05 February 2013

1st Time Gua Ambil MC

Assalamualaikum

Happy Tuesday you all!

Harini gua MC, 1st time tuhhh. Tu la orang dulu-dulu ada mengatakan kita hanya mampu merancang tetapi tuhan yang menentukan.

Kenapa? Kerana sepatutnya gua nak ambik cuti harini tapi boss gua suruh cuti hari isnin iaitu semalam. So gua tak la kesah sangat pun lagipun gua kerja hari sabtu. At least ada la sehari gua rest kan.Tapi last-last gua MC harini.

So semalam gua memang ambik cuti sebab nak tampal gigi gua yang banyak sangat berlubang ni. Fuhhh sekali doctor tu kata gigi gua sudah rosak then kena operation gigi naik lembik lutut gua rasanya. Termenung seketika gua -.-'

Sampaikan kakak gua perasan pastu gua cerita la sekali kakak gua gelak terbahak-bahak. Beliau kata gua buat lawak. Hello gua serius okey gua kena operation gigi. Gila tak kecut perut gua ni!

Rupanya kakak gua cakap just cabut ja cuma kena xray kot sebab gigi atas yang rosak. Idak le kena operation macam dalam tv tu yang ada 4-5 orang asst. doctor duk pegang2 gua kan. Hehehe.

Bagi menghilangkan kegusaran hati gua kuar dengan BFF gua iaitu YATT. Kitaorang ronggeng2 pergi AEON Staion 18 tengok movie. Niat hati nak tengok JUVANA sekali tak ado la pulok. Last2 tengok "Hansel & Gretel : Witch Hunters"

Yang paling hampeh bila casher tersebut memberitahu kat gua dengan kawan gua.
" Dua tiket Hansel & Gretel : Witch Hunters, 18 tahun keatas ye," kata beliau.
Gua pandang dia kecil-besar kecil-besar ja. Hello gua sudah 25 tahun okey!


Gila best cerita ni tapi yang tak bestnya ada orang buat wayang dalam wayang! Menganggu kefokusan gua. Tapi sedih sebab gelfen Hansel dia mati demi menyelamatkan beliau. Apa-apa cerita okey la, kiranya tak membazirkan duit gua.

Lepas tengok movie apa lagi window shopping niat hati nak beli kasut tapi malang sungguh semuanya tak ada size! Menci menci menci ahhh! Kawan gua cadangnya sudah gua potong sikit jari kaki. Tak kelakarpun kan.

Berbalik kepada gua MC arini kerana gua demam. Kenapa gua demam sebab semalam gua kuar naik motor then hujan. Maka itu la cerita sebenarnya.

NOTAKECIK:
Boss sorry ye, gua tak sengaja jangan marah gua ye. Kalau nak marah, marah kat demam ni sebab buatkan gua demam -.-'


8 Awesomelicious:

sherotpetot said...

semoga cepat sembuh dear :)

Anonymous said...

salam. jom join contest di blog saya :) senang je, tak perlu buat entry bagai, tak perlu syarat follow., cuma like page Evotopup je. them post gambar anda bertemakan topup. :D hadiah adalah lumayan

Sya Chot .. said...

awet muda la katakn,tu casher kata macam tu..dia tak caya dah 25..hee :)

Unknown said...

@sherotpetot Thanks dear ^^

Unknown said...

@Sya Chot .. Tu la gua rasa dia rabun warna kot, keh keh keh

Unknown said...

@the tempo of life In sha ALLAH, anyway thanks datang ke blog gua ^^

Ahlam Miera Shafie said...

antara sakit yg plng sakit ialah sakit gigi... huhuhu tapi sy belum rasainya lg...wawawawa btw moga cepat sembuh kawan...

arghhh... jeles sy pn nk g tgok jgk cerita 2... huhuhu

Unknown said...

@Ahlam Miera Amirul Shafie kan kan, thanks dear. Sudah sihat pun skrg ni ^^

 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira