tiba di Derang jam 1 ++ petang. Lepak2 kejap terus ke Pekan Rabu dan Menara Alor Setar dalam jam 7 ++ malam baru kuar dari Kedah dan mulakan perjalanan ke Taiping untuk dinner.

Pergh bukan main jauh lagi kitaorang dinner kan. Sampai kat sana lebih kurang jam 10++ malam makan bersama dengan wafie dan cox. Diorang ni kiranya budak2 part time masa catering dulu2, so agak boleh dikatakan rapat la.

Then lastly hantar 2 makhluk tersebut balik ke Kuala Kangsar. Akhirnya guwa dengan cazen guwa sampai di Ipoh lebih kurang pukul 1 pagi.

Ambik kau, pagi2 tadi guwa kena sembur dengan mak cazen guwa a.k.a mak su guwa la. Kui Kui Kui. Apa lagi guwa hanya mampu buat muka comel ja. Nasib baik balik rumah tadi mak guwa cool ja harini mungkin sebab guwa belikan mak guwa kerepek kegemarannya.

Sempat lagi guwa pose di Menara Alor Setar

2 makhluk Salad (kiri) Mat (kanan)

Motif untuk tunjuk jam, keh keh keh

Lain kali kena guna strategi untuk pikat hati mak ni, Keh Keh Keh. KBai

04 July 2012

Wordless Wednesday #7: Selamat Berbahagia

Assalamualaikum

Hello ladies and gentlemen!

Fuh fuh! Kasi buang sikit habuk yang duk bersarang tebal kat blog guwa ni. Lama gila guwa senyap tanpa update status. Bukan malas tapi kurang kerajinan nak mengupdate. Padahal hari2 guwa usha dasboard ye la mana tau tersangkut mana2 contest ka? Keh Keh Keh.

Tu la masalahnya jari guwa ni yang malas nak menekan papan kekunci komputer riba ni. Maka nak salahkan siapa? Pasti lah jari guwa kan kan kan ;D

Okey guwa sudah melalut, al-maklumlah baru ja selesai kenduri perkahwinan abang guwa dan majlis berkhatam anak2 saudara guwa.

Kenduri berlansung pada 30 Jun 2012 persamaan dengn 10 Sya'ban 1433 di teratak guwa. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Terima kasih ya ALLAH. Bersyukur tidak terhingga kerana memudahkan urusan keluargaku.

Apa yang guwa harapkan semoga abang guwa tidak menyusahkan mak guwa lagi dan berbahagia la engkau bersama bini serta anak2 lu okey. Bukan marah tapi guwa mengharap sangat bila sudah ada keluarga baru binalah ia dengan kukuh kalau boleh taruh la simen cap gajah ka agar tidak roboh dilanda angin garuda.

*7 siblings! Really miss them so much ;)

Okey kalau lu pandai ce teka mana guwa yang cun itu? Tu pun kalau lu selalu stalker blog guwa la.

KBai.

29 June 2012

GiveAway Contest Gila #1: Watak Kegemaran

Assalamualaikum

Sementara guwa nak tunggu match Germany vs Italy guwa godek2 blogger follower guwa. Tiba2 guwa ternampak lagi 1 contest yang guwa sendiri pun gila akannya iaitu "watak kegemaran". Tak kesah la watak dalam super hero ka, anime ka, manga ka dan sewaktu dengannya.


Sila klik banner diatas untuk keterangan lebih lanjut.

Maka watak kegemaran guwa adalah tak lain dan tak bukan adalah Sakuragi Hanamichi dalam Slum Dunk.



Kenapa?

Kerana guwa suka sikap beliau. Guwa suka beliau yang sentiasa bersemangat walaupun agak panas baran. Beliau pantang dicabar dan sentiasa sahut cabaran yang diberikan oleh coach dan kapten team basketball sehinggalah beliau menjadi atlet yang hebat. Bagi guwa sikapnya itu boleh dijadikan contoh yang baik kepada anda semua. ^^

Sekian,

ADIOS

23 June 2012

Sakit Itu Adalah Penghapus Dosa-Dosa Kecil

Assalamualaikum

Selamat Pagi Semua... Embun Pagi Yang Mendung (Irama lagu Amir Johari)

Memang guwa tak ada kerja la kan. Okey fine, sekarang jam menunjukkan pukul 2.06 am. Gila la guwa stay up sambil jam camgini.

Motifnya kerana Germany akan berlawan bola dengan Greece kot, lagipun game kalah mati wooo. Tinggal beberapa minit ja nak start game.

Tapi sebelum tu guwa nak kongsikan bersama lu semua mengenai satu firma ALLAH. Actually siang tadi ada officemate guwa share kata2 motivasi ini bersama.

Bagi guwa, ianya adalah 1 nasihat yang baik. Jadi guwa share bersama lu semua yang guwa sayangi.

Dalam firman ALLAH ada menyatakan "Sesungguhnay orang-orang yang mementingkan mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit menolaknya dan janji ALLAH dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian mereka yang baik dihari akhirat dan ALLAH tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang mereka pada hari kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka akan peroleh azab seksaan yang tidak terperi sakitnya."

Surah ke 3 Ali Imran ayat ke 77

NOATAJARIKAKI: Sharing is caring, ilmu untuk kongsi bersama sebab guwa sayang lu (reader) semua ^^ (maaf terpoyo sikit)

ADIOS

20 June 2012

Wordless Wednesday #6: Orang Tamak Selalu Rugi!

Assalamualaikum

Salam Sya'ban untuk semua reader blog guwa ni.

Mungkin tak salah guwa ucapkan awal2 walaupun esok baru Sya'ban yang sebenarnya. Saja mo kasi remind sebab selepas Sya'ban menjelangnya Ramadhan bulan yang mulia. Seriously tidak sabar rasaya mahu menyambut kedatang Ramadhan al-mubarak.

Jap lu sudah habis ganti puasa ka? Apa?! Belum, ate tak reti2 nak pergi ganti ka? Ecece nak kata guwa la kan sudah ganti ka belum, sudah pasti la sudah habis kot. Harini hari last guwa puasa ganti tau.

Sebenarnya guwa nak story sikit pasal hal semalam (19/06/2012) hari yang sangat kelakar tahap dewa.

Mana taknya, semalam jam 7.05 pm kakak guwa baru balik dari kerja lepastu beliau bawa kek cawan kegemaran guwa! Hati guwa sangat excited! Tidak boleh digambarkan melalui kata2 yang guwa sangat teruja tahap dewi la. Bukan Seri Dewi pelakon hindustan la.

Tanpa rasa malu guwa berebut dengan 3 orang anak saudara nak pilih kek cawan yang paling cantik padahal isinya sama jo. Dengan seluruh tenaga guwa berjaya mendapat kek cawan berwarna coklat yang berintikan marshmallow.

Jangan kata lah memang sangat menyiurkan, lalu guwa telan marshmallow yang gebu itu. Masih tidak cukup, guwa menyudu pula kek cawan guwa untuk dimasukkan ke mulut. Tiba2 saja kek tersebut terjatuh dari sudu. Dan guwa terjerit kecil sebabnya guwa baru teringat yang guwa tengah berpuasa dan belum masuk waktu azan mahgrib lagi =.='

Walaupun hanya jeritan kecil tapi gegar juga la rumah dengan suara merdu guwa. Keh Keh Keh.

Apa lagi sepantas kilat guwa pergi kumur. Agak2 la lagi 25 minit ja mau berbuka. Kui Kui Kui.

NOTAJARIKAKI: Sila lah jangan berebut dengan budak2 kerana awok tu sudah tua dan bawa2 la bersabar ye. (Nasihat untuk diri sendiri) Keh Keh Keh

ADIOS

18 June 2012

Guwa Sudah Kahwin Tapi Mana Suaminya

Assalamualaikum

Hye ladies and gentlemen.

Sentap jiwa guwa harini. Apa taknya ada orang tanya kat guwa anak guwa yang paling besar umurnya berapa?

Bagaikan panahan anak panah cupid ke dada guwa ni. Dush!

Tetiba ja guwa terfikir, adakah guwa punya dress up seperti orang yang sudah beranak 10 atau 15 orang. Adakah cara guwa berfikir seperti seorang wanita korporat yang sentiasa bermain dengan kata2 yang sukar untuk di pahami. Adakah juga kerana guwa sering berlagak seperti seorang ibu yang rindukan anak maka beribu2 status guwa naikkan di facebook guwa tentang Qaseh =.='


Ce lu tengok kat atas nuh!

Hah~! Guwa rasa guwa tahu apakah sebab utamanya. Mungkin profile picture guwa yang membuatkan beliau merasakan guwa sudah berumahtangga dan mempunya anak2 yang comel seperti guwa kot.

Apa2 pun, okey gak orang ingat guwa sudah kahwin sebab tak siapa pun yang nak kat guwa ni. Orang kata tak baik cakap cam tu kan tapi memang realiti meyh. Huk Huk Huk :,(

Argghhh, persetankan semua itu apa yang penting guwa happy dengan life guwa walaupun umur guwa makin lama makin mengecil, Kui Kui Kui.

NOTAJARIKAKI: Nak tunggu abang Ozil (player Germany) memasuk meminang sebab guwa baru tau dia beragama Islam rupanya.

ADIOS.
 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira