Assalamualaikum
Hello anda-anda yang bergembira di hari Rabu.
Mungkin lu bahagia serta ceria pada harini tapi bukan guwa la. Serious sangat jelous. Tak tahu la nak kata apa dah. Mungkin guwa ni terlampau busy body dengan hal orang kan.
Okey la meh sini guwa story-mory sikit.
Kesah ini berlaku beberapa hari yang lepas (sambil bunyi sound effect suspen dan berulang pada tarikh kejadian).
Guwa: Hai MAMAT (bukan nama sebenar. Dengan gaya manja, apa ingat guwa tak manja ka)
Mamat: Hai.
Guwa: Free ka? Tak ada kerja ka? (sambil pergi ke tempat beliau).
Mamat: Sat lagi. Kenapa?
Guwa: Oooo. Beb, ko sudah ada awek ka?
Mamat: Ko rasa?
Guwa: Mana la aku tau, kalau aku tau aku tak tanya ko la (dalam hati sudah terdetik nak maki beliau).
Mamat: Dah tentu la aku tak ada awek. Kenapa?
Guwa: Bagus la. Kalau aku nak kenalkan kakt ko kawan aku mo ka?
Mamat: (Sengih macam kerang busuk).
Guwa: Aku suh ko jawab bukan senyum.
Mamat: (Sengih lagi)
Guwa: Adoi parah la ko ni.
Beberapa hari selepas guwa bertanya tentang soal perasan dengan beliau, guwa pun menjalankan strategi untuk couplekan mamat ni dengan kawan baik guwa.
Guwa: Hai sibuk ka? (dari tempat duduk guwa)
Mamat: Tak adalah kenapa?
Guwa: Nah ambil lah (pergi ke tempat duduk beliau sambil memberi no fon)
Mamat: Apa ni? (sambil menahan malu yang teramat)
Guwa: Nanti ko telefon la tau tak pun msg pun boleh (sambil senyum-senyum)
Mamat: Hah, sudah pukul 10 rehat. (sambil menunjuk jam di PC nya dan bangun berlalu dari tempat duduknya).
Guwa: (Terpinga dan tersengih).
Guwa ingatkan benda ni akan menjadi lah, sekali hati guwa pula yang terdetik rasa serba salah. Tanpa membuang masa guwa terus tanya kat best friends mamat ni. Lepas ja kawan dia kata macam tu, hati guwa bertambah rasa serba salah yang teramat sangat.
Dengan rasa sangat bersalah guwa minta maaf dengan mamat tersebut. Nasib baik dia okey ja tapi hati guwa still rasa bersalah sebabnya dia dengan guwa sekarang ni sudah tak mesra macam dulu. Huhuhu.
Guwa tahu mamat ni seorang lelaki yang baik sebab tu guwa nak carikan wanita yang baik macam kawan guwa tu. Hati guwa mula tersentuh bila kawan baik dia berkata yang mamat ni kata dia bukan tak mahu mencari Cuma masih tak cukup ilmu lagipun dia masih belum bersedia nak ada awek2 ni.
Amboi sangat memberikan kominted dalam sesebuah perhubungan. Sejujurnya guwa rasa siapa yang menjadi pasangannya mesti sangat sangat bertuah sebabnya dia ni dah la tak pernah couple. Suci dari debu kot. Keh Keh Keh.
Jadi kesimpulannya, cinta itu tak boleh dipaksa dan ia datang sendiri tanpa di duga. Mungkin juga guwa sudah jatuh cinta. TEETTTTT.
NOTA KECIL:
Awok, saya minta maaf okey. Jangan la tak layan saya cakap dah, siapa lagi saya nak buli kalau bukan awok. Saya tahu la saya ni banyak mulut lepas tu nakal harap awok tak kecil hati okey. Meh sini saya belanja awok aiskrim nak tak? (sambil buat muka comel).
NOTAJARIKAKI: Ecece buat nota kecil macam la dia baca blog ni, padahal FB pun dia x add aku lagi =.=’
ADIOS









