06 June 2012

Wordless Wednesday #4 - Pabila Boss Guwa Cuti Seminggu

Nak Menang Lomo <--- KLIK disini

Assalamualaikum

Hello si gadis dan teruna yang rupawan serta kacak.

Harini adalah hari yang sangat membosankan. Macam mana guwa tak bosan sebabnya guwa tak ada kerja nak buat di office. Melainkan kerja guwa pergi ke tandas 4 - 5 kali dan ke kantin 10m-20 kali untuk minum air di water cooller.

See bertapa bosannya hidup guwa seharian di office. Sebabnya boss guwa cuti seminggu kot. Membuatkan kaki guwa seperti diikat di kerusi pusing-pusing apabila boss guwa pesan.

"Puteri, kalau boleh meMAKSIMUMkan diri dalam office dan jangan tidur".

Itu lah amanat beliau sebelum beliau meninggalkan office dan pergi bercuti di India. Rugi betul, guwa lupa pesan suruh sampaikan salam sayang guwa kat Shah Rukh Khan. ^^

Disebabkan kata-kata boss guwa sentiasa berlegar-legar di fikiran maka guwa telah membuat "pendidikan seni" di dalam office guwa.

Taraaaa. Hasil tangan guwa. Cantikkan. Tak sangka berbakat juga tangan guwa ni. Keh Keh Keh.

Actually guwa buat 6 nama iaitu DAYAT, LIZA, JEFF, AIDA, EMMA dan PAAN. Sebabnya esok birthday kawan guwa yang bernama EMMA tapi PAAN pula adalah skandal beliau. Manakala LIZA dan DAYAT adalah rakan sekerja yang guwa paling rapat dan guwa pun ada terniat nak jodohkan mereka. JEFF officemate guwa merangkap orang yang selalu guwa kacau bila guwa tak ada kerja. AIDA plak tu nama guwa la.

Hebat tak guwa memanfaatkan masa lapang guwa.

NOTAJARIKAKI: Guwa juga hebat dalam menggunakan harta benda syarikat serta menjahanamkan dan juga menghabiskan apa-apa yang ada ditempat guwa.

ADIOS

04 June 2012

Kecil-kecil Cili Api

Nak Menang Lomo! <----- KLIK disini

Assalamualaikum

Hello kalian semua.

Harini hari Isnin, mata guwa seperti sudah di gam dengan gam cap gajah membuatkan mata guwa sangat susah untuk dibuka untuk bangun pagi tadi. Lebih2 lagi guwa frust dengan versus bila Black & Parallax kalah.

Tapi bila guwa teringat balik yang guwa ni terlalu banyak hutang yang perlu dibayar sepantas kilat guwa terjun dari katil terus ke bilik air untuk bersihkan diri.

Hmmmm. Sekejap ja sudah masuk hari Isnin dan bulan Jun. Macam baru semalam ja guwa lapor diri untul 1st day ke kerja. Adoi sangat malas bila terfikirkan tentang kerja.

Just forget it for a few minute okey. Actually last saturday, abang guwa telah buat kenduri kesyukuran plus kenduri naik buai anak gadisnya iaitu Puteri Qaseh Amani. Mak ai, budak ni sangat nakal. Sepatutnya dia kena masuk buai kan lepastu ada orang mengaji dan menyanyi lagu2 zikir tapi tak sampai 10 minit dalam buai budak kecik ni nagis nak minum susu padahal baru ja minum susu ibunya. Sabar ja la. Nak pakai baju amatlah susah padahal badannya kecik tapi tulang dia keras selali dia tendang ibu dia. Nasib baik la dia ni baby.

Alhamdulillah majlis semuanya berjalan dengan lancar. Semoga selepas ni, segala urusan keluarga abang guwa akan dipermudahkan hendaknya.

Nampaknya ja kecik tapi suaranya mengalahkan Ning Baizura bila menangis =.='

ADIOS
 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira