23 March 2013

Personaliti Mengikut Jenis Darah : Eh Gua Darah B!

Assalamualaikum

Hello anda, anda dan anda semua.

Jangan risau gua tak update pasal giveaway dah. Gua udah cover untuk 1 minggu punya giveaway so this week gua tak payah nak updated pasal giveaway! Hehehe

Hari ini gua cuti dan ditambahkan cuaca yang ala-ala Korea kesejukkan disebabkan hujan membuatkan saraf-saraf dalam badan gua berasa malas untuk keluar dari rumah, malas nak pergi makan, malas nak pergi minum, malas nak pergi mandi tapi gua tak malas untuk tunai yang wajib ye.

Eleh macam gua tak tau ja kome nak kata gua malas nak sujud terhadap Ilahi kan kan kan. Eceh tak yah la emo gua gurau ja. Benda wajib perlu kita menunaikannya.

Tapi masalahnya gua TER rajin berblogwalking tadi menyebabkan gua malas nak kuar bilik! Disebabkan kerajinan untuk berblogwalking serta berfacebooking maka gua ternampak satu artikel mengenai jenis-jenis darah menentukan personaliti kita.

Ala dalam bahasa mudahnya sikap kita melalui jenis darah kita.


Untuk pengetahuan kome, darah gua jenis B maka ehem-ehem (terbatuk kecil) gua seorang yang sempoi lagi fleksibel tetapi gua juga seorang yang sederhana dan jujur. Malahan gua suka berterus-terang dan kadang kala gua kreatif. Bukan itu sahaja gua juga pandai bersosial tetapi masih tahu berdikari dan suka membuat kerja dengan cara gua sendiri.

Siap satu karangan! Kome rasa ada tak ciri-ciri tersebut kat dalam diri gua ni (?)

Disebabkan gua terlampau kreatif maka telah mengedit satu gambar ni.


Gambar ini merupakan gabungan gambar gua, bos gua serta kawan-kawan gua yang berhangout bersama-sama di Genting! Tapi gua jadi ala-ala kami ni Spiderman, hehehehe. Semuanya atas bumbung!

NOTAKECIK:
Gila la gua, updated secara gerila not stop dari tengah hari tadi -.-'

2 Awesomelicious:

Athirah said...

budak2 kelas saya selalu cakap pasal benda ni,,seronok gak, walaupun tak bleh percaya 100%, tapi kita jadi menerima dan tidak terlalu sensitif dengan orang... jadi lucu la pulak,,haha... saya budak berdarah B, betul gak sikit2 tu,,haha

Unknown said...

Memang le, sebab semua ni hanya la kajian semata-mata ;)

 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira