23 February 2013

Angan-angan Menjadi Anak Syurga

Assalamualaikum

Sejujurnya gua takut,
Takut akan kehilangannya,
Kehilangan yang tidak dapat gua gambarkan,
Benar dulu gua buas,
Namun bukan bermakna gua sudah bersedia,
Gua masih ingin memberikannya kebahagiaan,
Masih banyak benda yang gua ingin tunjukkan,
Bukan semata-mata harta,
Malah hari kebahagiaan gua kelak.

Tuhan,
Panjangkanlah umurnya,
Janganlah engkau sakitinya lagi,
Gua sanggup bertukar nyawa,
Sekiranya ianya diizinkan oleh-Mu,
Gua tahu gua salah,
Namun berilah gua peluang itu.

Gua bersujud terhadapmu Ya ALLAH,
Cerialah kembali kehidupan dia,
Juga berikan gua kekuatan,
Untuk gua menempuhi liku-liku ini,
Semoga hari-hari akan datang,
Memberikan sinar bahagia terhadap IBU gua,
Kerana gua ingin menjadi anak syurga.

15 February 2013

Salah Kalau Ada Perasaan Cemburu?



Assalamualaikum
Moshi-moshi minna-san!

Dozo yoro? Nozomimasu genki minna-san.

Okey sila jangan alihkan channel anda kerana anda sememang berada di blog gua okey.
Yang kat atas tersebut adalah bahasa Jepun. Mungkin Cik Yanyan boleh transletkan. Mampukah anda? Adoi lambat sangat, Kwang kwang kwang ;)

Maksud perkataan diatas ialah Apa khabar semua? Diharapkan semuanya sihat.

Hebatkan gua. Hebat kan kan kan. (Tangan diatas bahu)

Actually gua hebat sangat berbahasa Jepun sebab gua tengok kampus yang gua pinjam dari boss gua tapi kamus tersebut seolah-olah gua yang punya. Hehehehe.

Mungkin satu bonus bagi gua yang bekerja di kilang Jepun sebabnya sambil kerja sambil-sambilan  gua belajar sikit-sikit bahasa Jepun. Agak terseliuh lidah gua nak menyebut sesuatu perkataan sampaikan kena gelak la dengan officemate gua ni. Harapkan layan animation ja lebih nak bercakap memang hampeh la kan.

Harini kerja gua mengulat ja kat office. Dari pagi sampai petang asyik sembang ja dengan boss gua. Sebabnya gua terasa macam nak menangis dan paling paling paling gua terasa adalah nak berhenti kerja.

Entah datang dari mana kekuatan gua untuk melahirkan rasa tidak kepuasan hati gua kepada boss gua mengenai gaji gua dengan operator. Walaupun mereka hanya memiliki SPM tetapi gaji mereka lebih tinggi dari gua yang mempunyai degree.

Semuanya gara-gara disebabkan gaji naik 900 plus OT maka sama dengan beribu-riban la gaji deme.
Adoi hati gua berkecai lagi. Salah ka gua untuk mempertikaikan semua ini? Bukan niat gua untuk terbitkan rasa cemburu tapi membara kot deme udah pun mempunyai harta sendiri gua hanya ada motor cabuk ja.

Gua sering kali dijadi bahan gelak tawa oleh keluarga gua. Naik bernanah telinga ni asyik kena perli-perli ja. Belajar tinggi-tinggi kerja kat kilang Jepun ja. Tak pun mesti deme cakap cam ni, “tu la ambik lagi course yang bukan-bukan kan susah dapt korje”.

Apa kehal pula nak salah kan course gua udah gua suka course gua ni, disebabkan course gua la level confident semakin meninggi tau. Kalau tak gua ni pemalu orangnya, kui kui kui.

Gua tak tahu la, suasana kerja dengan life study sangat berbeza dan sejujurnya gua sangat merindui zaman study. Tapi gua sedar semua itu adalah kenangan yang perlu gua simpan ketat-ketat dalam otak gua.

And now adalah first stage life yang perlu gua gagahi untuk menjadi insan berguna kepada kedua ibubapa gua.

Tetiba ja gua touching dengan boss gua. Bukan touching yang negative tapi macam tak sangka beliau akan memberikan nasihat kat gua.

Nasihat beliau bunyi begini, “Jangan jadi orang yang tidak berfikir dan hanya tinggal dipondok dan jangan pula jadi orang yang tamak untuk tinggal di banglo. Sebaliknya jadi seorang yang berfikir untuk mengecapi keselesaan diri.”

Adakah kalian paham apa yang beliau cuba sampaikan. Sebab gua pun tak paham pada mulanya. Keh keh keh.

Selepas beliau explain kat gua dengan panjang lebarnya baru gua faham sekarang ni gua baru mula fasa pertama dalam kehidupan. Maka masih panjang lagi liku-liku yang gua akan tempuhi.  Fikirkan apa yang perlu gua lakukan untuk capai apa yang gua mahupun kerana peluang itu ada cuma kita perlu bersabar dan berlepat kali ganda usaha untuk mencapainya.

Apa yang boleh gua lakukan sekarang ni thinking positive dan percaya dengan rezeki dari ALLAH.

NOTAKECIK:
Tak boleh main-main lagi dan fikirkan untuk menjadikan masa itu wang!
 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira