02 March 2012

Kerana Fixie, Rosak Keluarga Guwa

Assalamualaikum

Hello-hello kalian yang kacak dan jelita semua.


Guwa harini agak tekanan jiwa la. Pasai pa? Pasainya bukan kerana tempat kerja guwa tapi keadaan sekeliling guwa.

Lu tau tak sekarang ni trend budak layan fixie. Ala basikal yang ala2 basikal tua tu tapi dah diubahsuai la ikut selera remaja. Kiranya remaja sekarang duk gila binatang tu ja. Tidak terkecuali anak2 saudara guwa 3 ekor kat rumah ni.

Siang malam duk meroyan nak fixie, nak fixie, nak fixie. Sekali mak deme belikan, dah sorang lagi nak fixie, nak fixie, nak fixie. Tapi malang anak saudara guwa yang sorang ni, mak dia macam singa betina. Ate habis semua termasuk guwa, mak guwa, kakak guwa dan juga bapa guwa kena sebur dengan dia.

Tak paham la guwa dengan orang dewasa ni, anak dia minta kat bapak dia tetiba plak mak dia duk menyinga. Mesti lu konfiuskan tak paham cerita guwa.

Okey, 3 ekor kat rumah guwa ni adalah anak kakak2 guwa. Hakim si abang dan iskandar si adik adalah anak kakak guwa yang pertama kiranya mak guwa jaga deme sejak deme dilahirkan. Manakala si aiman anak kakak guwa yang kedua baru ja dipindah ke kampung atas sebab2 tertentu. Okey ada paham semua.

Berbalik kepada asal, makanya kerana fixie ni la keluarga guwa dilanda kekecohan. Sabar je la. Kakak guwa yang pertama memang sudah janji mo belikan kepada anak2nya kerana dapat keputusan yang agak cantik la masa UPSR dulu. So bagi guwa tu adalah habuan atas kerja keras deme la. Tapi yang kakak guwa yang macam singa betina tu duk histeria marah2 kakak guwa pertama tu sebab belikan untuk anak dia sekaligus akan mempengaruhi anak dia.

Masalahnya, anak dia tak mintak kat dia pun dan tidak guna sesen duit dia pun. So what the points nak marah2. Haiiii, susahnya mo jadi orang dewasa kan.

Senang2 nanti guwa dengan anak saudara yang baru lahir nanti main fixie ni. Habis cerita.

ADIOS

0 Awesomelicious:

 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira