27 April 2013

Ramai Yang Tidak Percaya Kalau Saya Mengagumi Al-Quran - Cristiano Ronaldo

Assalamualaikum

Hello ladies dan gentlemen,

Morning, Selamat Pagi and Ohayo!

Hai abang sepak bola yang awesome lagi seksi gitu bila time training! Betul kan tengok ramai ja yang bersinglet dengan berseluar pendek bila buat latihan kesian tak cukup duit beli seluar panjang.

Harini gua nak share satu cerita tentang abang sepak bola yang hensem tambah dengan jambu gitu. Actually gua dapat sumber ini dari MYBERITA.

Cerita mengenai CRITIANO RONALDO yang sangat mengagumi AL-QURAN.



Meskipun beragama Katolik yang taat, Cristiano Ronaldo memberi perhatian terhadap umat Islam dan menyukai ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Cristiano Ronaldo lahir di Funchal, Madeira Portugal pada 5 Februari 1985.

Ronaldo boleh bermain diposisis sebagai pemain sayap kiri atau kanan serta penyerang tengah. Kini Ronaldo bermain untuk kelab di Sepanyol, Real Madrid dan untuk pasukan kebangsaan Portugal. Sebelum bermain untuk Real Madrid, dia pernah bermain di Sporting Lisbon dan Manchester United (MU).

Media Sepanyol ‘Marca’ melaporkan jika Ronaldo satu pasukan dengan Mesut Ozil, pemain muslim berasal dari jerman yang berdarah turki ini, memberi kesaksian bahawa Cristiano Ronaldo sudah menghafal huruf hijaiyah, dan juga sudah menghafal surah kegemarannya, iaitu surat Al-Fatihah.

Ronaldo membenarkan kesaksian dari Ozil, “Banyak yang tidak percaya kalau saya mengagumi Al-Quran, tapi memang begitulah kenyataannya, setiap Ozil membaca Al-Quran, saya sentiasa merasa damai, dan hati saya pun menjadi sejuk,” kata Ronaldo kepada Media Sepanyol.

Mesut Ozil juga mengesahkan kenyataan Ronaldo, “Cristiano Ronaldo selalu menunggu saya selesai Solat di bilik rehat, saya tahu dia ingin mendengar saya mengaji,” kata Ozil.
Cristiano Ronaldo berkata, “Saya sudah hafal Al-Fatihah, mungkin nanti saya akan minta diajarkan berwudhu, saya sangat gembira,” kata Ronaldo.

CR7 sangat senang mendengar Ozil membaca Al-Quran sebelum bertanding dan merasa yakin Real Madrid menang di pertandingan, jika sebelum perlawanan, Ozil membaca Al-Quran.

Untuk pengetahuan kome Mesut Ozil merupakan seorang yang beragama Islam dan setiap kali beliau memasuki padang beliau akan berdoa. Gua sangat terharu sebab tidak banyak player kita (MALAYSIA) seperti itu. Tapi tak tahu la kan sebab bukan gua nampak pun, huahuahua

Mungkin mereka dan mereka harus contohi sikap abang Ozil, auwwwww ^^

NOTAKECIK:
Tak sabar gua nak tunggu Worldcup ni, Go Go Ale Ale!!

0 Awesomelicious:

 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira