04 November 2012

Gua Jadi Chef. Kenapa Tak Percaya Ka?

Assalamualaikum

Hello ladies and gentlemen yang budian sekalian.

Gua muncul lagi di hari ahad. Sebabnya hari ahad gua cuti, keh keh keh. Hari ini gua sangat rajin mengemas rumah dan memasak. Memasak? Hmmm, mungkin lebih sesuai menggunakan perkataan membakar kek!

Walaupun luaran gua ni tak la sesempurna gadis melayu terakhir tapi gua ada la gua sikit sifat kewanitaan tersembunyi okey.

Maka harini tercipta la sebuku kek yang bernama CAROT CHEESE CAKE ala-ala gua. Sedap kan namanya. Keh Keh Keh.

Actuaally gua pernah sekali buat carot cake tapi tidak menggunakan cheese sebaliknya mengguna minyak sayur dan cake gua yang dulu tu tak berapa nak menjadi. Mungkin sebab berat then terus kempis. Huk Huk Huk. Sedih juga la tapi mak gua pesan jangan give up sama seperti kita mencari pasangan yang sesuai. Jap ni sudah bab lain ni. -.-'

But for today, cake yang gua buat ni agak simple tapi sedap. Ecece puji diri sendiri pula kan. Gua dapat resipi ni masa gua buat rawatan resdung kat rumah pakcik saudara abang senior kat tempat kerja gua. Seriously mereka sangat mesra alam dan tidak sombong so dia suruh panggil diorang Pak Teh dan Mak Teh.

Resipi ini mak teh yang kasi yang merupakan isteri pak teh. See ada guna juga gua buat rawatan resdung yang sememangnya gua tak nak buat tapi kena paksa. Bak kata pepatah sambil menyelam minum air atau bahasa omputihnya 2 in 1. Rawatan dapat resipi pun gua dapat. ^^

Gua tak la kedekut ilmu maka sila la salin resipi ini kalau rasa nak cuba buat kek:

Bahan-bahan:

  1. Telur gred A - 6 biji
  2. Tepung kek - 350g
  3. Cheese - 1 ketul
  4. Butter - 1 1/2 ketul
  5. Essen vanilla - 1 sudu kecil
  6. Baking powder - 1 sudu kecil
  7. Gula - 400g
  8. Carot di parut ikut kesukaan masing2, kalau lagi banyak lagi sedap.
Cara-cara:
  1. Putarkan gula bersama telur bagi mengelakkan kek akan jatuh atau orang kata terbantut.
  2. Kemudian dengan menggunakan mangkuk lain, cheese dan butter diputar sehingga kembang.
  3. Carot dan tepung digaulkan terlebih dahulu untuk rata.
  4. Kemudian masukkan carot dan tepung diselang-seli dengan telur yang dicampur bersama gula.
  5. Masukkan essen vanilla dan baking powder.
  6. Selepas sebati masukkan kedalam loyang. Panaskan terlebih dahulu ketuhar kemudian masukkan bancuhan kedalam ketuhar.
  7. Setkan 170 C selama 45 minit.
Senang kan, semudah ABC ja. Apa lagi you all boleh la mencubanya okey! ^^

Taraaa! Ni la Carot Cheese Cake ala-ala gua, amacam terliur tak? ^^

NOTAJARIKAKI: Pasni mati la gua, mak dah sibuk2 suruh gua kahwin -.-'

ADIOS

0 Awesomelicious:

 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira