25 April 2012

Wordless Wednesday #2 - 1st Time Guwa Dapat Tengok Wajah Amani!

Assalamualaikum

Hello si gadis dan si teruna yang kacak serta jelita.

Hari buat pertama kalinya guwa dapat melihat wajah PUTERI QASEH AMANI iaitu anak saudara guwa. Bayangkan lah dari dia hari 12 Februari 2012 sehingga la semalam guwa tak pernah melihat raut wajahnya. But today guwa berjaya melihat wajah anak saudara itu melalui gambar yang di tangkap curi2 oleh abang guwa.

Padan muka abang guwa sebab mata Amani macam mata guwa masa guwa besar Amani dulu. Sebabnya guwa pun lahir tak cukup bulan. Tapi bila dah besar bertambah sihat guwa ni, Keh Keh Keh.

Tapi malangnya guwa tak dapat nak share picture anak saudara guwa kat lu orang sebab guwa just bluetooth dalam phone dan jiran sebelah rumah guwa telah mengambil reader card guwa dan tidak pulang-pulangkan kepada guwa. Malahan jiran sebelah rumah guwa tersebut sudah pun fly balik ke Sabah.

Okey la guwa kasi sikit gambaran muka Amani, dia cerah kulit, matanya bulat, rambutnya tak ada, kepala dia pun agak besar dan guwa tengok macam badan dia pun sudah ada isi.

Puas hati ye, sekarang guwa mo caoi dulu ye.

ADIOS

23 April 2012

Oh, Kusyen Hijau Guwa

Assalamualaikum

Hey you all semua.

Harini guwa bersyukur tidak terhingga kehadrat ilahi kerana guwa dapat kecapi dua benda yang guwa idamkan dan guwa usahakan.

1stly guwa sudah dapat lappy kesayangan guwa yang sudah berbulan duduk di hospital akibat kecedaraan yang agak parah di bahagian dalamannya. Atau dengan bahasa mudahnya screen lappy guwa rosak la der. Sedih gila kot, yela bila tanya kedai nak repair kosnya dalam rm500. Nasib baik la pakcik guwa yang terror lagi hebat nak repair lappy guwa dia kasi kos dalam rm350. Lega sikit guwa dengarnya, ate sempat lagi le guwa nak kumpul duit nak bayor kan. At last, hari sabtu (21 april 2012) mak guwa pergi ambik kat rumah pakcik guwa. Thanks PAKSU and cazen guwa iaitu anak kepada PAKSU kerana bersusah payah demi diri guwa yang cun ni. Keh Keh Keh.

The second is i pass my driving car. Yippppppiiie ^^. Sangat gumbira di dalam hati walaupun sebenarnya hati guwa sudah gundah gulana. Alhamdulillah, bersyukur sangat atas usaha gigih guwa selama ni dan sering kena marah dengan cikgu guwa. Akhirnya guwa telah membuktikan guwa adalah anak muridnya yang cekap dan dedikasi malahan guwa sudah tunaikan janji guwa kepada cikgu guwa.

Seriously guwa sangat terharu dengan cikgu guwa bila dia sanggup pergi ke keretanya untuk ambik kan kusyen hijau yang selalu menemani guwa sewaktu guwa ada latihan dengan dia la. Okey, kaki guwa tak sampai so kena la guna kusyen tersebut. Fine, cukup please stop gelakkan guwa. Sebenonya guwa tak mo guna kusyen tersebut tapi cikgu guwa yang beria suruh guwa ambik memang tak la kan guwa nak pergi ambik. Last2 cikgu guwa sendiri yang pergi and give to me. Sangat touching la ^^

So kesimpulannya, bila kita ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara, ALLAH pasti akan membantu hambanya. Tetapi sekiranya niat kita sudah beralih arah, ALLAH akan melambatkan pertolonganNya kepada hambanya sehinggalah hambanya itu tersedar daripada kesilapannya sendiri.

ADIOS
 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira