17 June 2013

Bahana Candy Crush Saga

Assalamualaikum

Hello reader[s] yang awesome.

Kenapa awesome sebab lu orang sanggup membaca entry gua walaupun gua hanya blogger yang biasa-biasa ja. Eceh, low profile la sangat kan.

Lu
 orang tahu ka sekarang fenomena games Candy Crush Saga sedang melanda. Actually games ni dah lama pun wujud cuma gua yang tidak berapa gemar dengan games memang lambat la dapat tahu kan.

Dulu sibuk-sibuk dengan Angry Bird tapi gua idak la minat sangat pun tak ada se-excited macam games Candy Crush Saga ni.

Celik mata main, lepas mengemas pun main, tunggu iklan masa tengok cerita Teduhan Kasih pun main, sebelum tidur pun main sampaikan terbawa-bawa dalam mimpi la.


Serious gua sangat teruja dan sekarang gua baru level40 setelah bermain dalam masa 3 minggu. Nampak beno otak gua jammed kan lambat bebeno nak lepaskan level.

Candy Crush Saga satu permainan seperti puzzle memerlukan strategi untuk capai target dengan pecahkan jelly yang ada dalam tu. Cara permainannya sangat mudah tapi mudah-mudah pun gua stuck lama juga tau nak lepakan 1 level ke level yang lain.

Meh gua ajar cara mainnya, lu orang kena install dulu games ni kat dalam Player Android tu. Free ja tak kena bayo pun cuma kalau lu orang nak nyawa lebih lu orang kena request la. Oh ye, lu orang diberikan 5 nyawa sahaja, sekiranya nyawa habis lu orang boleh request kat FB mintak ja kat kawan2 lu orang yang main benda alah ni. Sampai ke level 36 lu orang kena minta tiket kapal terbang untuk fly seberang sana, untuk request ni kena ada line internet la sama juga macam minta tiket mahupun nyawa.

Then lu orang boleh start main, jangan risau masa lu orang 1st time main akan ada guideline. So lu orang tak ada la nak blur2 sangat pun. Cuma masa lu orang main kalau lu orang nak target banyak lu orang kena cari 5 candy yang sama kaler tapi candy tersebut kena 1 line ja la then akan bertukar kepada rainbow chocolate. Kalau 4 candy akan jadi candy belang kalau candy bentuk L akan bertukar jadi candy sweet dalam plastic. Bila lu orang slide kan salah satu benda-benda yang gua cakap tu nanti akan pecah bamyak la.

Mesti lu orang tak faham kan, usah pening-pening lu orang rajin2kan lah jari-jemari untuk menginstall
games ni. Gua gerenti otak lu orang mesti power macam gua. Muahahaha.

NOTAKECIL:
Lupa pula 1 nyawa makan masa 20 minit untuk start so lu orang kena buat strategi yang baik punya!

16 June 2013

Selamat Hari Bapa Encik Zenal!

Assalamualaikum

Ohaiyo minna-san!

Selamat hari bapa untuk bapa-bapa yang awesome!

#credit to Google
Hmmm, actually gua merupakan anak yang sangat pemalu dengan bapa! Serius gua tak tipu gua lebih rapat dengan mak gua.

Tapi gua kecik-kecik dulu mak gua cakap gua manja gila dengan bapak gua. Mungkin kot. Bila dah besar panjang ja agak keseganan tetapi tidak bermaksud gua tak sayang bapak gua.

Gua bersyukur kehadrat ilahi kerana diberikan kesempatan mendapat kasih sayang seorang bapa atau ayah. Yela bapa gua tidak pernah merasai kasih sayang seorang bapa mahupun ibu sebab bapa gua seorang anak yatim piatu sejak kecil lagi.

Ye bapa gua seorang yang sangat garang! Tapi dengan anak2 perempuan beliau tidak pernah lagi berkasar mahupun menghempuk dengan rotan ka. Setahu gua seinci rotan mahupun tangan beliau tidak pernah melekat dibadan mahupun muka atau kaki dan tangan gua dengan kakak2 gua.

Dengan anak2 jantan beliau memang selalu kena la, ate nakal beno abang2 gua memang kena la. Di kesempatan ini gua nak ucapkan kepada bapa gua anda adalah hero gua yang lebih kuat dari badman, lebih hebat dari spiderman dan lebih kacak dari superman!

SELAMAT HARI BAPA WAHAI ENCIK ZAINAL ABIDIN BIN ISMAIL.

Syurga dibawah telapak kaki ibu tapi ayah membawa ke syurga.
NOTAKAKI:
Ayah adik sudah menunaikan impian ayah dengan membawa ayah kedalam dewan convocation serta pertauliahan PALAPES pada 2 tahun lepaskan, ngeeeee ^^
 
© Copyright By Aeda Zainal Design by Cikk Mira