28 January 2013

Lima Perkara Yang Gua Tak Boleh Buat Ditempat Kerja.

Assalamualaikum


Konichiwa minna!

Happy Monday you all yang gojes dan handsome.

Kome tau tak bahawasanya student life itu sangat awesome! Tak tahu ek? Tak apo lah meh sini gua nak habaq mai kat hampa semua na.

Tak tahu la tetiba ja gua teringat pasai student life gua as a USM student. Sebabnya bermula di sini gua mula berjinak-jinak dalam dunia blongging walaupun gua tidak la sefemes LIYANA ka LYSSA ka mahupun abang BEN.

Kenapa? Sebabnya kawan gua yang ajar. Dia mula-mula berblog sebab nak luah-luah perasan la. So gua rasa macam seronok maka gua pun buat la blog. Dulu blog gua macam skema sikit tak la cam gini. Cantik pun sebab jiran sebelah rumah gua yang ajar, hehehe. At last cun la sikit. Tapi member gua yang perkenalkan blog ni akhirnya dia yang slow down and terus tak berblogging dah -.-'

Chop-chop rasanya gua sudah melalut ni sebab motif utama adalah gua nak beritahu betapa bestnya jadi student. Serius gua tak tipu. Banyak benda yang gua tak boleh buat kat tempat kerja tapi boleh buat masa kat kampus.

Lari dari buat kerja lepastu main lompat-lompat.
Malas masuk dewan lepak tepi jalan sambil usha pakwe hensem.
Gelak kuat-kuat walaupun tahu ada orang kenamaan kat depan (Yang duduk adalah ex VC USM).
Pose ala-ala diva tak ada siapa nak marah.
Pakai baju nak tidur tanpa secalit make up.
Kome ada buat macam tu? Ce gua buat macam ni kat tempat kerja alamatnya gua kena buang kerja la nampak gayanya. Serius ini memang serius.

Student life sangat happening kalau kita buat salah pun tak ada la sampai kena maki-maki hanya lecture ja tegur-tegur. Tapi bila masuk dunia pekerjaan silap sikit macam buat kesalahan besar ja. Bila tak bergaya asyik kena kutuk-kutuknya. Bila duduk melepak-lepak tepi jalan kata kita tak reti jaga adab la. Apatah lagi nak lompat-lompat terus kena fire.

Haiiiihhh, susah-susah kalau macam gini la lagaknya baik gua jadi boss kan. Tak ado sapo nak marah den, iye dok ^^

NOTAKECIK:
Tapi boss gua awesome, macam mana plak tuh (?)

23 January 2013

Wordless Wednesday #9 : Menghantar Surat Di Putrajaya.

Assalamualaikum

Moshi-moshi minna!

Hello ladies and gentleman di hari Rabu yang awesome ini.

Pagi-pagi buta gua kena gerak ke Putrajaya bersama boss gua. Untuk apa gua ke sana? Untuk mendapatkan cop di surat laporan JKKP8 yang tidak mengambil masa 30 saat pun. Kenapa gua cakap cam tu? Sebabnya untuk ke Block D gua terpaksa bertapak di Block C yang mengambil masa ke sana dalam 15 minit berjalan kaki.

You know bertapa basah ketiak gua berjalan di tengah-tengah panas terik ke sana semata-mata untuk mendapatkan cop kurang daripada 30 saat itu! Huhhhh, damn!
Muncung sedepa seketika gua tadi tapi kembali terukir senyum bila boss gua jalan-jalan sekitar Putrajaya. Terimbau kembali kenangan di saat sewaktu gua mengikut lawatan sambil belajar masa form 5 dahulu. Masih ada lagi pokok kat bawah sungai tuh weyh, keh keh keh.

Kalau nak merungut pun tak boleh gak sebabnya at least gua dapat mencuri tulang sambil mendapat makan free. Siapa nak bagi kan. Hehehe. Gua sememangnya pekerja yang baik kerana gua menggunakan sebaik mungkin wang saku yang diberikan oleh pihak company. Maka marilah menjadikan gua idola kalian. Keh keh keh.

Tapi tak apa, kemarahan gua ini hanya sebentar sahaja dan ianya tidak membuatkan hati gua terusik. Kerana itu adalah salah satu tugas gua kan. Namun ada perkara yang menjadi satu kelukaan boleh bertukar kepada kanser adalah bila kita terasa hati.

You all rasa setuju tak dengan pendapat gua ni?

Tak payah nak rasa sangat, setuju ja terus! Keh keh keh.

NOTAKECIK:
Peribahasa harini, diberikan betis nak peha la pula kan. Memang tak sedar dek untung betul. Puiiih!!

 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira