03 May 2012

Islam Itu Tidak Membebankan

Assalamualaikum

Selamat Malam Jumaat Semua!

Tahukah lu orang bahawasanya solat itu adalah tiang agama. Bila kita meninggal dunia di bawah sana nanti solat kita akan dihisap dan ditimbang sama ada banyak ka atau sikit amalan kita itu. Bagi guwa solat itu menenangkan jiwa dan alhamdulillah setiap kali guwa sujud kepada-Nya semua urusan guwa telah dipermudahkan.

Jadi dimanakah kesukarannya ajaran Islam ini? Dimana bebannya ajaran Islam ini?

Haisssshhh, kenapa tetiba juga bukak pasal isu ni. Okey kat tempat kerja guwa ada orang baru yang berasal dari Jepun dan tiada pegangan agama. Jadi dia tanya guwa kena agama lain boleh makan khinzir dan minum arak tapi kenapa Islam tak boleh?

Guwa jawab kat dia dengan senyuman "Islam have a rules that we can't eat or touch anythings yang tidak halal. And for me pork or alcohol have a bad effect for us expecially in your health, right?"

Mamat Jepun tu pun sengih ja la, lepas tu dia tanya guwa tak panas ka pakai tudung? Guwa pun jawab la, "In Islam all women must wear hijab because it is a compulsory, if we not wear hijab we get sin."

Sempat lagi guwa tanya, faham ka guwa cakap ni dah la english guwa kadang2 ke laut juga, Keh Keh Keh.

Tapi guwa sedih juga bila dia dapat bad influence mengenai Islam. Sebab dia ada beritahu guwa yang dia pergi penang and then dia nampak masjid dan nak masuk ke dalam tapi dihalang oleh "haji". Guwa tak tahu la haji mana kan tapi guwa explain kat dia yang orang bukan Islam boleh masuk di perkarangan masjid cuma kalau mahu masuk kedalam kena lah ada orang masjid temankan tapi itu mengikut pengetahuan guwa ja la. Lagi satu dia kata dia nampak rasa orang melayu pakai seksi masuk pub dan minum2.

Perghhh, ni turn guwa sengih pula. Guwa cakap la semua manusia tak sempurna tapi satu hari nanti dia akan dapat petunjuk dan hidayah dari Tuhan. Terkelip2 biji mata dia tak faham apa tiu "hidayah". Guwa pun sengih ja lepas tu guwa blah pergi solat asar.

Apa yang paling penting Islam itu tidak membebankan. Cuma guwa masih belum cukup ilmu nak terangakn kat dia lebih lanjut. Kadang2, kita tak boleh tunjukkan pengaruh buruk kepada orang bukan Islam lebih2 lagi dia bukan penduduk tempatan kerana dia tidak tahu budaya mahupun pegangan agama kita.

Guwa kasi nasihat ni untuk sama2 kita perbaikikan diri kita, sesungguhnya guwa juga tidak sempurna nak ilmu guwa juga cetek. Jadi kita sama2 saling mengingati okey.

ADIOS

01 May 2012

Senior Guwa Sudah Kahwin, Guwa Bila Lagi

Assalamualaikum

Hey you all!

Jap2x, fuh fuh fuuuuhhh! Kasi tiup sikit sudah tebal habuk di blog ni. Lama juga guwa tak menari2 jari jemari guwa di papan kekunci komputer riba yang guwa namakan TAMTAM. Kenapa TAMTAM dan kenapa bukan TIMTIM ka? TOMTOM ka? Kerana lappy guwa berwarna hitam makanya guwa namakannya TAMTAM. Jelas semua.

Okey stop the nonsense aeda. Sejujurnya guwa memang buzy kot. Sangat buzy. Tak sempat la nak menghadap TAMTAM lama-lama. Hari ni pun guwa curi2 tak buzy padahal ada kerja nak buat ni. Aisehhhh, tiba2 guwa terasa nak kembali ke alam persekolahan. Sebab kalau masa sekolah guwa boleh suka2 ja ambik cuti tapi kalau kat tempat kerja agak susah guwa nak buat cam tu. Nanti kalau guwa suka2 MC nanti prestasi guwa buruk la buruk pastu mesti susah nak naik pangkat kan.

Minggu lepas hari sabtu 28hb April, guwa pergi rumah sea family guwa kahwin. Tapi guwa pergi belah perempuan la. Sebab hari ahad tu guwa kerja part time. Hola, guwa kena cari duit lebih gaji guwa tak la banyak tapi alhamdulillah guwa masih mampu nak kasi duit kat mak guwa. Tu yang lebih penting sebab guwa nak balas jasa yang terlampau banyak yang mungkin guwa sendiri pun masih belum mampu nak mambayarnya dengan wang ringgit. Makanya, guwa pun pergi dengan cazen guwa a.k.a merangkap bff guwa la.

Mungkin orang kata hujan itu membawa rahmat dan mungkin akan memberkati perkahwinan mereka. Mudah-mudahan kerana sesampai ja guwa di sana, hujan dalam 15 minit juga la lepastu kembali terang. Apa yang penting, guwa sudah sampai awal di Manjung tapi rasa melewatkan diri dengan bershopping sekejap di TESCO. Fuyyyooooo, besar kot TESCOnya dan lagi best daripada TESCO kat Ipoh ni.

Seriously guwa suka melihat mereka, sama padan walaupun tak sama tinggi, keh keh keh. Tu la orang kata jodoh, dulu menyampah kini menyayangi. Guwa doakan agar mereka akan bahagian sehingga ke akhir hayat hendaknya. Insyaallah.

NOTAJARIKAKI: Yanyan, khas untuk ko. Selamat menjamu mata ye. Itu pun kalau ko baca entry ni, keh keh keh.

pssst: nanti guwa upload ye, sebab internet slow sangat ni tak lepas kot upload, kui kui kui ^^


ADIOS
 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira