11 February 2013

Hadiah Gong Xi Fa Cai

Assalamualaikum

Selamat pagi! Selamat hari Isnin! & Selamat Tahun Baru Cina kepada amoi yang cun serta apek yang segak.

Gua rasa masih tidak terlambatkan lagi untuk gua wish Gong Xi Fa Cai dekat Aaron Kwok dan Andy Lau. Amboi ambik kau artis semua kawan gua kan, keh keh keh.

Gua melawak ja, cepat gelak. Actually gua tak la ramai kawan yang berbangsa Cina tapi gua dapat buah limau dari kilang gua dan juga amoi cantik serta apek kacak. Terima kasih ye.

Mungkin juga habis cuti ini gua akan menjalankan operasi meminta angpau dari kawan-kawan gua di kilang nanti, hehehe.

Disebalik menyambut tahun baru ini gua juga turut mendapat luck. Kenapa? Kerana gua dapat giveaway daripada Nabila Medan yang merupakan printed shawl. Wah, suka suka suka!

Gua tak la buat entry, just komen kat pages beliau "NabilaMedan Punye blogspot" and my luck i get it! So easy right like ABC ^^

Kenapa tak percaya? Fine ini bukti okey.

Sila klik pada gambar untuk nampak dengan lebih jelas.
Terang lagi bersuluh, nama gua dan printed shawl!
Nampak kan, gua tak bohongkan. Lagipun membohong itu berdosa. Berdosa nanti masuk api neraka.

NOTAKECIK:
Bertambah lagi la koleksi tudung gua, alamatnya meroyan la mak gua tengok lepas ni, kui kui kui
Gong Hei! Gong Hei!

05 February 2013

1st Time Gua Ambil MC

Assalamualaikum

Happy Tuesday you all!

Harini gua MC, 1st time tuhhh. Tu la orang dulu-dulu ada mengatakan kita hanya mampu merancang tetapi tuhan yang menentukan.

Kenapa? Kerana sepatutnya gua nak ambik cuti harini tapi boss gua suruh cuti hari isnin iaitu semalam. So gua tak la kesah sangat pun lagipun gua kerja hari sabtu. At least ada la sehari gua rest kan.Tapi last-last gua MC harini.

So semalam gua memang ambik cuti sebab nak tampal gigi gua yang banyak sangat berlubang ni. Fuhhh sekali doctor tu kata gigi gua sudah rosak then kena operation gigi naik lembik lutut gua rasanya. Termenung seketika gua -.-'

Sampaikan kakak gua perasan pastu gua cerita la sekali kakak gua gelak terbahak-bahak. Beliau kata gua buat lawak. Hello gua serius okey gua kena operation gigi. Gila tak kecut perut gua ni!

Rupanya kakak gua cakap just cabut ja cuma kena xray kot sebab gigi atas yang rosak. Idak le kena operation macam dalam tv tu yang ada 4-5 orang asst. doctor duk pegang2 gua kan. Hehehe.

Bagi menghilangkan kegusaran hati gua kuar dengan BFF gua iaitu YATT. Kitaorang ronggeng2 pergi AEON Staion 18 tengok movie. Niat hati nak tengok JUVANA sekali tak ado la pulok. Last2 tengok "Hansel & Gretel : Witch Hunters"

Yang paling hampeh bila casher tersebut memberitahu kat gua dengan kawan gua.
" Dua tiket Hansel & Gretel : Witch Hunters, 18 tahun keatas ye," kata beliau.
Gua pandang dia kecil-besar kecil-besar ja. Hello gua sudah 25 tahun okey!


Gila best cerita ni tapi yang tak bestnya ada orang buat wayang dalam wayang! Menganggu kefokusan gua. Tapi sedih sebab gelfen Hansel dia mati demi menyelamatkan beliau. Apa-apa cerita okey la, kiranya tak membazirkan duit gua.

Lepas tengok movie apa lagi window shopping niat hati nak beli kasut tapi malang sungguh semuanya tak ada size! Menci menci menci ahhh! Kawan gua cadangnya sudah gua potong sikit jari kaki. Tak kelakarpun kan.

Berbalik kepada gua MC arini kerana gua demam. Kenapa gua demam sebab semalam gua kuar naik motor then hujan. Maka itu la cerita sebenarnya.

NOTAKECIK:
Boss sorry ye, gua tak sengaja jangan marah gua ye. Kalau nak marah, marah kat demam ni sebab buatkan gua demam -.-'


 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira