Assalamualaikum
Selamat Malam Jumaat Semua!
Tahukah lu orang bahawasanya solat itu adalah tiang agama. Bila kita meninggal dunia di bawah sana nanti solat kita akan dihisap dan ditimbang sama ada banyak ka atau sikit amalan kita itu. Bagi guwa solat itu menenangkan jiwa dan alhamdulillah setiap kali guwa sujud kepada-Nya semua urusan guwa telah dipermudahkan.
Jadi dimanakah kesukarannya ajaran Islam ini? Dimana bebannya ajaran Islam ini?
Haisssshhh, kenapa tetiba juga bukak pasal isu ni. Okey kat tempat kerja guwa ada orang baru yang berasal dari Jepun dan tiada pegangan agama. Jadi dia tanya guwa kena agama lain boleh makan khinzir dan minum arak tapi kenapa Islam tak boleh?
Guwa jawab kat dia dengan senyuman "Islam have a rules that we can't eat or touch anythings yang tidak halal. And for me pork or alcohol have a bad effect for us expecially in your health, right?"
Mamat Jepun tu pun sengih ja la, lepas tu dia tanya guwa tak panas ka pakai tudung? Guwa pun jawab la, "In Islam all women must wear hijab because it is a compulsory, if we not wear hijab we get sin."
Sempat lagi guwa tanya, faham ka guwa cakap ni dah la english guwa kadang2 ke laut juga, Keh Keh Keh.
Tapi guwa sedih juga bila dia dapat bad influence mengenai Islam. Sebab dia ada beritahu guwa yang dia pergi penang and then dia nampak masjid dan nak masuk ke dalam tapi dihalang oleh "haji". Guwa tak tahu la haji mana kan tapi guwa explain kat dia yang orang bukan Islam boleh masuk di perkarangan masjid cuma kalau mahu masuk kedalam kena lah ada orang masjid temankan tapi itu mengikut pengetahuan guwa ja la. Lagi satu dia kata dia nampak rasa orang melayu pakai seksi masuk pub dan minum2.
Perghhh, ni turn guwa sengih pula. Guwa cakap la semua manusia tak sempurna tapi satu hari nanti dia akan dapat petunjuk dan hidayah dari Tuhan. Terkelip2 biji mata dia tak faham apa tiu "hidayah". Guwa pun sengih ja lepas tu guwa blah pergi solat asar.
Apa yang paling penting Islam itu tidak membebankan. Cuma guwa masih belum cukup ilmu nak terangakn kat dia lebih lanjut. Kadang2, kita tak boleh tunjukkan pengaruh buruk kepada orang bukan Islam lebih2 lagi dia bukan penduduk tempatan kerana dia tidak tahu budaya mahupun pegangan agama kita.
Guwa kasi nasihat ni untuk sama2 kita perbaikikan diri kita, sesungguhnya guwa juga tidak sempurna nak ilmu guwa juga cetek. Jadi kita sama2 saling mengingati okey.
ADIOS
Wajib beli apa di TikTok hari ni ?
1 day ago
0 Awesomelicious:
Post a Comment