04 September 2013

Lelaki Membawa Handbag Wanita Macho Ka?

Assalamualaikum

Hello kaum Adam serta Hawa semua.

Pic dari Google.com
Pagi-pagi lagi gua dah tersenggih macam kerang busuk dalam kereta. Gua gerenti memang ramai yang kata gua gila sebabnya kakak ipar gua pun perasan gua senyum sorang-sorang masa parking kereta.

Sebab apa, pagi tadi masa nak pergi kerja gua dengar Hot AM Crew kat Hot.fm siapa lagi kalau bukan deejay FBI, Fafau dan AG duk buat lawak bangang deme la. Harini topic hot chat deme pasai “Lelaki bawa handbag wanita kelihatan macho ka or hancus”.

Fafau dengan AG kata hancus sebabnya handbag Fafau macam gegurl so tak tergamak dia mo kasi boifrennya bawa, si AG pula gua tak tau kenapa, nampak sangat tak pernah tolong bini dia kan(tak habis dengar). Berlainan dengan FBI yang udah biasa membawa handbag bini dia kadang2 dengan bini-bini dia sekali dia angkat. Orang sayang bini katakan, oh so sweet. Hehehehe

Ada pendengar call Hot.fm kata beliau ada yang  nampak macho dan ada sometimes nampak pelik pendek kata ikut situasi la. Contohnya, kalau dia bawa handbag bini dia yang ada brand lebih2 lagi masa shopping kat Pavilion ka, iSetan ka, pandangan bini orang lain or wanita luar sana mesti kata bagusnya hubby orang tu beli handbag brand2, untung wife dia. Tapi kalau kat tempat makan or tempat yang ramai orang kadang2 hubbynya terpaksa memegang handbag dengan kuat atau kepit dan kadang2 tangan terpaksa dilembutkan macam orang lelaki lembut. Dah lain padangan masyarakat kat hubby beliau. Muahahaha.

Yang paling lawak yang sempat gua dengar adalah lelaki merangkap laki orang ni la tak kesah membawa beg bininya sebab bini dia beli beg ala-ala lelaki yang macam zizan pakai kat dalam cerita Mael Lambong. Kadang2 bini dia siap pergi shopping handbeg siap test dulu kat laki dia sebabnya bukan bini yang akan pakai tapi laki dia yang akan pakai. Perghhh, ni olang betui betui sayang bini ma, untung la! Keh keh keh

Pendapat gua? Seriously gua sememangnya tak suka kalau lelaki yang bawak beg tangan gua. So boifren gua memang tak boleh sentuh beg tangan gua tanpa kebenaran gua. Entah la tapi tak suka la bukan sebab duit gua banyak dalam dompet tapi gua tak suka tengok rasa macam hmmm dicontrol pula mungkin juga sebab takut orang luar tengok dia macam lelaki something kot, hehehehe

But anyway depends to others la someone ok someone pula erkkk macam pelikkan. Tapi main pointnya memang pelik pun. Entah memang pelik, keh keh keh.
Kalau macam ni boifren gua, gua rela u pegang handbag gua for ever, hik ;)
NOTAKECIK: Dulu masa involve dalam PALAPES then ada ber campaign tak ada pula orang lelaki nak tolong bawak kan beg pack gua, asal eh? 

03 September 2013

Langkah-Langkah Untuk Maintainkan Badget Minyak Kereta

Assalamualaikum


Gua yakin dan pasti start kul8 malam semalam kome tak habis bermaki-makian akibat petrol ron95 naik 20sen kan. Ek eleh chill la, sebab gua pun ada juga maki-makian semalam, keh keh keh.

Actually semalam gua tak ada la dengar berita dengan fokus sangat cuma terdengar-dengar cam tu ja la PM kita berucap cakap pasal subsidi gua ingat harga barang akan turun. Rupanya harga barang naik?! Gua terpaksa ulang suara tanya bapak gua betul ka apa yang gua dengar.

Bapak gua angguk sambil mengiyakan yang harga petrol ron95 naik sebanyak 20sen. Minyak yang selalu gua isi tu, dahn la ron97 pun mahal ate kalau semua dah naik gua nak isi apa kat baby gua tu?!

Teks ucapan PM semalam.
Hmmm, termenung seketika gua semalam. Jenuh gua ikhtior ape yang patut gua lakukan untuk gua merasakan duit keluar untuk badget minyak bulanan tidak lari dari plan gua.

Antara langkah-langkah yang perlu gua ambil:

1. Kurangkan tekan pedal minyak, kiranya tekan minyak paras 60km/j atau lebih bagus 40km/j.
2. Sesiapa nak tumpang gua dikenakan change RM5 1 kepala.
3. Sewakan kereta gua kepada kakak gua untuk Sabtu dan Ahad maka boleh mintak beliau isikan minyak.
4. Kembali merempit! Guakan kereta untuk emergency sahaja.
5. Suruh supir atau bapak gua hantar.
6. Kena cepat2 kawen maka hubby gua boleh tangguh gua, muahahaa

 Gua rasa macam gua suka gila dengan plan nombor 6 tu, hehehehe.

NOTAKECIK: Pssttt psssttt boss besar gua pun kena naikkan gaji gua sebab semua benda dah mahal!
 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira