15 May 2012

Guwa, Boss & Hacks

Assalamualaikum

Hye ladies & gentlemen.

Nak Menang Lomo! <----Klik disini

Wah, sempat lagi guwa promote kan, well guwa kan sangat pemurah maka guwa nak share hadiah bersama lu orang semua. ^^


Lu orang pernah makan gula-gula HACKS tak? Tahu tak disebalik maksud HACKS itu? Guwa rasa mungkin ada diantara kome yang tahu dan mungkin juga ada yang tidak tahu.

Kisah gula-gula HACKS ini timbul bila kawan kat tempat kerja guwa kasi guwa gula-gula tersebut. Secara automatik guwa teringat yang guwa pernah makan gula-gula tersebut semasa guwa ada training hari sabtu yang lepas.

Gula-gula itu untuk menghilangkan rasa mengatuk semasa training, company tersebut telah sediakan sebekas gula-gula pelbagai warna dan perisa. Mata guwa terus rambang, ate banyak beno gula-gulanya tak tahu nak pilih yang mana satu. Bila guwa pilih gula-gula HACKS terus otak guwa melayang-layang ke BBF guwa di USM dulu (ala2 kabus terus balik masa dahulu).

Terus guwa tersengih sorang-sorang. Lepastu guwa tanya kat boss guwa.

"Mr. Kumra, awak tahu maksud HACKS ni?". Dengan pantas beliau mengelengkan kepala menandakan yang dia tak tahu. Guwa dah agak dah, ate dia pun cam nerd semacam ja kan guwa tak rasa dia romantik2 dengan wife dia dulu2. Hebat tak guwa bermonolog dalam diri. Keh Keh Keh.

"HACKS ni bermaksud, ala malu la nak sebut", sambil tersengih2 gatal. Boss guwa dah buat muka pelik. Dengan rasa bertanggungjawab dan tebalnya kulit muka ni guwa dengan baik hatinya beritahu maksudnya.

"Maksudnya H-hanya, A-aku, C-cinta, K-kau dan S-seorang,"sambil tutup muka dengan tangan menahan malu. Okey guwa tipu ja, guwa beritahu sambil senyum2 ja la.

Maka itu la maksud HACKS yang kawan guwa beritahu. Mungkin selepas ni lu orang boleh kasi kat gf or bf gula-gula HACKS sebab besar maknanya tak payah nak kasi coklat cadbury ka bunga ka. Keh Keh Keh

NOTAJARIKAKI: To incit bakal hubby, guwa tak mo coklat ka or bunga ka okey. Guwa nak kereta MYVI sebijik boleh tak? LaLaLaLaLa ^^


ADIOS

0 Awesomelicious:

 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira