
Harini guwa cuti lagi sampai la hari isnin next week baru guwa start bekerja. Bila guwa tidak bekerja maka guwa ada kerja sampingan yang lain.
Nak tahu apakah kerja sampingan guwa tersebut. Okey kerjanya adalah mengemas rumah dan seangkatan dengannya. Fine, guwa tak kesah sebab benda itu small the piece la. Memang selalu guwa buat benda sejak guwa dari darjah 6 lagi.
Tapi masalahnya timbul, apabila ada raksasa kat rumah tu yang kerja malam dan baru balik pagi tadi kekurangan hormon telah menyebabkan mood guwa tersentap. Guwa yang sememang sejak azalinya tidak berapa gemar dengan bahan basah masak ni seperti ayam dan sebagainya, disuruh pula guwa membersih ayam yang mak guwa beli pagi tadi.
Padahal membersih ayam tu sememangnya kerja raksasa tu. Malahan sepatutnya dia yang masak pagi telah bertukar orang dengan mak dan guwa yang tolong pagi tadi. Jadi, apa kejadahnya raksasa tersebut nak marah2 guwa.
Agaknya kan raksasa itu memang pelik kan, suka2 ja nak marah2 guwa. Eeeee, kalau la guwa ada kuasa nak jadikan beliau seekor ayam yang huduh. Padan muka!
NOTAKAKI: Raksasa tersebut adalah kakak guwa, guwa rasakan kakak memang suka buli adik yang comel dan suci macam guwa kan.
ADIOS
2 Awesomelicious:
kak ana ke?? haha
siapa lagi yg ada kat umah itu selain dia, raksasa kuasa dua...hahaha ^^
Post a Comment