29 April 2013

Monday Blues ~ Malas Gila Dowh!



Assalamualaikum

Happy Monday blues!


Mak ai sememangnya gua sangat malas nak bangun pagi pergi kerja. Bukan sebab gua buat kerja lebih masa pun semalam sebabnya gua rasa macam malas nak jejak kaki ke ofis.

Bukan apa gua malas la nak dengar bebelan orang sekeliling gua asyik cerita mengenali POLITIK. What keder???

Bukan bermaksud gua tidak mengambil berat cuma as a rakyat yang berfikiran cerdik lagi bijaksana kita boleh lihat dengan mata dan akal siapa yang akan berkawan dengan kita dan siapa yang akan melawan kita balik.

Bukan gua tak suka politik cuma please la not terlalu obsess sampai nak memburukkan sesama lain.
Jap berapa banyak gua guna perkataan bukan ek? Hehehe


Bila gua bukan ja FB, Twitter and blog semua mengenai POLITIK tapi tahukah anda pemimpin yang bagaimana yang sewajarkan kita jadikan idola dan pemimpin yang mana yang akan memimpin tangan kita untuk terus maju.

Gua malas nak belah mana-mana maka gua lihat siapa yang benar2 ikhlas dengan rakyat atau sebaliknya. Gua tahu kita hanya manusia biasa tidak terlepas daripada melakukan sesuatu perkara diluar jangka tapi gua percaya TUHAN melihat semua itu.

Sekiranya dahulu kita boleh bersatu mengapa kini gua tengok ramai sangat nak memporak perandakan Malaysia. If you think this country not good for u, fine you can move out from here! Ecece, macam gua ada kuasa veto pula kan.

Gua agak bengang la juga asyik nak mengkritik ja lebih tapi diri sendiri tak ada pun nak buat somethings yang berguna kepada negara. Bukan apa kalau kita buat baik punbukan semua orang akan sebarkan tapi kalau benda salah walaupun sebesar hama pun orang nampak.

Actually yang gua membebel ini bukan mengata sesiapa ini hanya pandangan gua sahaja tidak kena mengena dengan orang lain okey.

Oh ya gua stress dengan minah kudis gua berharap dia cepat-cepat la resign dari disini. Muahahaha. Terlari tajuk kejap.

NOTAKECIK:
Dup dup dup, nervous ni nak mengundi untuk pertama kali ni -.-‘

27 April 2013

Ramai Yang Tidak Percaya Kalau Saya Mengagumi Al-Quran - Cristiano Ronaldo

Assalamualaikum

Hello ladies dan gentlemen,

Morning, Selamat Pagi and Ohayo!

Hai abang sepak bola yang awesome lagi seksi gitu bila time training! Betul kan tengok ramai ja yang bersinglet dengan berseluar pendek bila buat latihan kesian tak cukup duit beli seluar panjang.

Harini gua nak share satu cerita tentang abang sepak bola yang hensem tambah dengan jambu gitu. Actually gua dapat sumber ini dari MYBERITA.

Cerita mengenai CRITIANO RONALDO yang sangat mengagumi AL-QURAN.



Meskipun beragama Katolik yang taat, Cristiano Ronaldo memberi perhatian terhadap umat Islam dan menyukai ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Cristiano Ronaldo lahir di Funchal, Madeira Portugal pada 5 Februari 1985.

Ronaldo boleh bermain diposisis sebagai pemain sayap kiri atau kanan serta penyerang tengah. Kini Ronaldo bermain untuk kelab di Sepanyol, Real Madrid dan untuk pasukan kebangsaan Portugal. Sebelum bermain untuk Real Madrid, dia pernah bermain di Sporting Lisbon dan Manchester United (MU).

Media Sepanyol ‘Marca’ melaporkan jika Ronaldo satu pasukan dengan Mesut Ozil, pemain muslim berasal dari jerman yang berdarah turki ini, memberi kesaksian bahawa Cristiano Ronaldo sudah menghafal huruf hijaiyah, dan juga sudah menghafal surah kegemarannya, iaitu surat Al-Fatihah.

Ronaldo membenarkan kesaksian dari Ozil, “Banyak yang tidak percaya kalau saya mengagumi Al-Quran, tapi memang begitulah kenyataannya, setiap Ozil membaca Al-Quran, saya sentiasa merasa damai, dan hati saya pun menjadi sejuk,” kata Ronaldo kepada Media Sepanyol.

Mesut Ozil juga mengesahkan kenyataan Ronaldo, “Cristiano Ronaldo selalu menunggu saya selesai Solat di bilik rehat, saya tahu dia ingin mendengar saya mengaji,” kata Ozil.
Cristiano Ronaldo berkata, “Saya sudah hafal Al-Fatihah, mungkin nanti saya akan minta diajarkan berwudhu, saya sangat gembira,” kata Ronaldo.

CR7 sangat senang mendengar Ozil membaca Al-Quran sebelum bertanding dan merasa yakin Real Madrid menang di pertandingan, jika sebelum perlawanan, Ozil membaca Al-Quran.

Untuk pengetahuan kome Mesut Ozil merupakan seorang yang beragama Islam dan setiap kali beliau memasuki padang beliau akan berdoa. Gua sangat terharu sebab tidak banyak player kita (MALAYSIA) seperti itu. Tapi tak tahu la kan sebab bukan gua nampak pun, huahuahua

Mungkin mereka dan mereka harus contohi sikap abang Ozil, auwwwww ^^

NOTAKECIK:
Tak sabar gua nak tunggu Worldcup ni, Go Go Ale Ale!!
 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira