31 August 2012

Salam Aidilfitri Dan Salam Merdeka!

Assalamualaikum

Hye uoll yang manis serta berlemak berkrim! Keh Keh Keh

Motifnya sebab sekarang kita masih dibulan syawal kompem la uoll makan banyak2 kan, hehehe.

Fine, gua sudah melalut sebabnya sudah berkurun lama gua tak update, Kuang Kuang Kuang. Sebabnya gua tersangat la busy beb sampai nak kentut pun tak sempat. Ni pun gua cuti sempena Hari Kemerdekaan baru gua dapat bernafas.

Maka masih tidak terlewat gua nak wish kan Salam Aidilfitri kepada semua kawan2 gua sama ada kenal gua atau pun tidak ye. Kiranya macam 2 in 1, gua boleh wish sekali dengan Happy Independence Day Malaysia!

Alahmdulillah sudah 23 tahun gua sambung Aidilfitri dan sudah 55 tahun negara kita mencapai kemeredekaan di Malaysia ni. Jadi jangan kita kucar-kacirkan negara kita yang aman damai ini. seharusnya kita bersyukur dan berusaha untuk kekal kedamaian ini sehingga ke generasi akan datang. Insyaallah.

NOTAJARIKAKI: Kalau terasa tak segan mai datang rumah gua, tapi gua tak nak bagi alamat, keh keh keh

KBAI

13 August 2012

Heaven La Mak Guwa Tahun Ni

Assalamualaikum

Hye uoll yang awasome yang telah berjaya habiskan puasa hingga ke harini.

Guwa salute sama lelaki-lelaki yang tidak ponteng puasa manakala ladies of course la ada pengecualian kan.

Alhamdulillah, tak sangka pejam celik sudah tinggal lagi 5 hari lagi mahu menyambut hari lebaran. Bagi guwa raya tahun ini lebih bermakna kerana tahun pertama guwa beraya sebagai isteri. Eh silap pula, bila pula guwa kahwin kan. Keh Keh Keh.

Actually tahun pertama guwa beraya sebagai bukan pelajar dan tahun pertama juga guwa nak beri duit raya kat mak, ayah dan anak2 buah guwa. Untuk anak2 buah guwa RM5 ja guwa kasi, alamak sudah terberitahu pula. Kui Kui Kui.

Memang tak banyak tapi guwa ikhlas memberi sebagai tanda galakan bagi anak buah guwa yang telah berjaya berpuasa. Gaji guwa ciput ja, guwa harap sangat boss guwa yang hensem itu serta bergaya akan menaikkan gaji guwa tahun ni. Kuang Kuang Kuang.

Haaa, lagi satu raya tahun ini lebih bermakna juga kerana adik beradik guwa berkumpul untuk hari raya pertama dan alhamdulillah kesihatan mak guwa juga semakin baik. If tahun lepas mak guwa tak beraya sebab ALLAH menguji beliau dengan kesihatan yang tidak memberangsangkan. Tapi tahun ni, mak guwa heaven la confirm mak guwa qado balik raya tahun lepas, Keh Keh Keh.

NOTAJARIKAKI: Agak-agaknya berapa banyak la guwa dapat kutip duit raya ni? Al-maklum la guwa ni nampak macam budak sekolah ^^,

KBAI.
 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira