12 June 2012

Rutin Harian Guwa Yang Cukup Membosankan

Assalamualaikum

Hello kalian semua yang sedang berbahagia bersama pasangan masing2.

Rutin hidup guwa masih sama seperti hari-hari yang lepas (Isnin - Jumaat). Pukul6.30 a.m bangun pagi, terus mandi dan solat. Mak guwa akan buat secawan Nescafe 3 in 1 sebelum guwa berangkat pergi ke tempat kerja. Bila jam Gold Retro Casio guwa emnunjukkan pukul 7.30 a.m guwa akan salam tangan mak guwa serta kucup pipi kanan, kiri dan kanan balik bukan gigit-gigit telinga okey ^^.

Selepas tu guwa akan panaskan enjin motor dan mulakan perjalanan guwa yang memakan masa 15 minit ke tempat kerja guwa. Lebih kurang 7.45 a.m. kalau bawa motor seperti bersiar2 dan kalau guwa race dalam 7.40 a.m. guwa boleh sampai ditempat kerja guwa (sila jangan contohi tabiat yang kurang bagus ini).

Pukul8 a.m. akan bunyi loceng beratur dan pekerja yang terpilih akan mengikut giliran untuk membaca objektif dan sasaran syarikat. Setakat ni sudah 4 bulan guwa membanteng tulang di kilang ini masih belum kena turn guwa untuk baca benda alah tersebut. Padahal sebenarnya turn guwa 2 bulan lepas tapi guwa cuti so terlepas la. ^^

Lepas baca objektif dan sasaran syarikat kesayangan ku ni, setiap hari Isnin dikehendaki membersih meja kerja masing2. Macam biasa la guwa akan menjadi orang pertama kerana guwa hendak menjadi tauladan yang baik kepada BOS-BOS guwa. Pergh tak boleh blah kan.

Jadi guwa akan cuba menghabiskan masa2 lapang guwa dengan selambat yang mungkin kerana takut nanti menjelang petang tiada kerja untuk guwa. Syarikat guwa ni pelik sikit, kami ada rehat 3x. Rehat pertama pukul10 a.m. ~ 10.10 a.m manakala rehat kedua pukul 12.10 p.m ~ 12.50 p.m (hari Jumaat 12.20 p.m ~ 1.00 p.m) dan rehat ketiga pukul3 p.m ~ 3.10 p.m.

Bila rehat ja guwa mesti lepak dengan member guwa yang boleh guwa katakan sehidup tak semati la. Kami bagaikan kembar tapi berlainan usia sebabnya guwa lagi tua daripada dia tapi guwa lagi cun la. Keh Keh Keh.

Masa untuk solat HR tetapkan 20 minit tapi guwa akan ambil masa 30 minit. Sebab apa? 10minit adalah masa tidur guwa. Keh Keh Keh. Lagipun sunat kita tidur sebelum zohor dan selepas makan tenghari kan.

Bila pukul5, hormon keterujaan guwa terserlah sebab dah nak balik. Maka pukul5 guwa akan pergi surau solat asar supaya senang guwa nak tengok cerita cina di TV2 tanpa rasa was2 kerana tidak bersolat lagi.

Bila pukul5.30 p.m mesti guwa sudah mulakan operasi sport check iaitu check almari ISO, UBAT dengan FILE permit. Pastikan semua berkunci kemudian guwa akan mula menutup folder 1 demi 1 di computer riba guwa yang disediakan oleh syarikat.

Loceng akan berbunyi untuk waktu pulang 5.45 p.m dan guwa la orang pertama akan meninggalkan office kadang2 orang ketiga tapi kadang2 orang ke empat juga. ^^

Amacam bosankan life kerja guwa, kalau ada apa2 yang kena audit guwa akan kemas kini kalau tak ada guwa akan membuat kerja seni guwa.

Untunglah orang lain ada OVER TIME work tapi guwa kena buat kerja PART TIME work untuk cari side income. Apakah daya sudah suratan takdir guwa T.T

ADIOS

0 Awesomelicious:

 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira