Hye you all!
Harini guwa cuti kot dan harini juga mood guwa agak baik dan harini juga juga telah membuat keputusan untuk membuat kek dan guwa namakan kek guwa "CHOCALATE RIESHA".
Apa?! Lu kata tak sedap nama cake guwa tu.Jap2, kenapa riesha? Sebab emm sebab tak apa la biar la rahsia. (sambil tunduk malu2)
Hello berani lu komplain ye, lu tak tak tahu ka penuh kasih sayang tau guwa buat. Lu ingat senang kah guwa nak jadi perempuan sejati.
Malas nak merepek2 panjang lebar, lu boleh salin resepi ni. Gerenti la cake lu orang sedap kalau ikut resepi guwa ni.
Sila sediakan pen dan kertas ye.
BAHAN-BAHAN:
75 gram serbuk koko
225 ml air panas @ 2 cawan
125 gram mentega @ butter
275 gram gula perang (kalau nak manis boleh taruh lebih)
2 biji telur
200 gram tepung serba guna atau tepung kek
1 sudu kecil serbuk penaik.
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 c
2. Masukkan serbuk koko ke dalam air panas dan kacau sebati. Biarkan sejuk sendiri jangan
masuk ke dalam peti sejuk pula.
3. Pukul mentega dan gula perang sehingga kembang. Masukkan telur dan kacau sebati.
Masukkan tepung yang telah diayak dan campuran serbuk koko dan air panas.
5. Masukkan ke dalam acuan dan bakar selama 25~30 minit.
#boleh gunakan acuan kertas kalau nak kasi anak2 lu makan ok. Apa itu acuan kertas? Hok alah kertas cawan yang sekarang ni trend cupcakes itu.
Eh terlupa pula cara nak buat aising. Sangat mudah dan sedap.
BAHAN-BAHAN:
250 gram mentega
450 gram gula aising
1 sudu kecil esen vanila
CARA MEMBUAT:
1. Pukul mentega sehingga kembang dan masukkn gula aising dan esen vanila.
2. Pukul sebati sehingga kembang dan ringan.
#Nak tau macam kita boleh aising kita itu sudah kembang dan ringan. Mudah ja, terbalikkan mangkuk yang kita mesinkan tu. Kalau tak jatuh bermakna sudah kembang dan boleh di hiaskan di kek kita.
Haaaa, sudah salinkan apa lagi, selamat mencuba ye ^^
Sorry la gambar tak dapat nak upload sebab tak terang. Okey alasan lapuk. Yela2 cake guwa tu tak la cantik tapi sedap. Serius guwa tak tipu okey.
ADIOS
0 Awesomelicious:
Post a Comment