27 May 2012

Bro Lu Memang Men La, Guwa Respek Sama Lu

Assalamualaikum

Hello hello anda semua.

fuhhhh, guwa rasa sudah tebal habuk di blog guwa ni. Lama juga guwa tak mengupdate kesah hidup guwa yang indah-indah disini. Keh Keh Keh.

Al-maklum la, agak kesibukan sejak dua menjak ni. Nak kata gaji guwa naik tak juga, nak kata guwa dapat hadiah besar pun tak juga tapi sebenarnya guwa menghidap satu penyakit.

Serius, penyakit ni guwa baru tau seminggu yang lepas. Tak tahu la sama ada guwa mampu untuk menampung bebanan ini atau tidak. Dalam bahasa sains guwa menghidap penyakit M/L tapi kalau dalam bahasa kampungnya adalah MALAS/LAZY. HA HA HA.

Lu sudah terkena beb! Maafkan saya. Sekadar gurau ja. Sejujurnya guwa memang ada sedikit kemalasan untuk menaip di papan kekunci lappt guwa. Tapi harini guwa agak rajin sedikit dan nak beritahu yang guwa sudah dapat famili baru!

*bagaikan tahi cicak, si isteri yang putih dan si suami yang agak kurang cerah kulitnya maka gambar perlu di edit supaya tidak nampak sangat kontra ;D

Alhamdulillah dengan sekali lafaz abang guwa sudah bergelar suami kepada Nur Alwanie Farha. Syukur akhirnya guwa dapat kakak ipar baru maka guwa tak payah nak iron baju melayu beliau bila tiba hari raya atau buatkan nescafe 3 in 1 untuk beliau lagi. Sebab abang guwa sudah ada bini. Keh Keh Keh.

Semoga pernikahan mereka berkekalan sehingga akhir hayat hendaknya. Insyaallah.

ADIOS

20 May 2012

Pavlova Jimat Kos Namanya

Nak Menang Lomo!

Assalamualaikum

Hye anda yang sedang berehat!

Harini kan, eh silap semalam kan malam-malam pula tu guwa rasa rajin tahap maksimum mo buat PAVLOVA. Actually guwa tak pernah makan dan tak tahu macam mana rasanya. Jap bukan sama ja maksud tadi. Keh Keh Keh.

Okey kembali kepada maksud asal guwa tadi, tepat jam pukul 9 malam guwa start bancuh bahan PAVLOVA seperti putih telur, gula, esen vanilla, cuka dan terpung jagung. Pukul 10 pula guwa mula membakar sampai pukul11 (sebab kena bakar 1 jam pada suhu 150C. Dan akhirnya jadi PAVLOVA jimat kos namanya, keh keh keh.

Okey fine guwa tau lu nak cakap yang PAVLOVA guwa ni macam buruk ja. Pastu tak meriah kan kan kan. Sebabnya guwa tak cukup baget, keh keh keh. Tapi teringin mo buat jugakab. Guwa memang mo try buat kalau menjadi guwa boleh buat lebih lagi cun daripada yang ni tau.

Lepas siap guwa terus kasi kepada pengkritik tetap untuk memberi kritikan yang membina iaitu madam guwa la. Beliau berkata, "wowww sangat sedap boleh jual kat kedai ni".

Okey guwa tipu lagi, mak guwa kata "1st try okey la no bad tapi mak lagi suka kek butter adik, lagi sedaaaaaaaap".

Nampak permainan disitu, sebenarnya mak guwa nak suruh guwa buat kek butter la tuh! Keh Keh Keh.

NOTAJARIKAKI: Topping atas PAVLOVA bleh dihias dengan menaruh buah-buahan seperti strawberry, blueberry, nenas ka dan ikut selera tekak masing-masing lah. Tapi kalau terasa mo taruh ulam pun boleh, unik sikit kan, Kih Kih Kih.

Tak apo la, habis licin lecap PAVLOVA jimat kos guwa tu ;D

ADIOS

17 May 2012

Amani In The Garden, keh keh keh

Assalamualaikum

Hye mama vogue dan papa yang smart semua.

Finally anak saudara guwa sudah keluar daripada hospital selepas 3 bulan menjadi penghuni tetap di sana. Guwa harap semuanya akan okey dan semoga beliau cepat2 besar ye "cinonik".

Amani pakai baju yang guwa beli di Gerbang Malam Ipoh, comel kan macam guwa, keh keh keh


Beliau berpontesi menjadi model ni, siap berposing lagi tuh bila besar nanti memesti cantik macam guwa juga, keh keh keh


NOTAJARIKAKI: Nama anak saudara guwa PUTERI QASEH AMANI bermaksud KETENANGANKU, semoga amani akan menjadi seorang anak yang sentiasa tenang untuk ke dua ibu dan baba nya. Insyaallah.

KAMUSMINI: CINONIK - Panggilan bagi mereka yang bertubuh kecil.

ADIOS

16 May 2012

Selamat Hari Guru Kepada Semua Guru Diseluruh Malaysia Mungkin Juga Di Luar Negara

Assalamualaikum

Nak Menang Lomo! <----- Klik disini

Selamat hari guru guwa ucapkan kepada semua guru-guru di seluruh dunia expecially to jiran sebelah kiri rumah guwa wawa wadzir. Okey mungkin beliau belum 100% menyambutnya tapi bakal kan so guwa wish ja la sekali tanda hormatnya guwa kepada mereka yang digelar sebagai guru. So make sure kamu ajar bakal anak kak eda elok2 okey. Ecece, macam guwa sudah kahwin ja. Keh Keh Keh.

Actually bila menjelangnya 16 May mesti guwa akan teringat zaman belajar dulu2. Seriously guwa memang suka gila zaman belajar di tingkatan 6. Walaupun ramai yang kata form6 ni susah tapi guwa rasa tak susah mana pun yang paling penting guwa fun and enjoy study in there. Not lying okey!

Why i say like that? Because form 6 baru guwa rasa sekolah itu seronok sebenarnya! Before this guwa belajar di sekolah perempuan yang ketat dengan displin so kena follow the rules ja. Bila guwa langkah di sekolah yang ada lelaki guwa rasa feel nya lain.

Jangan nak kata guwa culture shock. Famili guwa ramai lelaki so tak ada masalah untuk bergaul dengan lelaki cuma kepala otak guwa lebih ringan belajar dan guru2 disana mudah untuk di bawa perbincang. Like a friends. Ceh bayangkan guwa boleh lepak dengan pengetua di bilik beliau. Friendly kan guru2 di sana.

Tapi perkara yang paling guwa tak mungkin akan lupa adalah di form 6 lah guwa punya self confident mula meningkat sedikit demi sedikit. Bukan apa, guwa ni jenis yang rendah diri al-maklumlah guwa tak pandai nak kata cantik tu jauh panggang dari api la kan.

Cikgu Azahari lah puncanya guwa menjadi lebih berani dalam berhadapan dengan orang ramai. Beliau yang merjerumuskan guwa dalam dunia "penyiaran" walaupun guwa cuma buat projek untuk sekolah sahaja.

Permulaan yang pertama agak malu2 kucing (acara sukan tahunan sekolah) tapi kali kedua guwa sudah mula tunjuk taring tapi tidak la tajam masih di tahap baby tiger ja. Apa yang penting kesah 100 years sekolah guwa dulu direkod dan siap dijual di sekolah kot. Keh Keh Keh.

Mungkin kerana itu la juga, guwa pilih Bacholer Degree of Communication sebagai course utama guwa di USM. Mungkin rezeki guwa bukan lagi dalam dunia penyiaran kini guwa giat menulis document untuk company guwa.

Bagaimanapun guwa bersyukur kerana daripada seorang guru yang yakin dengan kemampuan guwa sehingga guwa dapat mengecapi kejayaan pada tahap ini. Tanpa mereka tak mungkin guwa dapat berjaya menjadi seorang anak yang berguna kepada ke dua ibubapa guwa.

NOTAJARIKAKI: Rindu gila kat Cikgu Azmi, Cikgu Vogue (lupa namanya, maafkan saya), Cikgu Firdaus, Cikgu Zarina dan Cikgu Shamsina yang paling guwa suka ponteng kelas beliau tapi subjek beliau guwa dapat A kot dalam STPM. Tak faham guwa =.='

Lasty, love u so much SYS means is Sultan Yussuf School ^^

ADIOS

15 May 2012

Guwa, Boss & Hacks

Assalamualaikum

Hye ladies & gentlemen.

Nak Menang Lomo! <----Klik disini

Wah, sempat lagi guwa promote kan, well guwa kan sangat pemurah maka guwa nak share hadiah bersama lu orang semua. ^^


Lu orang pernah makan gula-gula HACKS tak? Tahu tak disebalik maksud HACKS itu? Guwa rasa mungkin ada diantara kome yang tahu dan mungkin juga ada yang tidak tahu.

Kisah gula-gula HACKS ini timbul bila kawan kat tempat kerja guwa kasi guwa gula-gula tersebut. Secara automatik guwa teringat yang guwa pernah makan gula-gula tersebut semasa guwa ada training hari sabtu yang lepas.

Gula-gula itu untuk menghilangkan rasa mengatuk semasa training, company tersebut telah sediakan sebekas gula-gula pelbagai warna dan perisa. Mata guwa terus rambang, ate banyak beno gula-gulanya tak tahu nak pilih yang mana satu. Bila guwa pilih gula-gula HACKS terus otak guwa melayang-layang ke BBF guwa di USM dulu (ala2 kabus terus balik masa dahulu).

Terus guwa tersengih sorang-sorang. Lepastu guwa tanya kat boss guwa.

"Mr. Kumra, awak tahu maksud HACKS ni?". Dengan pantas beliau mengelengkan kepala menandakan yang dia tak tahu. Guwa dah agak dah, ate dia pun cam nerd semacam ja kan guwa tak rasa dia romantik2 dengan wife dia dulu2. Hebat tak guwa bermonolog dalam diri. Keh Keh Keh.

"HACKS ni bermaksud, ala malu la nak sebut", sambil tersengih2 gatal. Boss guwa dah buat muka pelik. Dengan rasa bertanggungjawab dan tebalnya kulit muka ni guwa dengan baik hatinya beritahu maksudnya.

"Maksudnya H-hanya, A-aku, C-cinta, K-kau dan S-seorang,"sambil tutup muka dengan tangan menahan malu. Okey guwa tipu ja, guwa beritahu sambil senyum2 ja la.

Maka itu la maksud HACKS yang kawan guwa beritahu. Mungkin selepas ni lu orang boleh kasi kat gf or bf gula-gula HACKS sebab besar maknanya tak payah nak kasi coklat cadbury ka bunga ka. Keh Keh Keh

NOTAJARIKAKI: To incit bakal hubby, guwa tak mo coklat ka or bunga ka okey. Guwa nak kereta MYVI sebijik boleh tak? LaLaLaLaLa ^^


ADIOS

14 May 2012

Lomo Wave! By Miraa Hussin & Amer Corner

Assalamualaikum

Hello anda yang gila contest!

Meh sini guwa nak ajak lu orang semua join 1 contest ni sebabnya HADIAH ditawarkan sangat best kot. Tuk kome yang memang gila gadjet pun boleh memeriahkan untuk join bersama.

Ate meh sini guwa nak kasi buka sikit cerita yang best ni mengenai contest Lomo Wave! By Miraa Hussin & Amer Corner.

" Syarat-syaratnya ;
  1. Wajib untuk follow blog Miraa Hussin and Amer Corner
  2. Like fanpage kami berdua. Boleh tengok kat tepi blog kami berdua ataupun klik je button like kat atas tu
  3. Copy paste code tu dekat entry korang
  4. Ambil banner bawah ni then letak kat sidebar korang
  5. Pastikan korang bagi link penyertaan bukan link blog
So ini antara hadiah yg akan top referring site dapat ;
  • 1st top referring site = Waterproof Lomo with films
  • 2nd top referring site = Waterproof Lomo with films
  • 3rd top referring site = Waterproof Lomo
  • 4th place = RM10 topup
  • 5th place = RM5 topup
  • 5 lucky winner = RM3 topup"

Sudah habis baca karangan di atas, ngeeee. Maka nya lu orang boleh la turut serta dengan KLIK disini okey.

NOTAJARIKAKI: Maaf cik dan incik pemilik contest, guwa tak dapat nak copy url atau sewaktunya. Harap tak potong markah ye, keh keh keh ^^

psst tag kasih sayang
*yanyan

ADIOS

13 May 2012

Berkongsi Dan Mengambil Berat Bersama

Assalamualaikum


Guwa rasa macam betul ja apa yang dikatakan oleh Ustaz Azhar Idrus. "Perempuan yang banyak bercakap dan banyak gelak adalah perempuan yang pendiam bila ada masalah. Dan banyak menangis dalam diam."

