25 April 2013

Blossom Thursday #2 : Sentap!

Assalamualaikum

Happy blossom moody day!

Why? Because of them yang mengambil mood gua di hari Khamis yang indah ini. Erkkk, macam la gua
ni hebat sangat la sampai sesiapa tidak boleh menganggu mood gua kan. Nak buat macam mana dah
mak gua kasi nama gua PUTERI gua ulang sekali lagi PUTERI okey! That’s why tiada siapa yang boleh
menganggu mood gua termasuk MEREKA!

Eceh macam depa heran ja sama gua kan. Tapi ada gua heran deme heran ka tak?! Maka harini gua
lancarkan mongok tanpa bercakap!

Sebelum ini gua terkenal dengan perangai gila-gila tambah dengan muka tak reti malu tapi harini gua
hanya diam tanpa menunjukkan barisan gigi gua. Bila boss gua cakap gua angguk ja kalau perlu bercakap
gua cakap kalau tak gua diam ja dan buat muka serius.

Sama juga dengan orang yang menyebabkan gua rasa marah. Harini gua tak ada usik-usik mahupun
berkata HELLO dengan dia! Sebabnya hati gua terasa sangat semalam. (Padahal benda remeh ja)

Fine, memang gua jenis tak reti duduk diam dengan tak reti berhenti bersembang tapi tak payah la
nak buat muka serius kan dah la tu memalukan gua dengan ramai orang. Adeh, tebal betul muka gua
semalam dan tanda protes kembali gua hanya membatukan diri. Sampai bila entah gua pun tak pasti
sampai bila mungkin sampai hati gua benar-benar sejuk kembali.

Adakah gua ni macam budak-budak?Ttak matang? Sampaikan benda kecil pun gua nak terasa hati bagai
kan. Tapi nak buat macam mana udah gua terasa hati nak buat macam mana kan.

Masalahnya gua memang rasakan gua ni budak-budak sebabnya haritu gua hangout dengan bff gua
pergi tengok movie kan sekali mamat kat tepi counter tu minta ic kitaorng. Padahal gua beritahu dia
yang kitaorang dah tua pun kalau kahwin dah dapat 2-3 anak kot. Mamat tu still tak percaya at last
kitaorang kuarkan ic pun macam dia tak percaya yang kitaorang lahir pada tahun 1988 sebabnya
kitaorang mempunyai tubuh badan yang agak comel dan mungkin juga sebab dressing macam budak
sekolah-sekolah. Serius terasa malu la pula kan -.-‘

So conclusionnya harini gua nak sabotaj mereka! Lantak la apa yang berlaku gua tetap dengan pendirian
gua.

NOTAKECIK:



Kalau MEREKA buat gaya ala-ala GWIYOMI mungkin gua akan pertimbangankan kemarahan gua itu, kui
kui kui

0 Awesomelicious:

 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira