Hello kalian yang owesome!
Fuhhhh fuhhhh!! Kasi spray dengan air sikit kat skrin ni. Bukan apa rasa macam lama bebeno gua tak mengupdate blog sekali gua dengan berfacebooking. Nak buat macam mana broadband gua buat hal bila nak connect ja terus terputus memang gua akan memutuskan hubungan gua dengan ko la broadband maxis.
Dalam dua minggu gua tak update pelbagai hal yang suka-suka telah berlaku dalam hidup gua. Apa?! Kome cakap bukan penting pun gua pun story life ni. Of course la penting sebab gua tahu siapa yang selalu mengikuti gua. Ek eleh perasan hot pula kan.
Arghhhh, persetankan semua itu. 1stly gua bersyukur terlah Ilahi kerana gua dilimpahi nikmat yang tak mungkin gua dalam lupakan. Alhamdulillah buat pertama kalinya gua sudah ada harta sendiri atas titik peluh gua bekerja selama setahun. Eceh macam la gua kuat duit depositkan, kui kui kui
Apahkah itu?
Taraaaaa!!!
Viva Elite tapi bukan warna ni la kereta gua warna dark purple macam ala-ala warna myvi |
Gua pun tak tahu kenapa gua ambil kereta ni mungkin mak gua yang suruh kerana asyik balik kerja kena hujan. Dan mungkin sebab gua cemburu tengok kawan-kawan gua serta saudara-mara gua sudah berkereta. Tapi yang pasti ini adalah rezeki dari ALLAH sebab proses untuk membeli kereta ini sangat mudah tak sampai 2 weeks gua dah dapat kereta. Gua bersyukur.
2nd berita gembira gua dapat exam SPA untuk Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) dan gua yakin sesiapa yang memohon akan dipanggil untuk ambil test ini. Bagi gua ini adalah rezeki sebab buat pertama kalinya gua dipanggil untuk mengambil exam SPA sama ada gua dapat atau tidak gua berserah kepada Ilahi kerana gua yakin ALLAH itu akan membantu hambanya sekiranya kita berusaha dan tawakal kepada-Nya.
Berita yang ketiga gua dapat ahli keluarga baru!!! Boboi Boy!! Bukan nama dia boboi boy tapi abang gua dapat baby boy. Alhamdulillah sepasang anak abang aku dah, lepas ni boleh le stop kan, Hehehehe.
![]() |
Hensem kan anak saudara gua yang baru ni, berat dia 3 kg |
Bro sorry ek gua tiru sebab gua rasa nama itu sesuai untuk anak saudara gua semoga dia akan menjadi anak yang soleh dan ketua yang berwibawa bila dia besar kelak.
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah atas nikmat yang Engkau berikan kepada ku Ya ALLAH. Semoga Engkau rahmatilah kami semua ini. In Sha ALLAH
NOTAKECIK:
Esok mak gua check up, please pray for my mum semoga mak gua sihat dan semoga buah pinggang mak gua tak rosak.
2 Awesomelicious:
Wah2..dah beli kereta ek..
wahhh tahniahhhhh atas ketiga2 berita gembira yg diterima tu ya...
Post a Comment