Assalamualaikum
Hello drifter2 yang kacak dan jelita semua.

Kenapa mulakan intro dengan drifter? Kerana harini guwa start buat latihan memandu untuk cukupkan 10 jam supaya guwa boleh dapat lesen kereta la. Tapikan tadi tetiba ja guwa kena tukar cikgu baru sebabnya cikgu lama guwa mengalami ketidak kestabilan hormon menyebabkan guwa terpaksa belajar dengan orang lain.
Pada mulanya serius cuak juga guwa bila pakcik yang nak ajar ni. Mana taknya dengan misai tebal suara lantak lebih2 lagi bekas tentera. Guwa nak senyum pun cam kena fikir 10x. Tapi lama2 guwa terasa cam selesa dengan pakcik tu dan lama2 guwa rasa cam best ja bila belajar dengan beliau. Dah rasa macam belajar bapak guwa. Jangan kata la berapa kali kena rotan kan, tapi tak apa tak sakit. Yang membuatkan hati guwa pedih tertusuk dihati bak sembilu bila pakcik tu perli2 guwa. Aduyai memang la guwa sengih ja la, apa boleh buat pakcik itu dah tua kan. Tapi mulut guwa memang menjawab la bila dia menyembang (
tak boleh nak buat apa mulut guwa memang susah nak control, lagi senang control minyak dan clucth).
Ate masa pratikal dulu tu cikgu lama guwa suh guwa kawal clucth ja tak payah guwa minyak. Terus pakcik tu berubah air muka dan cakap yang cikgu lama guwa tu salah. Tapi kan guwa bersyukur sangat bila guwa dapat tukar cikgu baru. At least guwa rasa berani sebabnya pakcik tu selalu kasi kata2 motivasi walaupun dalam nada yang guwa pun tak berapa naksuka (
nada memerli guwa la).
Bila habis latihan, pakcik tu suh guwa pergi balik belajar dengan cikgu lama guwa. Dengan selamba guwa geleng kepala dan guwa nak pakcik juga yang ajar.
NOTAJARIKAKI: Garang2 pakcik tu sempat lagi dia kata guwa cekap and keep practise untuk lulus nanti. Tercapai la juga nak ganti michael schumacher nanti. Broooooooommmm! ^^Lupa plak nak beritahu, harini guwa bawa pakcik tu jalan2 kat luar jalan raya, hebat tak guwa.
ADIOS