Sebabnya guwa pun macam tu, susah untuk guwa ceritakan problems yang melanda dalam jiwa kepada orang lain. Guwa hanya mampu mengadu pada Yang Maha Esa dan juga di blog. Tapi tak semua kesah sedih guwa akan guwa tulis di blog.

Nanti tak pasal2 semua readers guwa lari tak mo baca blog guwa kan ^^

NOTAJARIKAKI: To Incit Bakal Hubby guwa be alert okey.

ADIOS

Jodoh Itu Pasti. Itu Janji-Nya.

Assalamualaikum


* Credit to Cik Dil


NOTAJARIKAKI: Kepada Incit Bakal Hubby, semoga anda adalah jodoh guwa. Insyaallah.

ADIOS

12 May 2012

Sorry Boss, Guwa Sudah Ada Geng

Assalamualaikum

Hello anda yang cantik dan tampan.

Harini guwa ada training kat kilang guwa yang satu lagi. Means is? Kilang guwa ada 4 cawangan 1 di KL, 1 Balakong dan 2 di Pengkalan Ipoh. So tempat yang guwa kerja ni di panggil MSP Parts dan 1 lagi MSP Pivot. Maka pagi tadi guwa training di MSP Pivot. Tak jauh mana pun tapi guwa saja nak manja2 dengan boss suh pergi bersama2 dengan guwa. ^^

1st time kot guwa jejak kaki di sana. Nervous sangat bila tengok suasananya senyap ja. Al-maklum la guwa ni kan jenis mulut bising. Mula2 guwa ikut ja la rentak mereka. Gelak2, senyum lama2 macam guwa pekerja kat sana.

Mana taknya, masa breakfast guwa ikut ja buntut boss guwa bila lunch time guwa tinggalkan boss guwa sorang2, keh keh keh. Boss sorry ye, sebab guwa sudah jumpa orang yang 1 kepala dengan guwa maka memang layan la.

Sekali boss department dia pun 1 kepala apa lagi memang kecoh la kat office tu. Sangat sangat sangat berlainan sifat boss department Production kat Pivot dengan Production di Parts. Jap, guwa lupa nak beritahu siapa "dia" yang 1 kepala dengan guwa tu kan. Nama dia Ruby dan dia boleh bercakap dalam Japan tau. Hebat kan kan kan. Nanti 1 day guwa akan belajar cakap bahasa Japan dengan dia.

Guwa sangat sangat berharap 1 day, MSP Parts boleh bersikap profesional dalam bermesyuarat dan each other will be more closed. I hope la ^^

Apa2 pun, guwa suka lagi facility kat MSP Parts sebab kemas dan sesak seperti di MSP Pivot. Guwa tak sanggup share surau dengan orang bukan tempatan. Maaf ye.

NOTAJARIKAKI: Actually training tadi tak ada kena mengena dengan guwa pun. Gelangang kacang putih sudah bermula, keh keh keh

ADIOS

11 May 2012

Tips Untuk Meredakan Kemarahan

Assalamualaikum

Hye si jelita dan si kacak sekalian.

Pernah tak lu orang dengar bila kita rasa marah kita akan melakukan sesuatu yang diluar kawalan. Contohnya macam mo maki orang la dan keluarkan kata2 kesat. Jangan tipu la mesti ada punya lu orang buat cam tuh kan kan kan. Sebab guwa pun ada buat benda2 macam tuh. Tapi itu la masa guwa tak mature. Keh Keh Keh.

Actually perkara itu berlaku kepada guwa petang tadi semasa guwa masih di tempat kerja. Guwa tak tahu lah tapi mungkin ALLAH ingin menguji kesabaran guwa dengan kerenah orang2 di tempat kerja guwa.

Sejujurnya guwa tak nak menyibuk atau berlagak rajin. Masalahnya bila guwa tak buat benda tu, maka kerja tersebut tak akan dibuat oleh department itu. Tapi bila guwa sudah buat ada pula suara2 sumbang yang sememang tak sedap. Aduh, pedih kot menusuk ke jantung guwa.

Walaupun jarak antara tempat guwa dengan beliau sebatu jauhnya tapi guwa dapat tangkap suara sumbangnya itu. Seolah2 mengatakan guwa ni penyibuk. Fine, memang pun guwa penyibuk ada kacau ko ka?

Perkara ini membuatkan darah dalam badan guwa menyirap ke otak. Seriously, tak dapat nak tahan cuma yang mampu guwa buat beristifar lepas tu terus pergi ambik wuduk dan solat asar. Alhamdulillah kemarahan guwa mula berkurangan. Tapi guwa harap sangat kebencian guwa terhadap beliau akan hilang. Sebab guwa ni memang ada perasan dendam sikit.

Mintalah kebencian itu akan pergi nanti. Apa yang penting guwa sayang boss department guwa walaupun dia cerewet tapi dia tahu hormat orang dan yang PALING penting dia tak mengata orang.

NOTAJARIKAKI: Kadang2 orang yang berlainan agama dengan guwa lebih hormat orang ISLAM berbanding dengan seagama dengan guwa.

ADIOS

10 May 2012

Just Write What You Like La

Assalamualaikum

Hello blogger semua yang sedang membaca blog guwa ni. (kalau ada la ^^)

Kenapa guwa buat blog? Dan kenapa guwa tulis blog? Dan kenapa guwa suka sangat dengan blog ni? Dan kenapa, kenapa dan bagaimana. Noktah. Guwa sudah merepek sudah.

Seriously guwa tulis blog bukan kerana nak duit sampingan. Dan guwa tidak pernah terfikir pun nak jadikan sebagai side income. Tapi guwa suka baca blog orang lain terutama pasal tips kecantikan, fesyen shawl dan sebagainya. Jujurnya guwa memang tak reti nak tulis benda2 sebegitu makanya guwa jadikan "blog" sebagai dairi guwa.

Ko ada dairi yang orang lain boleh baca? ada ka? Keh Keh Keh.

Actually semua yang guwa catatkan dalam blog ni hanya mengenai perihal diri guwa dan apa yang telah berlaku dalam kehidupan guwa. Seronok kot bila kita kongsikan cerita yang happy dengan semua orang. Lagipun orang kata bila kita kongsikan kegembiraan dengan orang lain seumpama orang itu mendoakan kegembiraan untuk kita.

Bak kata blogger yang hebat itu, siapa lagi FATIN LIYANA yang comel. Beliau tulis blogger as a hobbies. Tapi meletup kot. Ate orang cantik pastu pandai pula kan. Lain la guwa ni yang kurang cerdik dengan comot tak ada siapa yang nak pandang. Ecece, terbuat drama swasta pula.

Apa yang penting kena ikhlas bila menulis tu, kata beliau lagi. 1st time guwa tengok beliau kat program NASI LEMAK KOPI O dia sebagai guest untuk rancangan itu. Lembut dan manja ja dia berkata2, bila guwa tengok diri guwa sendiri =.=' tak payah nak kata la memang "jauh ayam dalam api la" makanya tak masak la ayam tuh.

So kesimpulannya guwa memang suka menulis dan berkongsi coretan bersama lu orang semua. Jadi disebabKAN itu juga la guwa kerja sebagai OFFICER DOCUMENT CONTROL CENTER, tak lari daripada kena menulis kan.

NOTAJARIKAKI: Menulis umpama terapi untuk meringankan bebanan yang kita gendung di bahu.

ADIOS

09 May 2012

Wordless Wednesday #3 - Guwa Kena Marah Dengan Boss

Assalamualaikum.

Hye korang2 yang sudah bekerja dan yang sudah pulang dari kerja.

Harini mood guwa agak spoil bila guwa kena marah dengan boss guwa tapi dia marah dalam nada ketawa. Macam mana tuh?

Haissshhh, guwa ni memang lomah kepalo lutut bilo kena tegur lebih2 lagi selepas guwa settlekan document yang berkaitan. Ate, guwa sudah bertungkus lumus kot buat korjenya. Guwa siap ikut step by step untuk siapkan kerja tu. Tapi kalau la document tersebut sampai kat boss dept QA memang debaran kian terasa. Mesti la ada yang tak kena.

Nasib baik boss dept guwa cool ja. Tak marah pun tapi kasi nasihat sambil tersenyum. Bukankah senyum itu lebih tajam maksudnya berbanding dengan makian. Perggghhh, guwa tak tahan rasanya dengan senyuman itu.

Agak2nya bila la guwa boleh jadi boss. Boleh merasa nak marah orang. Opppsss.

ADIOS

07 May 2012

Hari Yang Sungguh Padu

Assalamualaikum

Hye you all yang kacak lagi jelita!

Hari cuti guwa sudah terisi dengan sebaiknya. Kenapa sebaiknya? Kerana hari sabtu, guwa jadi suri rumahtangga sepenuh hari manakala hari ahad guwa berfoya2 dengan anak2 ikan guwa. Keh Keh Keh.

Guwa tau mesti lu terasa macam loya2 ja anak tekak kan dengar guwa kata anak2 ikan guwa, just joke ja. Actuaally guwa keluar dengan kawan2 guwa semasa guwa buat part time dengan cazen guwa dulu. Lu tak ingat ka masa guwa jadi penternak lemak yang berjaya guwa buat kerja part time katering orang kahwin, menteri2 dan sewaktu dengannya. Kerja katering memang penat but seriously fun dengan adanya mereka yang sangat buas dan suka buat lawak tahap lawak kampus.

Kembali kepada yang asal, guwa bersama cazen guwa telah membuat temu janji dengan mereka di Ipoh Parade untuk berlawan kekuatan tangan di bowling! Sudah pastinya guwa la pemenangnya walaupun guwa tak la sehebat pemain bowling negara kan. (Sila rujuk gambar di atas okey, bukti guwa main bowling)

Guwa rasa kena thanks a lot dengan INCIK BUNCIT yang kasi guwa tips untuk kawal bola, bak kata beliau biar perlahan janji bola tu tak curve dan terus kena pin kan. Perghhh, guwa berjaya merangkul rangking pertama kot. Kau mampu ka? Hahahaha.

Aktiviti semalam bukan banyak mana pun tapi yang menyebabkan lambat adalah kerana ada salah seorang daripada makhluk tersebut pergi ke kenduri dan membuatkan spoil sikit. Nasib baik la guwa ni memang tengah sengket maka nya tak adalah guwa nak shopping sangat kan. Keh Keh Keh. (ada kena mengena ka)

Sebenarnya agak lama juga la guwa tak jumpa diorang sebabnya mat rock dan salad baru ja balik dari syria beberapa minggu yang lepas. Kali terakhir guwa jumpa diorang selepas dua minggu raya aidilfitri. After tu diorang terbang ke Syria walaupun guwa dah berbuih berkata, jangan pergi. Masa itu tengah berlaku bergolakkan yang melampau. Yang lagi sorang nama dia wafi, orangnya comel dan gila. Hahaha. Last guwa jumpa dia masa hari raya ke empat kot masa guwa ikut kembara raya la pergi ke Taiping-Kuala Kangsar-Batu Gajah-Tambun-Jelapang-Manjoi.

Kiranya ni kesah jejak kasihan la, keh keh keh.

Baju biru MAT ROCK, Baju putih SALAD. Baju kotak2 SYITAH,
Grey GUWA YANG CUN and the last one Baju kuning adalah gf kepada WAFI


NOTAJARIKAKI: Kalau panjang umur kita akan berjumpa lagi, pastikan time tu deme sudah bekerja boleh belanja guwa, keh keh keh.


ADIOS

03 May 2012

Islam Itu Tidak Membebankan

Assalamualaikum

Selamat Malam Jumaat Semua!

Tahukah lu orang bahawasanya solat itu adalah tiang agama. Bila kita meninggal dunia di bawah sana nanti solat kita akan dihisap dan ditimbang sama ada banyak ka atau sikit amalan kita itu. Bagi guwa solat itu menenangkan jiwa dan alhamdulillah setiap kali guwa sujud kepada-Nya semua urusan guwa telah dipermudahkan.

Jadi dimanakah kesukarannya ajaran Islam ini? Dimana bebannya ajaran Islam ini?

Haisssshhh, kenapa tetiba juga bukak pasal isu ni. Okey kat tempat kerja guwa ada orang baru yang berasal dari Jepun dan tiada pegangan agama. Jadi dia tanya guwa kena agama lain boleh makan khinzir dan minum arak tapi kenapa Islam tak boleh?

Guwa jawab kat dia dengan senyuman "Islam have a rules that we can't eat or touch anythings yang tidak halal. And for me pork or alcohol have a bad effect for us expecially in your health, right?"

Mamat Jepun tu pun sengih ja la, lepas tu dia tanya guwa tak panas ka pakai tudung? Guwa pun jawab la, "In Islam all women must wear hijab because it is a compulsory, if we not wear hijab we get sin."

Sempat lagi guwa tanya, faham ka guwa cakap ni dah la english guwa kadang2 ke laut juga, Keh Keh Keh.

Tapi guwa sedih juga bila dia dapat bad influence mengenai Islam. Sebab dia ada beritahu guwa yang dia pergi penang and then dia nampak masjid dan nak masuk ke dalam tapi dihalang oleh "haji". Guwa tak tahu la haji mana kan tapi guwa explain kat dia yang orang bukan Islam boleh masuk di perkarangan masjid cuma kalau mahu masuk kedalam kena lah ada orang masjid temankan tapi itu mengikut pengetahuan guwa ja la. Lagi satu dia kata dia nampak rasa orang melayu pakai seksi masuk pub dan minum2.

Perghhh, ni turn guwa sengih pula. Guwa cakap la semua manusia tak sempurna tapi satu hari nanti dia akan dapat petunjuk dan hidayah dari Tuhan. Terkelip2 biji mata dia tak faham apa tiu "hidayah". Guwa pun sengih ja lepas tu guwa blah pergi solat asar.

Apa yang paling penting Islam itu tidak membebankan. Cuma guwa masih belum cukup ilmu nak terangakn kat dia lebih lanjut. Kadang2, kita tak boleh tunjukkan pengaruh buruk kepada orang bukan Islam lebih2 lagi dia bukan penduduk tempatan kerana dia tidak tahu budaya mahupun pegangan agama kita.

Guwa kasi nasihat ni untuk sama2 kita perbaikikan diri kita, sesungguhnya guwa juga tidak sempurna nak ilmu guwa juga cetek. Jadi kita sama2 saling mengingati okey.

ADIOS

01 May 2012

Senior Guwa Sudah Kahwin, Guwa Bila Lagi

Assalamualaikum

Hey you all!

Jap2x, fuh fuh fuuuuhhh! Kasi tiup sikit sudah tebal habuk di blog ni. Lama juga guwa tak menari2 jari jemari guwa di papan kekunci komputer riba yang guwa namakan TAMTAM. Kenapa TAMTAM dan kenapa bukan TIMTIM ka? TOMTOM ka? Kerana lappy guwa berwarna hitam makanya guwa namakannya TAMTAM. Jelas semua.

Okey stop the nonsense aeda. Sejujurnya guwa memang buzy kot. Sangat buzy. Tak sempat la nak menghadap TAMTAM lama-lama. Hari ni pun guwa curi2 tak buzy padahal ada kerja nak buat ni. Aisehhhh, tiba2 guwa terasa nak kembali ke alam persekolahan. Sebab kalau masa sekolah guwa boleh suka2 ja ambik cuti tapi kalau kat tempat kerja agak susah guwa nak buat cam tu. Nanti kalau guwa suka2 MC nanti prestasi guwa buruk la buruk pastu mesti susah nak naik pangkat kan.

Minggu lepas hari sabtu 28hb April, guwa pergi rumah sea family guwa kahwin. Tapi guwa pergi belah perempuan la. Sebab hari ahad tu guwa kerja part time. Hola, guwa kena cari duit lebih gaji guwa tak la banyak tapi alhamdulillah guwa masih mampu nak kasi duit kat mak guwa. Tu yang lebih penting sebab guwa nak balas jasa yang terlampau banyak yang mungkin guwa sendiri pun masih belum mampu nak mambayarnya dengan wang ringgit. Makanya, guwa pun pergi dengan cazen guwa a.k.a merangkap bff guwa la.

Mungkin orang kata hujan itu membawa rahmat dan mungkin akan memberkati perkahwinan mereka. Mudah-mudahan kerana sesampai ja guwa di sana, hujan dalam 15 minit juga la lepastu kembali terang. Apa yang penting, guwa sudah sampai awal di Manjung tapi rasa melewatkan diri dengan bershopping sekejap di TESCO. Fuyyyooooo, besar kot TESCOnya dan lagi best daripada TESCO kat Ipoh ni.

Seriously guwa suka melihat mereka, sama padan walaupun tak sama tinggi, keh keh keh. Tu la orang kata jodoh, dulu menyampah kini menyayangi. Guwa doakan agar mereka akan bahagian sehingga ke akhir hayat hendaknya. Insyaallah.

NOTAJARIKAKI: Yanyan, khas untuk ko. Selamat menjamu mata ye. Itu pun kalau ko baca entry ni, keh keh keh.

pssst: nanti guwa upload ye, sebab internet slow sangat ni tak lepas kot upload, kui kui kui ^^


ADIOS
 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira