Assalamualaikum
Hello ladies and gentlemen.
Haaaaa, hilang satu kepenatan dalam diri gua. Al-maklumlah gua kan PA kepada cousin gua yang telah menlangsungkan perkahwinan beliau baru ja semalam selesainya.
Orang lain yang kahwin orang lain yang sibuk2 kan, ngeeee. Tapi gua suka dan bersyukur kehadrat ilahi kerana urusan perkahwinan beliau berjalan dengan lancar. Gua sudah start cuti hari Jumaat tau. Bukan main lagi menyibukkan kat kenduri orang. Masinkan mulut gua cakap yang beliau akan kahwin dahulu sebelum gua, tup tup dah kahwin pun.
Serius masa cousin gua sudah bergelar sebagai isteri orang gua rasa macam nak menangis mana taknya sudah tak la tempat gua manja2, mengadu2, nagis2 lepas ni. Orang sudah hubby katakan tak kan gua nak sibuk2 kacau kan, hehehe.
Alhamdulillah hanya sekali lafaz sahaja. Caya la ko Shafin. Jap Shafin ini adalah hubby kepada cousin gua dan dia lebih tua dari gua cuma mulut gua tak boleh nak panggil dia abang Shafin. Euwwww, tidak!! Gua tak boleh maka kitorang membahasakan "aku-kau" baru la rock kan, kui kui kui.
Waktu majlis akad nikah cousin gua menggunakan baju kurung moden berwarna putih grey sedondonlah dengan pasangannya dan gua pun sedondon dengan pasangan gua warna hijau, sibuk juga nak beritahukan.
Manakala untuk majlis bersanding bertemakan hijau turquoise + kuning light. Gua pula sebagai pengapit warna pink + hijau turquoise sedondon bersama pasangan gua. Pun nak mention juga kan.
Selepas selesai ada sesi outdoor wedding. Di saat pengantin bergumbira gua pula yang berduka. Boleh pula kan gua tertinggal handphone kat rumput2 pula kan. Memang gua sudah kaya sangat la kan, nasib dan mungkin hasil rezeki yang halal gua beli handphone dan handphone tersebut telah ditemui oleh kawan kepada boifren gua.
Mungkin juga sebab gua taruh wallpaper gambar boifren gua kan. Kiranya glamour juga la kan boifren gua ramai yang dikenal, hehehehe.
So itu jadual gua dari hari Jumaat hingga hari Sabtu bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Gua juga mendoakan agar cousin gua mendapat menjadi seorang isteri yang mithali dan patuh kepada suaminya dan menjadi ibu yang baik kepada anak-anaknya nanti. In Sha ALLAH.
NOTAKECIK:
Disebabkan ramai orang asyik tanya bila turn gua so gua jawab sesiapa yang nak sponsor boleh isi borang dahulu ye, kui kui kui
Kenapa aku berhenti ambil whey protein ?
3 weeks ago












