06 June 2012

Wordless Wednesday #4 - Pabila Boss Guwa Cuti Seminggu

Nak Menang Lomo <--- KLIK disini

Assalamualaikum

Hello si gadis dan teruna yang rupawan serta kacak.

Harini adalah hari yang sangat membosankan. Macam mana guwa tak bosan sebabnya guwa tak ada kerja nak buat di office. Melainkan kerja guwa pergi ke tandas 4 - 5 kali dan ke kantin 10m-20 kali untuk minum air di water cooller.

See bertapa bosannya hidup guwa seharian di office. Sebabnya boss guwa cuti seminggu kot. Membuatkan kaki guwa seperti diikat di kerusi pusing-pusing apabila boss guwa pesan.

"Puteri, kalau boleh meMAKSIMUMkan diri dalam office dan jangan tidur".

Itu lah amanat beliau sebelum beliau meninggalkan office dan pergi bercuti di India. Rugi betul, guwa lupa pesan suruh sampaikan salam sayang guwa kat Shah Rukh Khan. ^^

Disebabkan kata-kata boss guwa sentiasa berlegar-legar di fikiran maka guwa telah membuat "pendidikan seni" di dalam office guwa.

Taraaaa. Hasil tangan guwa. Cantikkan. Tak sangka berbakat juga tangan guwa ni. Keh Keh Keh.

Actually guwa buat 6 nama iaitu DAYAT, LIZA, JEFF, AIDA, EMMA dan PAAN. Sebabnya esok birthday kawan guwa yang bernama EMMA tapi PAAN pula adalah skandal beliau. Manakala LIZA dan DAYAT adalah rakan sekerja yang guwa paling rapat dan guwa pun ada terniat nak jodohkan mereka. JEFF officemate guwa merangkap orang yang selalu guwa kacau bila guwa tak ada kerja. AIDA plak tu nama guwa la.

Hebat tak guwa memanfaatkan masa lapang guwa.

NOTAJARIKAKI: Guwa juga hebat dalam menggunakan harta benda syarikat serta menjahanamkan dan juga menghabiskan apa-apa yang ada ditempat guwa.

ADIOS

0 Awesomelicious:

 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira