29 September 2013

Walaupun Beliau Suami Orang Gua Tetap Sukakan Lagunya

Assalamualaikum

Hello jejaka serta anak-anak gadis diluar sana.

Selamat beristirehat sambil menikmati cokodok panas bersama kopi o suam.

Kalau la uoll nak tau, gua adalah salah seorang peminat tegar Black Hanifah.


Kenapa gua minat beliau sebab beliau adalah lelaki yang hitam. Eh, suka hati gua la nak suka lelaki hitam kan. Dah taste gua nak buat macam mana.


Walaupun beliau sudah berumah tangga gua tetap meminati lagu2 beliau sebab suara beliau yang unik. Tapi abaikan la dengan statusnya yang penting semua lagu2 yang keluar dari peti suara dia sememang membuatkan hati gua jadi cair. Mungkin kalau beliau mengaji mungkin alunannya menyedapkan telinga.

Terbaru gua sudah terjatuh cinta dengan lagu beliau yang bertajuk "Takkan Terpisah".

Andainya kau tahu
Apa yang ada di dalam hatiku
Tersimpan takkan pernah berubah

Andainya kau tahu
Apa maksudku lafazkan cintaku padamu
Dengan cara yang berbeda
Oh mengapa seharusnya kita masih bersengketa

Korus
Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa
Hembus nafasku, hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta

Takkan terpisah......
Takkan terpisah.....

Andai ku tak mampu
Leraikan semua kekusutan yang melanda percintaan kita

Mungkin ini semua
Tetap menjadi satu pertanyaan selagi hati belum ada kepastian
Oh mengapa seharusnya kita masih bersengketa,

Korus
Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa,
Hembus nafasku, hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta..

Takkan terpisah..
Takkan terpisah..

Demi cintaku….
Demi cintamu….

Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa
Hembus nafasku hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta…

Takkan terpisah
Takkan terpisah

Andainya kau tahu
Apa yang ada di dalam hatiku

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/08/lirik-lagu-takkan-terpisah-black.html#ixzz2gGqaeqMI


Semoga beliau bahagia bersama pasangan beliau dan gua bahagia sekiranya beliau bahagia. Budget la sangat gua ni gurfren beliau kan, kui kui kui.

NOTAKECIK: Psssttt, awok (boifren gua) nanti kita kawen awok nyanyikan lagu ni kat kita ek. Ecece, ada hati nak kawen, bertunang pun tak lagi, puihhh. Keh keh keh

21 September 2013

Hari Membuang Lemak-Lemak Dalam Badan Gua!

Assalamualaikum

Hello-hello awok-awok semua!

Happy Saturdays kome!

Amacam hari sabtu komel ade tak buat benda yang berfaedah macam gua? Apa, kome membuta ja, buat taik mata?? Ish ish ish cuba la jadikan gua sebagai idola kome.

Sebab apa? Hari ini merupakan hari kurus bagi gua.

Sebab apa? Sebabnya dari pukul 6.30 pagi gua bangun subuh hingga la ke sekarang ni pukul 8.05 malam gua telah menjalankan satu aktivi yang dahulu gua laku masa zaman gua belajar dulu-dulu ja. Agak susah gua nak lalukan di rumah gua sendiri.

Macam biasa la bangun subuh tu kena la solat sembah sujud kepada Yang Maha Esa, then terus gua mengemas rumah sambil menonton Nasi Lemak Kopi O (sila ikut rentak lagu ye) kat tv9 ada Tegar dari Indonesia yang famous dengan lagu "Aku yang Dulu bukan aku yang sekarang, dulu aku ditendang sekarang ku disayang...." selebihnya kome sambung sendiri ye.

Gua campak ape benda yang tak guna ke tong sampah kalau mak ka bapak gua marah lantak siapa suruh tak simpan elok2 kan, hehehee. Kemas bilik, kemas dapur, kemas hall rumah sekali gua kemas dengan anak-anak saudara suruh bangun asyik buat taik mata ja! Huh, marah ni orang penat2 deme selemaba badak sumbu ja tidur.

Lepas settel hal2 di rumah, time untuk gua mandikan baby gua! Bukan baby bernyawa la baby tak bernyawa berwarna ungu yang gua namakan beliau "VIVI" sudah sekian lama gua tidak mencucinya, hehehehe.:

Nampak sinarannya itu? Kilat habes gua gosok ^^
Petang kemudianya gua terasa macam nak berjogging, ate azam nak jogging tu udah lama gua simpan tapi belum lagi nak terlaksanakan. Tak silap last sekali gua jogging 2 tahun yang lepas, keh keh keh

Kami la model terbaru brand Tupperware, keh keh keh
Nampak tak muka gua dan cengkung sikit kan, kan kan. Kalau kome tak nampak maknanya kome tu, ish malas nak cakap la nanti kome takut pula kan, hehehehe.

Sekarang udah malam kan, badan udah rasa sengal2 bersama lenguh2. Ate dah lama nak melakukan kerja berat sekali hidupkan enjin terus kebabommm.

So apa lagi, gua mahu beristirehat munkin juga akan beradu terus. MUNGKIN ja la bukan betul pun. Tapi kemungkinan itu berskala besar la pula -.-'

NOTAKECIK: Bila jogging macam ni gua teringatkan masa PALAPES dulu, serius tetiba rindu ka korang la wahai Intake 22 yang sentiasa dihati gua ^^
 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira