02 March 2013

Trip 1 Malaysia Pelbagai kaum!

Assalamualaikum

Hello gadis serta jejaka yang terhangat dipasaran!

Apa-apa, macam tak puas hati ni?!

Okey fine tahu la gua sudah lama tak update kan. Bukan gua tak nak update tapi masa tidak mengizinkan banyak benda gua kena buat ni. Tak cukup tangan, kaki gua gunakan. Guna pergi jalan-jalan, muahahaha.

Ek alah, jangan marah-marah nati tak cun macam Lisa Surihani kang atau tak kacak macam Abon. Kui kui kui.

Sorry sudah merepek meraban pula. Actuallt 28hb February kilang gua cuti ada stock check maka boss gua sudah plan mo bawa gua eh bukan gua tapi dept gua plus QA dengan PR join together pergi Bukit Tinggi dan Genting Highland!

Wahhhh, sangat teruja sebabnya gua tak pergi pun menjejakkan kaki kesana lagi. Kesian kan gua -.-'

Yang paling menariknya trip kami terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. Menarikkan.

Malas nak tulis panjang kome boleh usha ja picture dibawah ni ye (!)
Jangan terkejut gua masih di Malaysia, nama tempat ini adalah Calmos Tropical Bukit Tinggi, Pahang.
Abang Jeffrey dan Mani di Sungai Rejang Flame Ride. (Abang la sangat)
With Azrinn in Dinasourland! Time ni gua baru sentap dengan "Abang Jeffrey" duk komdem gua masa main SKYFALL.
Macam berada France kan?
4D movie, ingatkan kat outdoor ja ada rollercoaster rupanya dalam cinema 4D pun gua kena main benda tu gak! Damn.
Dinasourland yang tak ada apa2 pun.
Gua tertarik dengan kuda ni sebab ada lambang USM dihati gua!
Honestly gua sangat teruja berada disini!
Telaga wish!
Terukir sejarah kami berada disana 28.2.2013
Bas double tacker tapi tak boleh jalan, menci ar.

Permainan yang mencabar keimanan gua, Space shot!
Amacam seronok tak cuti mata dengan melihat gambar gua yang cun lagi jelita ni, kui kui kui.

Seriously sangat sangat sangat cantik dan teruja apabila gua berada disana. Muka gua tak habis tersenyum sampailah gua kembali pulang ke Ipoh. So boleh kome bayang kan?

NOTAKECIK:
Tak sia-sia gua tak pernah pergi sebab kali ni pergi ditaja hebat oleh boss gua. Terima kasih daun keladi boss, senang-senang belanja la lagi, keh keh keh

4 Awesomelicious:

Luqman Zakaria said...

space shot..sampai bile pon mmg xkn maen!

Ahlam Miera Shafie said...

bestttttnya p jalan2... dah lama teringin nak p bukit tinggi...

Unknown said...

@luqman zakaria best la, u should try sekali seumur hidup! hehee

Unknown said...

@Ahlam Miera Amirul Shafie sangat cantik! awok kena pergi baru tau best ke tak? ^^

 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira