Assalamualaikum
Selamat tahun baru kome!!
Haiiihhh, tak sangka udah masuk tahun 2013. Makin bertambah vogue la gua kan lepas ni, motif sangat. Keh keh keh.
Ate sudah masuk tahun baru maka azam serta sewaktu dengannya harus la juga baru. Jangan boifen baru udah la tapikan apa salahnya, cepat sikit gua kahwin. Hehehehe.
Walau bagaimanapun tahun 2012 harus dijadikan garis panduan untuk tahun 2013 agar kita lebih kehadapan serta maju dalam kehidupan. Wahhh, hebat betul penggunaan ayat gua kan, tak sangka. Hehehe.
Hmmm... tahun 2012 banyak meninggalkan kenangan manis, pahit, kelat, masam dan tawar dalam kehidupan gua. Dari gua bergelar pelajar sekarang gua sudah bergelar pekerja, dari gua tiada lesen kereta kini gua sudah ada lesen kereta walaupun gua baru ja menjahanamkan kereta kakak dengan bapak gua. Dari gua tidak ada keyakinan untuk bertutur bahasa inggeris now i can speak english with my boss. Ececece.
Kalau nak gua senaraikan memang seminggu gua tak habis-habis nanti. Tapi yang paling sukar untuk gua lupakan dan ianya akan menjadi pengajaran dalam hidup gua adalah untuk lebih berhati-hati dalam memilih kawan. Bila gua melangkah ke alam pekerjaan, pelbagai ragam manusia yang gua jumpa. Dan ianya sangat sangat sangat berbeza dengan kawan-kawan seuniversiti gua.
Apa-apa pun gua tak nak pandang kebelakang sebalik bina langkah demi selangkah kehadapan untuk maju dan berjaya dalam kehidupan. Bagi mereka yang tidak berpuas hati gua, gua hanya boleh meminta maaf sekiranya perbuatan atau muka gua yang menyebabkan kalian berasa bengang kan. Tapi sejujurnya gua sudah memaafkan kalian sebab gua yakin ALLAH pasti akan membalas perbuatan kome nanti yang tak puas hati dengan gua, muahahaha.
NOTAKECIK:
Sudah 3 hari gua cuti menyebabkan gua terpaksa memijam GPS jiran gua untuk ke tempat kerja. Gila, keji betul ayat gua kan, hahahaha
Wajib beli apa di TikTok hari ni ?
1 day ago
5 Awesomelicious:
happy new yearr :)
Jom join segmen cikgigi anjurkan ni
http://nura-qyra.blogspot.com/2013/01/segmen-aku-dan-buddies.html
@stalker0770 selamat tahun baru ^^
@Aqira izzati In sha ALLAH ^^
happy new year... moga sukses selalu n azam tahun baru berjalan lancar.. amin!!
Post a Comment