26 April 2013

Tinggal 8 Hari Lagi Nak Mengundi!



Assalamualaikum

Hello reader [s]!

Salam penghulu hari, salam Jumaat.

Semoga di hari Jumaat ini kehidupan kalian dirahmati hendaknya.

Semalam kan gua agak touching dengan MEREKA kan (sila baca entry ini dulu), last-last gua yang kena pujuk diri gua sendiri. Maka gua buat GWIYOMI sendiri dengan menggunakan muka palsu.

Apa tu muka palsu. Sila lihat dibawah ye :


Gua kan tak berapa nak comel kalau gua buat muka ala-ala GWIYOMI ni confirm MEREKA pengsan 3 hari 3 malam, kui kui kui. Tapi bagus juga kan boleh gua bermaharajalela kat ofis ni, hehehe.

Penat ja semalam gua merajuk-rajuk tak nak bercakap bukan ada orang pujuk pun. Eceh budget gua ni orang penting la kan perlu ditegur setiap hari. Harus la kan, gua kan PUTERI! Gua repeat again I’m PRINCESS okey!

Bila gua tanya kenapa tak pujuk gua, dia cakap dia pun tak tahu apa yang dia buat sampai gua nak touching-touching. Tapikan memang betul pun gua sekadar terasa ja pun sebab dia macam memalukan gua padahal tak ada benda pun, hehehehe.

Ambik kau perangai sebenar gua sudah terserlah setelah setahun bekerja. Yes gua memang kuat merajuk that’s why boifren gua pun pening dengan gua. Ala bukan selalu pun tapi gua sentap-sentap kejap ja idak le lama sangat, hmmmm okey ikut pada situasi la juga bila nak cool down. Hehehe.

Sedar tak sedar minggu depan udah hari mengundi kome weyh! Nervous juga ni 1st time nak pergi mengundi macam mana la gamaknya ye. Adakah macam gua mengundi di zaman university dulu-dulu? Bagi ic mengundi pastu blah. Ermmm, tak apa la tunggu ja la next week apa yang akan terjadi.

Berbalik kepada hari mengundi, gua tak nafikan bermacam perkara telah berlaku di negara kita ini. Politik sana politik sini, tak habis dengan janji-janji manis pelbagai pihak tidak kira la Pembangkang mahupun Kerajaan. Bagi gua apa yang gua lihat didepan mata masing-masing ada kekurangan dan kelebihannya

Maka tidak boleh la nak menunjuk jari kat orang sini menunjuk jari kat sana tetapi sebaiknya perbaiki diri untuk menjadi seorang pemimpin yang adil dan baik. 

Well gua ni tak la membelah di mana-mana tapi gua mencari sesuatu yang mampu membuat kita as a rakyat rasa selamat dan tidak membeza-bezakan sesama orang lain. Jangan lupa rakyat sekarang sudah cerdik pandai dapat membezakan mana yang betul dan mana tidak.

Bersaing biar sihat mungkin orang tidak nampak tetapi ALLAH sentiasa memerhati setiap tindak tanduk kita. Apa-apa pun gua nak harga minyak dengan pasaran turun, ate udah pakai kereta ini kena le berjimat cermat.

NOTAKECIK:
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.


25 April 2013

Blossom Thursday #2 : Sentap!

Assalamualaikum

Happy blossom moody day!

Why? Because of them yang mengambil mood gua di hari Khamis yang indah ini. Erkkk, macam la gua
ni hebat sangat la sampai sesiapa tidak boleh menganggu mood gua kan. Nak buat macam mana dah
mak gua kasi nama gua PUTERI gua ulang sekali lagi PUTERI okey! That’s why tiada siapa yang boleh
menganggu mood gua termasuk MEREKA!

Eceh macam depa heran ja sama gua kan. Tapi ada gua heran deme heran ka tak?! Maka harini gua
lancarkan mongok tanpa bercakap!

Sebelum ini gua terkenal dengan perangai gila-gila tambah dengan muka tak reti malu tapi harini gua
hanya diam tanpa menunjukkan barisan gigi gua. Bila boss gua cakap gua angguk ja kalau perlu bercakap
gua cakap kalau tak gua diam ja dan buat muka serius.

Sama juga dengan orang yang menyebabkan gua rasa marah. Harini gua tak ada usik-usik mahupun
berkata HELLO dengan dia! Sebabnya hati gua terasa sangat semalam. (Padahal benda remeh ja)

Fine, memang gua jenis tak reti duduk diam dengan tak reti berhenti bersembang tapi tak payah la
nak buat muka serius kan dah la tu memalukan gua dengan ramai orang. Adeh, tebal betul muka gua
semalam dan tanda protes kembali gua hanya membatukan diri. Sampai bila entah gua pun tak pasti
sampai bila mungkin sampai hati gua benar-benar sejuk kembali.

Adakah gua ni macam budak-budak?Ttak matang? Sampaikan benda kecil pun gua nak terasa hati bagai
kan. Tapi nak buat macam mana udah gua terasa hati nak buat macam mana kan.

Masalahnya gua memang rasakan gua ni budak-budak sebabnya haritu gua hangout dengan bff gua
pergi tengok movie kan sekali mamat kat tepi counter tu minta ic kitaorng. Padahal gua beritahu dia
yang kitaorang dah tua pun kalau kahwin dah dapat 2-3 anak kot. Mamat tu still tak percaya at last
kitaorang kuarkan ic pun macam dia tak percaya yang kitaorang lahir pada tahun 1988 sebabnya
kitaorang mempunyai tubuh badan yang agak comel dan mungkin juga sebab dressing macam budak
sekolah-sekolah. Serius terasa malu la pula kan -.-‘

So conclusionnya harini gua nak sabotaj mereka! Lantak la apa yang berlaku gua tetap dengan pendirian
gua.

NOTAKECIK:



Kalau MEREKA buat gaya ala-ala GWIYOMI mungkin gua akan pertimbangankan kemarahan gua itu, kui
kui kui
 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira