21 April 2013

Alhamdulillah Syukur Atas Nikmat Mu Ya ALLAH

Assalamualaikum

Hello kalian yang owesome!

Fuhhhh fuhhhh!! Kasi spray dengan air sikit kat skrin ni. Bukan apa rasa macam lama bebeno gua tak mengupdate blog sekali gua dengan berfacebooking. Nak buat macam mana broadband gua buat hal bila nak connect ja terus terputus memang gua akan memutuskan hubungan gua dengan ko la broadband maxis.

Dalam dua minggu gua tak update pelbagai hal yang suka-suka telah berlaku dalam hidup gua. Apa?! Kome cakap bukan penting pun gua pun story life ni. Of course la penting sebab gua tahu siapa yang selalu mengikuti gua. Ek eleh perasan hot pula kan.

Arghhhh, persetankan semua itu. 1stly gua bersyukur terlah Ilahi kerana gua dilimpahi nikmat yang tak mungkin gua dalam lupakan. Alhamdulillah buat pertama kalinya gua sudah ada harta sendiri atas titik peluh gua bekerja selama setahun. Eceh macam la gua kuat duit depositkan, kui kui kui

Apahkah itu?

Taraaaaa!!!

Viva Elite tapi bukan warna ni la kereta gua warna dark purple macam ala-ala warna myvi
Usia kereta gua baru seminggu jadi kiranya baby lagi la ni. Gua kasi nama baby gua ni "VIVI" sedapkan selembut tuan punya kereta ni, keh keh keh

Gua pun tak tahu kenapa gua ambil kereta ni mungkin mak gua yang suruh kerana asyik balik kerja kena hujan. Dan mungkin sebab gua cemburu tengok kawan-kawan gua serta saudara-mara gua sudah berkereta. Tapi yang pasti ini adalah rezeki dari ALLAH sebab proses untuk membeli kereta ini sangat mudah tak sampai 2 weeks gua dah dapat kereta. Gua bersyukur.

2nd berita gembira gua dapat exam SPA untuk Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) dan gua yakin sesiapa yang memohon akan dipanggil untuk ambil test ini. Bagi gua ini adalah rezeki sebab buat pertama kalinya gua dipanggil untuk mengambil exam SPA sama ada gua dapat atau tidak gua berserah kepada Ilahi kerana gua yakin ALLAH itu akan membantu hambanya sekiranya kita berusaha dan tawakal kepada-Nya.

Berita yang ketiga gua dapat ahli keluarga baru!!! Boboi Boy!! Bukan nama dia boboi boy tapi abang gua dapat baby boy. Alhamdulillah sepasang anak abang aku dah, lepas ni boleh le stop kan, Hehehehe.

Hensem kan anak saudara gua yang baru ni, berat dia 3 kg
Yang paling best gua yang menamakan nama lelaki beliau. Sebelum ni anak 1st abang, gua yang bagi nama "PUTERI QASEH AMANI" then yang kedua ni "MEGAT ADAM QHALIFF". Okey gua tahu kome mesti nak kata gua tiru nama anak bro Ben kan, tapi memang betul pun, kui kui kui.

Bro sorry ek gua tiru sebab gua rasa nama itu sesuai untuk anak saudara gua semoga dia akan menjadi anak yang soleh dan ketua yang berwibawa bila dia besar kelak.

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah atas nikmat yang Engkau berikan kepada ku Ya ALLAH. Semoga Engkau rahmatilah kami semua ini. In Sha ALLAH

NOTAKECIK:
Esok mak gua check up, please pray for my mum semoga mak gua sihat dan semoga buah pinggang mak gua tak rosak.


04 April 2013

Blossom Thursday : Training Day!



Assalamualaikum

Happy Blossom Thursday,Weeeee!


Kenapa ada “weee”, sebab kata hati berbunga-bunga kan, hehehehe.

Sekejap ja sudah hari Khamis kan, gua macam terasa masih di hari pertunangan cousin gua ja di hari Sabtu.  Mungkin last week gua terover busy plus pura-pura busy. Hehehehe

Hola mau cerita la ni apa yang gua busy sangat ni.

Hari Rabu dan Khamis (27 & 28 Mac) gua terlibat dalam latihan Emergency Response Team. Kiranya dalam latihan tersebut gua dilatih cara menggunakan fire extinguisher dan hose bomba.

Of course la gua sangat excited sebab dulu-dulu fire drill masa kat USM 3 tahun gua tak pernah turun dan gua tak tahu apa yang gua perlu buat if ada kebakaran. Jangan beritahu kat VC gua tau, hehehe

Actually gua tak wajib untuk menghadirinya kiranya hanya observation ja cuma memerhati lepastu gua boleh caoi. Masalahnya trainer tu sangat la sporting menyebabkan gua berasa teruja untuk turut serta. Jap trainer tu dah tua pun dan berbangsa India tapi beliau mampu menarik minat gua mungkin kerana gua pernah bercita-cita menjadi Bomba pada suatu dahulu.

Boss gua pun mengalakkan dan gua tengok dia pun macam tak nak mencaoikan diri maka gua pun stay until training finished.

Pada gua latihan begini sangat berguna sekiranya ada apa-apa kes kecemasan. Bukan tertakluk kepada kebakaran di tempat kerja tapi sekiranya berlaku di rumah at least kita tahu langkah-langkah keselamatan dan apa tindakan yang perlu kita ambil.

Apa yang membuatkan gua bertambah teruja gua diberikan peluang untuk mengulung hose dan memadam api dengan menggunakan fire extinguisher. Gila berat hose  dengan fire extinguisher tu kunun-kunun hebat la kan nak angkat sendiri sekali beratnya sama dengan berat gua, okey tipu ja. Bahang api jangan kata la cair makeup gua tau!
Berat okey, berurat sudah tangan gua.

Binatang ni pun berat dan sangat ketat untuk menekannya untuk kuarkan asap tuh!

Dulu masa gua active dalam NAVY memang kami ada diberikan peluang tapi gua agak sukar mendapat peluang tersebut sebab gua bukan jenis yang suka exposekan diri maka gua tak dapat la. Bak kata orang guakan pemalu, aiii choi!

Bukan itu sahaja kami semua diberi latihan bagaimana untuk pengusir andari kilang sekiranya ada kebakaran atau kecemasan berlaku. Serius memang lawak gila gua tengok SIC (Site Incident Controller) atau bahasa lainnya macam penolong la. Kiranya beliau kena sampaikan matlumat kepada ketua dalam kadar pantas tanpa menggunakan ayat yang panjang. Tapi masalahnya beliau yang sangat dikenali dengan gelaran MAT SKEMA membuat lawak dengan bahasa bunga-bunga membuatkan gua ketawa terguling-guling sebentar. Gua tahu kome tak dapat nak bayangkan. Tak apa biar la gua sahaja yang tahu, hehehehe.

Gua sangat berdedikasi dalam menjalankan tugas! hehehe
Ini la members dalam group gua, GROUP 2!
Get ready untuk latihan pengusiran dari kilang.
Gua tak curik tulang okey, terbukti gua buat kerja.
Ni la mangsa yang cedara di kepala dan kaki tapi dialah mangsa yang hensem! Tercair kejap, hehehe
Paling best bila main-main air, seronok! Tetapi malangnya gua ditugaskan untuk merekod setiap kejadian so hanya boleh tengok ja la, huhuhuhu.
Perangai sebenar gua sudah terserlah gila camera!

Macam terpanjang pula entry kali ni, baiklah gua sudahi dengan selamat malam gua coai dulu.

NOTAKECILTERTINGGAL:
Gua touching dengan boss dengan officemate gua, maka gua boikot hanya bercakap dengan mereka tidak melebihi daripada 10 perkataan sahaja.
 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira