Assalamualaikum
CINTA itu satu anugerah diberikan kepada setiap manusia. Tapi bukan semua dapat CINTA seperti yang kita kehendakkan itu menjadi milik kita. Bak kata pepatah kita hanya mampu merancang tapi tuhan menentukan segalanya.
Ambil kau, begitu serius pembuka mukadimah harini. Apa-apa pun mak gua sudah bising suruh gua cepat kahwin. Gua pun sudah pening kepala, mungkinkah mak gua ingat untuk mencari calon suami itu seperti membeli ikan di pasar borong? Lai lai, sekilo 3 ringgit, manyak murah oi, amoi mari la beli. (imaginasi sendiri) -.-'
Namun gua masih percaya jodoh yang baik datangnya dari ALLAH. Dan gua juga percaya, ALLAH sudah tetapkan jodoh kepada setiap hambanya. Mungkin kau, kau, kau dan kau jodoh gua kan. (Sambil tonyok-tonyok tetikus)
Lagi satu Ustaz Azhar Idrus juga ada berkata, jodoh kita sudah ditetapkan semasa kita dalam kandungan ibu ketika 4 bulan. Maka relaks la mak, gua muda lagi kot. Tahun depan baru nak masuk 25 tahun bukan 52 tahun. Kasi chance la gua nak bersuka-ria dahulu kan.
NOTA KECIK:
Gua bukan memilih cukuplah si dia mampu membimbing gua serta membahagiakan gua sehingga ke Jannah. Insyaallah.
ADIOS
0 Awesomelicious:
Post a Comment