29 June 2012

GiveAway Contest Gila #1: Watak Kegemaran

Assalamualaikum

Sementara guwa nak tunggu match Germany vs Italy guwa godek2 blogger follower guwa. Tiba2 guwa ternampak lagi 1 contest yang guwa sendiri pun gila akannya iaitu "watak kegemaran". Tak kesah la watak dalam super hero ka, anime ka, manga ka dan sewaktu dengannya.


Sila klik banner diatas untuk keterangan lebih lanjut.

Maka watak kegemaran guwa adalah tak lain dan tak bukan adalah Sakuragi Hanamichi dalam Slum Dunk.



Kenapa?

Kerana guwa suka sikap beliau. Guwa suka beliau yang sentiasa bersemangat walaupun agak panas baran. Beliau pantang dicabar dan sentiasa sahut cabaran yang diberikan oleh coach dan kapten team basketball sehinggalah beliau menjadi atlet yang hebat. Bagi guwa sikapnya itu boleh dijadikan contoh yang baik kepada anda semua. ^^

Sekian,

ADIOS

23 June 2012

Sakit Itu Adalah Penghapus Dosa-Dosa Kecil

Assalamualaikum

Selamat Pagi Semua... Embun Pagi Yang Mendung (Irama lagu Amir Johari)

Memang guwa tak ada kerja la kan. Okey fine, sekarang jam menunjukkan pukul 2.06 am. Gila la guwa stay up sambil jam camgini.

Motifnya kerana Germany akan berlawan bola dengan Greece kot, lagipun game kalah mati wooo. Tinggal beberapa minit ja nak start game.

Tapi sebelum tu guwa nak kongsikan bersama lu semua mengenai satu firma ALLAH. Actually siang tadi ada officemate guwa share kata2 motivasi ini bersama.

Bagi guwa, ianya adalah 1 nasihat yang baik. Jadi guwa share bersama lu semua yang guwa sayangi.

Dalam firman ALLAH ada menyatakan "Sesungguhnay orang-orang yang mementingkan mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit menolaknya dan janji ALLAH dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian mereka yang baik dihari akhirat dan ALLAH tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang mereka pada hari kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka akan peroleh azab seksaan yang tidak terperi sakitnya."

Surah ke 3 Ali Imran ayat ke 77

NOATAJARIKAKI: Sharing is caring, ilmu untuk kongsi bersama sebab guwa sayang lu (reader) semua ^^ (maaf terpoyo sikit)

ADIOS
 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira