15 April 2012

Kecil2 Dulu Guwa Main Batu Seremban Tapi Budak Kecil Sekarang Main Internet

Assalamualaikum

Hello kalian yang segak dan bergaya semua.

Harini guwa cuti & guwa pun blogwalking la. Usha2 blog friends guwa. Gempak2 semuanya deme punya backgrounds. Kalah blog guwa. Tapi itu bukan isu utama guwa nak coretkan disini. Cuma guwa perasan ramai antara mereka yang menjebak dalam dunia blog ni dalam kalangan usia yang masih muda. Guwa rasa 13 ~ 20 tahun keatas kot tapi guwa baru menterjah blog sorang budak ni yang masih belajar di sekolah renda. Dulu guwa darjah 6 pun tak reti guna handphone, main pun batu seremban je. See, betapa canggihnya teknologi sekarang ni. Tiada sempadan umur.

Background budak darjah 6 ni jangan katalah jah oi, meleps kot blog dia. Siap kasi tutorial so orang macam guwa yang agak lembab dalam mengedit blog ni sangat bagus la mengikuti tutorial tersebut. So far good job la, kiranya mereka yang membuat blog atau mengisi masa lapang dengan blogging ni menggunakan jalur lebar di jalan yang benar la. Cuma parents budak ni la yang botak kepala nak bayo duit internetnya.

Tapi bagi guwa maybe parents budak itu tak kesah kot asalkan anak2 mereka tidak melakukan benda2 yang tidak senonoh. Biasalah semakin tinggi teknologi kita bermakan semakin ramai orang yang pandai diluar sana.

Berbalik kepada blog dan sejujurnya melalui naluri wanita guwa, motif guwa buat blog hanya untuk coretkan cerita tentang kehidupan guwa semata-mata. Guwa ingat lagi masa first time guwa buat blog, bodoh2 ja. Nasib baik la ada jiran guwa yang terror mengedit yang baik hati nak make up blog guwa. Nampak la sikit serinya. HEHEHE.

Kalau nak harapkan guwa memang la tak menjadi. Tapi guwa belajar la guwa sikit nak edit yang basic tu guwa tau la tapi nak lebih2 tu minta maaf la memang kelaut terus tahap bengapnya. Sebab itu la kat friends list guwa memang tak ramai pun dan guwa rasa macam tak ada siapa pun yang nak baca cerita mengarut dah itu background dalam blog guwa ni pun cam hapeh ja kan. (sedar diri siapa la guwa ni)

Apa2 pun, guwa rasa guwa patut berterima kasih kat kawan guwa yang memperkenalkan blog ni. Sebabnya dengan adanya blog ni guwa rasa beban kat hati guwa ni ringan sikit bila jari guwa mula mengetuk di papan kekunci komputer riba kakak guwa yang usang ni.

Lastly but not the end of my writing, manfaat la teknologi yang ada dengan sebaiknya. Yang tidak elok itu kita cuba elakkan manakala perkara yang baik kita jadikan tauladan bersama.

ADIOS

11 April 2012

Penangan Vanilla Chocalate Wujudnya Chocalate Riesha

Assalamualaikum

Hye you all!

Harini guwa cuti kot dan harini juga mood guwa agak baik dan harini juga juga telah membuat keputusan untuk membuat kek dan guwa namakan kek guwa "CHOCALATE RIESHA".

Apa?! Lu kata tak sedap nama cake guwa tu.Jap2, kenapa riesha? Sebab emm sebab tak apa la biar la rahsia. (sambil tunduk malu2)

Hello berani lu komplain ye, lu tak tak tahu ka penuh kasih sayang tau guwa buat. Lu ingat senang kah guwa nak jadi perempuan sejati.

Malas nak merepek2 panjang lebar, lu boleh salin resepi ni. Gerenti la cake lu orang sedap kalau ikut resepi guwa ni.

Sila sediakan pen dan kertas ye.

BAHAN-BAHAN:
75 gram serbuk koko
225 ml air panas @ 2 cawan
125 gram mentega @ butter
275 gram gula perang (kalau nak manis boleh taruh lebih)
2 biji telur
200 gram tepung serba guna atau tepung kek
1 sudu kecil serbuk penaik.

CARA MEMBUAT:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 c
2. Masukkan serbuk koko ke dalam air panas dan kacau sebati. Biarkan sejuk sendiri jangan
masuk ke dalam peti sejuk pula.
3. Pukul mentega dan gula perang sehingga kembang. Masukkan telur dan kacau sebati.
Masukkan tepung yang telah diayak dan campuran serbuk koko dan air panas.
5. Masukkan ke dalam acuan dan bakar selama 25~30 minit.

#boleh gunakan acuan kertas kalau nak kasi anak2 lu makan ok. Apa itu acuan kertas? Hok alah kertas cawan yang sekarang ni trend cupcakes itu.


Eh terlupa pula cara nak buat aising. Sangat mudah dan sedap.

BAHAN-BAHAN:
250 gram mentega
450 gram gula aising
1 sudu kecil esen vanila

CARA MEMBUAT:
1. Pukul mentega sehingga kembang dan masukkn gula aising dan esen vanila.
2. Pukul sebati sehingga kembang dan ringan.

#Nak tau macam kita boleh aising kita itu sudah kembang dan ringan. Mudah ja, terbalikkan mangkuk yang kita mesinkan tu. Kalau tak jatuh bermakna sudah kembang dan boleh di hiaskan di kek kita.


Haaaa, sudah salinkan apa lagi, selamat mencuba ye ^^

Sorry la gambar tak dapat nak upload sebab tak terang. Okey alasan lapuk. Yela2 cake guwa tu tak la cantik tapi sedap. Serius guwa tak tipu okey.

ADIOS
 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira