30 June 2013

Selamat Penganti Baru Cousin!

Assalamualaikum

Hello ladies and gentlemen.

Haaaaa, hilang satu kepenatan dalam diri gua. Al-maklumlah gua kan PA kepada cousin gua yang telah menlangsungkan perkahwinan beliau baru ja semalam selesainya.

Orang lain yang kahwin orang lain yang sibuk2 kan, ngeeee. Tapi gua suka dan bersyukur kehadrat ilahi kerana urusan perkahwinan beliau berjalan dengan lancar. Gua sudah start cuti hari Jumaat tau. Bukan main lagi menyibukkan kat kenduri orang. Masinkan mulut gua cakap yang beliau akan kahwin dahulu sebelum gua, tup tup dah kahwin pun.

Serius masa cousin gua sudah bergelar sebagai isteri orang gua rasa macam nak menangis mana taknya sudah tak la tempat gua manja2, mengadu2, nagis2 lepas ni. Orang sudah hubby katakan tak kan gua nak sibuk2 kacau kan, hehehe.

Alhamdulillah hanya sekali lafaz sahaja. Caya la ko Shafin. Jap Shafin ini adalah hubby kepada cousin gua dan dia lebih tua dari gua cuma mulut gua tak boleh nak panggil dia abang Shafin. Euwwww, tidak!! Gua tak boleh maka kitorang membahasakan "aku-kau" baru la rock kan, kui kui kui.


Waktu majlis akad nikah cousin gua menggunakan baju kurung moden berwarna putih grey sedondonlah dengan pasangannya dan gua pun sedondon dengan pasangan gua warna hijau, sibuk juga nak beritahukan.


Manakala untuk majlis bersanding bertemakan hijau turquoise + kuning light. Gua pula sebagai pengapit warna pink + hijau turquoise sedondon bersama pasangan gua. Pun nak mention juga kan.

Selepas selesai ada sesi outdoor wedding. Di saat pengantin bergumbira gua pula yang berduka. Boleh pula kan gua tertinggal handphone kat rumput2 pula kan. Memang gua sudah kaya sangat la kan, nasib dan mungkin hasil rezeki yang halal gua beli handphone dan handphone tersebut telah ditemui oleh kawan kepada boifren gua.

Mungkin juga sebab gua taruh wallpaper gambar boifren gua kan. Kiranya glamour juga la kan boifren gua ramai yang dikenal, hehehehe.

So itu jadual gua dari hari Jumaat hingga hari Sabtu bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Gua juga mendoakan agar cousin gua mendapat menjadi seorang isteri yang mithali dan patuh kepada suaminya dan menjadi ibu yang baik kepada anak-anaknya nanti. In Sha ALLAH.

NOTAKECIK:
Disebabkan ramai orang asyik tanya bila turn gua so gua jawab sesiapa yang nak sponsor boleh isi borang dahulu ye, kui kui kui

24 June 2013

Salam Nisfu Sya'aban

Assalamualaikum

Hello reader[s]!

Salam Nisfu Syaaban.

Sumber : Google

Alhamdulillah dengan izin ALLAH gua berjaya melaksanakan puasa sunat Nisfu Syaaban. Gua tidaklah sealim mana-mana ustazah tetapi gua cuba perbaikikan kelemahan gua. Kalau dahulu gua tak edahkan puasa sunat serta solat sunat tapi In Sha ALLAH selepas ini gua akan berusaha menjadi yang lebih baik.

Sebenarnya banyak fadhilatnya di bulan Syaaban ini selain adanya malam Nisfu Syaaban. Meh sini gua share serba sedikit yang gua baca di laman sesawang.

Sumber: Google

Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).

AMALAN MALAM NISFU SYAABAN
A.   Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan tertib dan setiap satunya diniatkan memohon:


  • Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
  • Ditetapkan iman sehingga ke akhir hayat dan dijauhkan dari bala bencana.
  • Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.

Rasulullah SAW bersabda:  “Pada malam pertengahan bulan Syaaban, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat maut setiap orang yang akan dicabut nyawanya pada tahun itu.”  (Hadis Diriwayatkan oleh Ad-Dainuri)

B. Pada malam Nisfu Syaaban digalak memperbanyakkan beristighfar (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil serta mohon diampunkan Allah dosa-dosa ibu bapa dan keluarga kita. Antaranya;

C. Solat-Solat Sunat:
Solat Sunat Mutlaq
Solat Sunat Isyraq
Solat Sunat Dhuha
Solat Sunat Rawatib
Solat Sunat Awwabin
Solat Sunat Tahajud
Solat Sunat Tasbih
Solat Sunat Taubat
Solat Sunat Hajat
Solat Sunat Witir.

Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.” Apa yang disukai oleh Rasulullah SAW adalah solat (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit dan Baginda SAW apabila mendirikan solat, maka Baginda SAW sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.” (Diriwayatkan oleh imam Bukhari r.a. dan imam Muslim r.a.).

D. Membaca Al-Quran dan memperbanyakkan sedekah.

SOLAT SUNAT MUTLAQ (NISFU SYAABAN)

Solat sunat Nisfu Syaaban dilakukan pada waktu malam 15 Syaaban. Ia boleh didirikan selepas mengerjakan solat Maghrib, Isyak atau bersama solat-solat sunat qiamullail.

NOTAKECIK:
Semoga kita sama-sama mengamalnya dan terbuka pintu hati mereka untuk kembali kejalan ALLAH, In Sha ALLAH.
 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira