
Sudah masuk dua minggu guwa bekerja di sebuah syarikat membuat bearing hardisk yang diketuai oleh orang Jepun. Haih, memang sangat susah untuk guwa yang makan budu ni nak berkomunikasi dengan orang yang makan sushi.
Mesti kome nak ngata guwa tak reti nak cakap omputih la tu kan. Hello, see my hand ok. Guwa boleh ja tapi masalah guwa ni agak pekak sikit nak tangkap yang bercakap english ala2 jepun. Kome boleh bayangkan tak. Sampaikan guwa terpaksa tengok gerak bibir dia. Pergh, pasni guwa boleh buka kelas berkomunikasi melalui gerak bibir ni. ^^
Setakat ni, baru sekali ja guwa tergerak dan terfikir di otak nak resign dari jawatan guwa. Pasal apa? Pasalnya guwa kena baca buku tebal2, kena pergi meeting sana meeting sini pastu guwa kena menyibukkan diri guwa. Pergh, bukan jiwa guwa la nak baca buku kan.
But orang kata tak kenal maka tak cinta, minggu ni boss guwa ajar guwa cam mana nak tukar document yang lama ke baru dan macam2 lagi la. So masa guwa baca buku dulu tu kiranya guwa belajar teori la. Nak kenal lebih mendalam apa itu ISO?
ISO adalah International Organization of Standardization. Apakah itu? Itulah ISO, ngagaga. Apa lagi kome pergi la search uncle goggle ye.
Scope pekerjaan guwa memang banyaklah, kadang2 guwa tertanya juga la mampukah guwa nak mengedung tanggungjawab ni. Dan mengapa orang yang sebelum ni berhenti kerja sebagai officer department ISO.
Jawapannya, kome tunggu lepas guwa resign ok.
ADIOS
2 Awesomelicious:
Oh, kalau ISO memang banyak kerja..
agak la, kena cover the hold company kot, ^^
Post a Comment